Wanita cantik dan juga ahli sosialit dari Singapura ini pernah mencuri tumpuan apabila memiliki beg tangan mewah jenama Birkin lebih daripada 200 unit. Lebih mengujakan apabila salah satu daripada koleksi tersebut merupakan yang termahal di dunia. Bukan calang-calang tau pemilik koleksi beg tangan Birkin termahal di dunia ini.

IKLAN
Beg BIRKIN Berjasa Tampung Kelangsungan Hidup JAMIE CHUA, Terima RM1.8 Juta Sebulan Lepas Bercerai  
Foto: Instagram @ec24m

Jamie Chua juga tidak ‘lokek’ berkongsi koleksi beg tangannya di platform media sosialnya. Teruja melihat deretan beg tangan jenama mewah tersebut. Namun, siapa sangka, beg tangan ini juga telah ‘menyelamatkan’ dirinya ketika sedang bergelut dalam proses perceraian bersama suaminya.

Beg BIRKIN Berjasa Tampung Kelangsungan Hidup JAMIE CHUA, Terima RM1.8 Juta Sebulan Lepas Bercerai  
Foto: Instagram @ec24m
Beg BIRKIN Berjasa Tampung Kelangsungan Hidup JAMIE CHUA, Terima RM1.8 Juta Sebulan Lepas Bercerai  
Foto: Instagram @ec24m

Ternyata pelaburan membeli beg tangan jenama mewahnya berbaloi dan hasil jualan beg tangan tersebut dilakukan demi kelangsungan hidupnya bersama dua orang anaknya. Wanita jelita ini telah berkahwin dengan seorang taikun yang berasal dari Indonesia, Nurdian Cuaca.

Beg BIRKIN Berjasa Tampung Kelangsungan Hidup JAMIE CHUA, Terima RM1.8 Juta Sebulan Lepas Bercerai  
Foto: Instagram @ec24m
Beg BIRKIN Berjasa Tampung Kelangsungan Hidup JAMIE CHUA, Terima RM1.8 Juta Sebulan Lepas Bercerai  
Foto: Instagram @ec24m

Perceraian pasangan ini membabitkan perebutan harta yang tinggi memandangkan Jamie dan Nurdian memiliki beberapa jenis perniagaan bersama. Ini bermakna banyak yang perlu dituntut melalui harta sepencarian. Akhirnya, Jamie menerima nafkah sebanyak RM1.8 juta sebulan selepas selesai fasa perceraian mereka pada tahun 2011.

IKLAN
Beg BIRKIN Berjasa Tampung Kelangsungan Hidup JAMIE CHUA, Terima RM1.8 Juta Sebulan Lepas Bercerai  
Foto: Instagram @ec24m
Beg BIRKIN Berjasa Tampung Kelangsungan Hidup JAMIE CHUA, Terima RM1.8 Juta Sebulan Lepas Bercerai  
Foto: Instagram @ec24m

Jamie membuat pengakuan menjual beg tangan Birkin ketika menjadi tetamu dalam podcast Pass the Power with Paige Parker dengan tajuk Beyond the Birkins, baru-baru ini. “Selama perceraian, saya sebenarnya menjual banyak beg tangan Birkin untuk memberi makan kepada anak-anak,” kata bekas pramugari ini kepada Asiaone.

IKLAN
Beg BIRKIN Berjasa Tampung Kelangsungan Hidup JAMIE CHUA, Terima RM1.8 Juta Sebulan Lepas Bercerai  
Foto: Instagram @ec24m
Beg BIRKIN Berjasa Tampung Kelangsungan Hidup JAMIE CHUA, Terima RM1.8 Juta Sebulan Lepas Bercerai  
Foto: Instagram @ec24m

Bukan saja beg tangan, Jamie juga dikhabarkan mempunyai lebih 300 pasang kasut. Apa yang pasti, kasut Jamie bukan calang-calang kerana yang paling murah pun berharga sekitar RM6,000. Salah satu kasut yang dimilikinya adalah ‘Louboutin Spiked Heels’ bernilai hampir RM15,000 namun pernah membuatkan kaki Jamie terluka ketika memakainya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI