Mengimbau impiannya empat tahun lepas, Zura Zabidi pernah berkongsi harapannya – mahu melihat Larney di pusat membeli-belah terkemuka, bahkan berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa seperti Zara, Topshop dan COS.

Hari ini impian itu sudah tertunai. Bukan satu tapi enam buah butik Larney kini berjaya dibuka, berkat kerja keras dan semangat Zura membesarkan ‘bayinya’ sejak tahun 2015.

IKLAN

Seorang yang mesra dan mudah didekati, ibu anak tiga ini punya aura keanggunan yang luar biasa. Pereka fesyen berbakat besar ini cukup merendah diri meskipun pengalaman dimiliki sudah membawanya ke merata ceruk dunia.

Bekas Jurutera Kini Pemilik 6 Butik LARNEY, Zura Zabidi Bukti Pereka Fesyen Cantik & Pintar

PINTAR

Label Larney yang ditubuhkan sejak tahun 2015 membawa Zura lebih matang dalam bidang yang diceburinya.

Mempunyai Ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Telekomunikasi dari Universiti Malaya, Zura sebelum ini pernah bekerja sebagai Network Engineer di salah sebuah syarikat GLC selama tujuh tahun.

Walaupun kini Zura membina karier yang berbeza dari kerjaya sebelumnya, siapa sangka jenama Larney kian menempa nama dek kerana kecintaannya dalam dunia fesyen.

Antara DNA Larney yang menjadi elemen signature adalah pleats, wrap, tutu, draping dan bows. Bagi Zura, setiap rekaan didatangkan dengan kemasan Larney yang kebanyakannya bersifat feminin, kewanitaan tetapi sofistikated.

Bekas Jurutera Kini Pemilik 6 Butik LARNEY, Zura Zabidi Bukti Pereka Fesyen Cantik & Pintar

Bekas Jurutera Kini Pemilik 6 Butik LARNEY, Zura Zabidi Bukti Pereka Fesyen Cantik & Pintar

IKLAN

Bekas Jurutera Kini Pemilik 6 Butik LARNEY, Zura Zabidi Bukti Pereka Fesyen Cantik & Pintar

REGAL RAYA

Sejak dilancarkan, Larney telah menjalani beberapa siri inovasi dalam setiap rekaan mahupun koleksi.

Sempena lebaran ini, Larney melancarkan LARNEY REGAL RAYA 2023 dengan mempertaruhkan rekaan tradisional namun menggunakan fabrik premium pleated yang ditempah khas.

Dari kurung hingga kebaya labuh, rekaan Larney langsung tidak pernah mengecewakan. Zura bijak mengolah potongan baju agar tetap klasik namun selesa dan sejuk dipakai pada Hari Raya nanti.

Nona mengintai beberapa rekaan LARNEY REGAL RAYA 2023 yang dipentaskan secara eksklusif di IOI City Mall baru-baru ini. Cantik sungguh…

Bekas Jurutera Kini Pemilik 6 Butik LARNEY, Zura Zabidi Bukti Pereka Fesyen Cantik & Pintar

IKLAN

Bekas Jurutera Kini Pemilik 6 Butik LARNEY, Zura Zabidi Bukti Pereka Fesyen Cantik & Pintar

Bekas Jurutera Kini Pemilik 6 Butik LARNEY, Zura Zabidi Bukti Pereka Fesyen Cantik & Pintar

Bekas Jurutera Kini Pemilik 6 Butik LARNEY, Zura Zabidi Bukti Pereka Fesyen Cantik & Pintar

Bekas Jurutera Kini Pemilik 6 Butik LARNEY, Zura Zabidi Bukti Pereka Fesyen Cantik & Pintar

Bekas Jurutera Kini Pemilik 6 Butik LARNEY, Zura Zabidi Bukti Pereka Fesyen Cantik & Pintar

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI