Kadang kala menjadi satu kerungsingan buat wanita di luar sana untuk memadankan beg tangan dengan pakaian yang dipakai agar tampak sesuai dan sempurna. Harus diingatkan, padanan beg yang salah dengan cara berpakaian mampu membuatkan penampilan anda kelihatan janggal dan pelik. Ikuti tip yang Nona kongsikan ini agar kelihatan sempurna saat menggayakan beg dan pakaian anda.

IKLAN

BEG MEMPUNYAI CORAK DAN MOTIF

Pilih beg yang mempunyai corak atau motif sekiranya pakaian anda hanya satu rona. Anda juga boleh memadankan motif di baju untuk kelihatan sedondon dengan beg. Sekiranya ingin berbuat demikian, pastikan warna motif dan corak adalah sesuai.

PEMILIHAN RONA

Seharusnya anda memilih rona terlebih dahulu. Jika pakaian anda berona pastel atau neutral, beg tangan berwarna terang mampu menambahkan lagi keserian fesyen anda. Namun, jika pilihan pakaian anda berwarna terang, beg berona kedam seperti coklat dan hitam boleh menyeimbangkan keseluruhan gaya. Tidak perlu memadankan warna beg dan warna pakaian. Hanya pastikan kedua-duanya tampak sesuai di antara satu sama lain.

Begini Caranya ‘Pancing’ Penampilan Agar Lebih Menarik & Bergaya! Dear Fashionista, Take Note
Kena pandai sesuaikan warna, saiz dan bentuk tas tangan dengan pakaian

KESESUAIAN

Fikirkan mengenai pakaian anda sebelum membuat pemilihan beg sama ada fesyen moden, klasik atau pun glamor. Pertimbangkan juga rona dan motif pada pakaian. Perkara yang paling penting ialah kesesuaian untuk digayakan, bila dan di mana anda mahu menggayakan pakaian tersebut.

IKLAN

SAIZ BEG

Pilih beg yang saiznya sesuai dengan pemakaian anda. Beg tangan yang besar walaupun bergaya, tidak sesuai dengan gaya baju longgar yang sering dipakai ketika musim panas. Begitu juga dengan beg tangan kecil yang ada kalanya tidak sesuai dengan pemakaian. Pastikan anda menggayakan ia terlebih dahulu di hadapan cermin sebelum membuat keputusan.

IKLAN

Begini Caranya ‘Pancing’ Penampilan Agar Lebih Menarik & Bergaya! Dear Fashionista, Take Note

TIP MENJAGA BEG TANGAN

Sering kali wanita membeli beg tangan tapi tidak tahu cara terbaik menjaganya agar kelihatan seperti baharu. Seperti barangan lain, beg tangan juga memerlukan penjagaan yang khusus supaya tahan lebih lama.

  1. Lap beg seminggu sekali. Campurkan dengan sedikit sabun cecair  dengan air suam dan gunakan kain lembap untuk membersihkan kotoran di bahagian luar beg tangan.
  2. Elak daripada menggunakan baby wipes, cuka atau sebarang ‘home remedy’ untuk membersihkan kotoran. Rata-rata produk ini mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan warna dan mengeringkan kulit beg.
  3. Ketika anda membeli beg tangan, pastikan anda tidak membuang kertas atau kabus di dalamnya. Masukkan semula ke dalam beg apabila tidak menggunakannya bagi mengekalkan bentuk asal.
  4. Elak daripada menyimpan beg di tempat yang mudah terkena cahaya matahari. Ia boleh menyebabkan kulit beg cepat rosak dan luntur warnanya.
  5. Elak daripada memegang beg selepas memakai krim tangan.
  6. Sekiranya beg berbau, elakkan daripada menggunakan pewangi berasaskan aerosol kerana ia boleh melunturkan warna serta merosakkan kulit beg.
  7. Jika tidak ada dustbag untuk menyimpannya, gantikan sahaja dengan sarung bantal.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI