
Ini yang baharu dikatakan ‘beauty with brains‘! Pentas Ratu Cantik Malaysia menyaksikan pesona seorang doktor muda dimahkotakan sebagai Miss World Malaysia 2021. Tahniah! Dr Lavanya Sivaji atas kejayaan anda.


Dr Lavanya telah mengalahkan 38 finalis lain demi meraih gelaran ini. Pertandingan yang dilaksanakan secara virtual ini turut menyaksikan Miss World 2021 Grand Coronation Night telah dilancarkan secara maya di Hyperlive.tv pada 16 Oktober lalu.


Kejayaan milik wanita yang berusia 25 tahun ini bakal membawa nama Malaysia untuk bertanding di 70th Miss World di Puerto Rico pada 16 Disember akan datang.


Sebelum ini wanita yang dibesarkan di Taman Seri Gombak, Batu Caves ini pernah dinobatkan sebagai Miss Malaysia Indian Global 2019 dan memenangi tempat ketiga.



Wanita cantik berketurunan India ini merupakan seorang graduan dalam bidang perubatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Pernah menjalankan praktikalnya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Dr Lanvanya merupakan pengasas 4Them yang merupakan sebuah projek kebajikan yang memartabatkan masalah kesihatan dan juga nutrisi pemakanan di kalangan komuniti Orang Asli di Malaysia.
MUHASABAH Diri Kenapa Duit Tak Pernah Cukup, Hidup Sentiasa Bermasalah & Hati Tak Tenang. Ini Sebabnya!

Dalam apa pun jenis rezeki yang kita dapat, semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah SWT. Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia adalah merupakan satu ibadat selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum. Kerja lah apa pun asal punca rezekinya halal baru berkat kehidupan.
Kalau betul caranya, kita akan sentiasa berasa cukup dengan apa yang kita ada dan adakalanya berasa lebih daripada cukup walaupun tak mewah. Tidak dinafikan kadang-kadang kita berssa tidak cukup dan tidak puas dengan rezeki dan itu adalah tanda seseorang yang mendapat rezeki tanpa keberkatan. Seperti contoh, gaji baru saja masuk tapi duit rasa sekejap sangat habis dan tak tahu ke mana perginya duit-duit tu.
Ini antara sebab kenapa rezeki kita susah masuk dan sentiasa saja tak cukup walaupun gaji dah berpuluh ribu. Sentiasa dalam kekurangan dan masih tidak puas lagi dengan apa yang seseorang itu ada.
1. TANGGUNGJAWAB KEPADA IBU BAPA
Lupa akan tanggungjawab kepada keluarga dan kedua-dua orang tua. Tidak mempedulikan keperluan dan kehendak mereka. Jarang bertanya khabar dan terlalu sibuk dengan perihal peribadi seperti kerja dan rakan-rakan. Kena ingat, ibu bapa lah yang melahirkan dan mendidik kita sehingga menjadi insan yang berguna. Doa seorang ibu adalah doa yang paling mustajab sekali. Jadi, dapatkan keredaan ibu bapa terlebih dahulu dalam setiap perkara.
2. KEDEKUT
Kita berkira nak infaq sedikit harta kepada orang memerlukan. Secara umum, infak bermaksud membelanjakan harta pada jalan Allah SWT. Seperti contoh, memberi belanja kepada ahli keluarga dan menunaikan zakat, ia adalah wajib. Dengan cara itu harta dapat menyelamatkan manusia daripada diazab pada hari akhirat. Jangan pernah ragu-ragu dengan rezeki Allah yang beri pada kita kerana lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita dapat,
3. SALAHKAN ORANG LAIN
Sering saja menyalahkan orang lain dalam apa jua perkara, Ada saja yang tak kena dan semua bukan kesalahan yang dilakukan diri sendiri. Tak pernah nak mengaku salah dan meminta maaf ketika membuat silap.
4. HUBUNGAN ANTARA KELUARGA
Dalam duniani, kita tidak akan ada sesiapa yang sudi menjaga dan mendengar luahan kita ketika susah melainkan keluarga. Selain ibu bapa, adik- beradik adalah rakan terbaik kita. Tidak ada sesiapa juga yang boleh memahami kita sepertimana mereka ‘masak’ dengan perangai kita. Bergaduh macam mana pun, air dicincang tak akan putus. Bahagiakan adik-beradik kita juga.
5. PERBUATAN KOTOR
Kita seorang ‘Pengotor’ secara amalinya. Fikiran, percakapan & tindakan. Semua yang dikeluarkan bakal menyakitkan hati orang sekeliling. Jaga percakapan dan perbuatan anda supaya sentiasa dapat keredaan Allah SWT.
6. SOLAT
Solat merupakan suatu ‘doa’ dan cara kita berkomunikasi dengan pencipta. Jangan sesekali melaksanakan solat sambil lewa sahaja dan sentiasa 100% yakin dengan kuasa doa kepada Allah SWT. Selain itu, jangan suka bertangguh dan melambatkan banyak perkara termasuk solat. Ini masalah paling utama umat manusia di muka bumi. Dari Solat sehinggakan ke fardhu kifayah. Semuanya bertangguh sahaja.
7. LEKA
Terlalu leka mengejar kemewahan di dunia tapi sebenarnya kita miskin akhirat.
`Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu bahkan kamu sentiasa mencintai kesenangan-kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya.” (Al-Qiamah:20).
Jadi, janganlah kita terlalu tamak mengejar kesenangan di dunia sehingga lupa bahawa segala kesenangan tersebut hanyalah sementara. Sesungguhnya perjalanan hidup kita masih jauh dan dunia ini hanyalah persinggahan untuk kita menuju ke suatu alam yang kekal abadi iaitu alam akhirat.
7 Tahun Pemilik Kediaman Setia Dengan Rona Biru Laut, Dekorasi Ini Cetus Ketenangan Jiwa

Rona biru lembut sememangnya memberi ketenangan malah sejuk dan segar saja mata bila memandang. Kediaman ini cukup mendamaikan bermula dari sudut halaman sehinggalah ke dalam rumah. Rona biru lembut bukan sekadar melatari segenap ruang tamu bahkan di dapur serta bilik tidur. Tambahan pula, kawasan kejiranannya juga lebih privasi serta jauh dari kesibukan kota.

Pasangan suami isteri, Intan Suria dan Mohd Fadly Daud memilih kediaman jenis ini yang terletak di Puncak Alam, Shah Alam disebabkan oleh lokasinya yang strategik serta menarik. Ini merupakan kediaman pertama mereka yang didiami sejak tahun 2014.
Intan, ibu kepada tiga orang anak ini seorang yang sangat teliti dalam menerapkan dekorasi kediaman mereka. Lebih-lebih lagi rona biru lembut yang berperanan penting dalam mencetuskan suasana nyaman dalam rumah. Ringkas namun masih kelihatan menawan!
TENANG
“Saya memilih kediaman ini kerana sukakan kawasan kejiranannya yang tenang. Setiap hari saya dapat menikmati pemandangan hijau yang indah di samping menghirup udara segar. Jiwa dan minda terasa tenang. Biru lembut dipilih kerana selain menjadi warna kegemaran saya ia juga mampu menyerlahkan sisi elegan pada kediaman. Ia juga serasi dengan apa jua warna.
Kebanyakan perabot serta barangan perhiasan dibeli di IKEA dan Ain Furnishing. Saya dan suami sama-sama mencari idea serta menata rias setiap ruang di kediaman ini. Saya banyak membaca dan merujuk majalah-majalah berkonsepkan dekorasi bagi mencari idea-idea-idea baru mengikut trend semasa.
Bagi saya idea sendiri lebih baik di samping menjimatkan dan dapat merealisasikan impian sendiri. Agar tidak terlihat membosankan dengan dekorasi sama, setiap dua minggu sekali atau sebulan sekali saya akan mengubah kedudukan perabot.
Konsep moden kontemporari serta Scandinavian menjadi pilihan utama kerana ia adalah ‘jiwa’ saya. Begitu juga dengan penggunaan warna putih yang memberi ilusi luas kepada ruang kediaman sederhana di samping kelihatan lebih moden,” ungkap anak kelahiran Kuala Lumpur ini yang bertugas sebagai Eksekutif Pemasaran.
SELESA
Menjengah ke ruang dapur, nyata warna putih dan biru lembut masih menjadi pilihan. Ruang dapur moden sederhana luas dilengkapi dengan kabinet putih mencetuskan suasana damai. Sementara sudut memasaknya pula ditempatkan sebuah dapur rekaan terkini. Meninjau pula ke ruang makan, terletaknya set meja makan untuk enam orang yang turut mengaplikasikan warna putih dan biru lembut.
“Untuk ruang dapur saya turut menggunakan warna terang. Disebabkan saya suka memasak maka ruang dapur yang praktikal menjadi pilihan.
Ruang makan menjadi ruang kegemaran kami sekeluarga. Di sinilah tempat untuk kami berkumpul untuk makan malam bersama,” kongsi wanita berusia 40-an ini. Selain mengemas, Intan juga gemar berkebun di halaman rumah antaranya menanam tanaman herba.
Percutian Luar Negara Pertama Lepas Pandemik, Cantiknya Foto Bercuti TENGKU ZATASHAH Ke Maldives!

Seronoknya tengok momen percutian Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Datin Paduka Seri Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Maldives baru-baru ini! Pemandangan laut biru terbentang luas dan keindahan panorama destinasi pelancongan popular itu yang dikongsikan Tengku Zatashah di media sosial pastinya membuatkan followers turut rasa membuak-buak mahu bercuti ke sana.
Apatah lagi selepas kira-kira dua tahun rakyat tidak melancong ke luar negara disebabkan pandemik Covid-19. Jadi, inilah waktu terbaik untuk bercuti memandangkan keadaan kian stabil dan menghampiri hujung tahun yang menjadi kebiasaan ramai untuk cuti panjang.
Kongsi Tengku Zatashah, “First overseas holiday since pandemic … pure joy.”
Sambil menghirup udara segar dan mengamati keindahan alam semula jadi bersama suami tercinta, Dato’ Setia Aubry Mennesson, percutian Tengku Zatashah ke Maldives juga difahamkan untuk meraikan ulang tahun sahabat rapatnya.



Selain Tengku Zatashah dan suami, percutian di Maldives tersebut turut disertai selebriti dan ikon fesyen terkenal iaitu Marion Caunter dan suaminya, SM Nasarudin SM Nasimuddin.
Pada 24 Julai lalu, genap 15 tahun usia perkahwinan Tengku Zatashah dan suami tercinta. Pasangan romantis ini mula berkenalan sekitar tahun 2005 dan berkahwin di Grande Mosquee de Paris selepas dua tahun bercinta.



Puteri Diraja Selangor ini sememangnya seorang yang aktif dengan kerja kebajikan dan sarat dengan kasih sayang. Setiap tahun, beliau pasti akan turun padang menyantuni golongan kurang bernasib baik termasuk kanak-kanak dan golongan gelandangan.
Bersempena sambutan International Day of Awareness of Food Loss and Waste pada 29 September, Tengku Zatashah menzahirkan penghargaan atas keprihatinan pelbagai pihak sepanjang beliau menyertai aktiviti kebajikan.
“I’m honoured as Chairperson to be part of Yayasan Food Bank Malaysia as our initial mission in 2019 was to rescue surplus food to feed the nation but since the pandemic we have evolved to also serve the community during crises with food and essential supplies and household items and other daily needs. Where there is a need we do our best to serve.
Thank you to all our volunteers and corporate sponsors for your generous support, without which we would not be able to do what we do.”


Tambahnya lagi, “I am honoured to work with Kechara Soup Kitchen, especially with my Zero Food Wastage campaign from 2016 to today, to save surplus food from Ramadan hotel buffets and supermarkets Tesco (now Lotus’s) and Aeon Malaysia supermarkets.
We have saved thousands of tonnes of food that would have gone to landfills, and instead have kept tummies warm and hearts filled with good food. Thank you to Kechara team of volunteers and all our partners in Zero Food Wastage – we did what seemed the impossible, possible back then.
Yang pasti, penglibatan Tengku Zatashah dalam badan kebajikan bukan lagi rahsia. Ada saja peluang membantu golongan kanak-kanak, kurang berkemampuan dan warga emas, pasti kelibatnya muncul dalam aktiviti kemasyarakatan sedemikian.


Termasuklah pelindungan bagi hidupan liar dan laut yang kini diancam kematian akibat pencemaran.
Tengku Zatashah sebelum ini pernah terlibat dan masih aktif menyertai kempen Zero Food Wastage, Women Empowerment, No Bully, dan Save Wild Life.
Moga usaha murni Tengku Zatashah dalam mempromosikan budaya Malaysia dan melindungi kebajikan semua pihak termasuk haiwan mencetus inspirasi kepada wanita lain untuk mengikut jejak langkah beliau.