Walaupun sudah tiga tahun berlalu mengatur pertemuan dengan keluarga diraja Perlis ini, namun kami masih berhubung bertanya khabar masing-masing melalui protokol yang ringkas. Memiliki personaliti yang lemah lembut dan mudah mesra dengan sesiapa membuatkan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry ini disenangi ramai.

Bekas Pramugari & Ibu Kembar 3, YAM TENGKU PUAN BENDAHARA PERLIS Memukau Sebalik Kesederhanaan
Foto: Koleksi Majalah Nona

Usai bertanya khabar, soalan pertama yang terpacul adalah tentang pengambilan vaksinasi COVID-19 yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan. “Oh! Saya belum dapat lagi temu janji vaksinasi dan sehingga kini masih menunggu,” tutur Datin Seri Diraja Sharifah Azura atau lebih mesra disapa Tengku Puan ini memulakan bicara.

Bekas Pramugari & Ibu Kembar 3, YAM TENGKU PUAN BENDAHARA PERLIS Memukau Sebalik Kesederhanaan
Foto: Koleksi Majalah Nona

CABARAN COVID-19
Sesungguhnya penularan pandemik COVID-19 ini memberi kesan mendalam terhadap semua usahawan termasuk wanita yang wanita yang berusia 37 tahun ini selaku pemilik bersama Najwa Aesthetic Sdn. Bhd. Walaupun begitu wanita kelahiran Negeri Sembilan ini tidak patah semangat dan sentiasa mencari solusi agar perniagaannya terus mampu berdaya saing.

Bekas Pramugari & Ibu Kembar 3, YAM TENGKU PUAN BENDAHARA PERLIS Memukau Sebalik Kesederhanaan
Foto: Koleksi Peribadi YAM Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry

“Team saya membuat jualan produk kecantikan di atas talian. Of course ada kerugian sebab medispa tak boleh beroperasi seperti biasa tapi kami masih boleh jual produk dan menawarkan pakej rawatan di medispa. Namun tawaran pakej ini hanya boleh dilakukan selepas kerajaan bagi lampu hijau untuk kami beroperasi semula. Maknanya, book treatment with discount price but treatment later,” bicara wanita yang pernah bertugas sebagai pramugari ini.

TANGGUNG JAWAB SOSIAL
Jika sebelum ini teruja mendengar pengalaman Tengku Puan menyantuni golongan cacat pendengaran dan rupanya ketika situasi negara tidak menentu mendepani pandemik COVID-19, wanita tinggi lampai ini tidak berdiam diri. Melalui badan bukan kerajaan (NGO) MedicAid, wanita yang pernah menyantuni mangsa peperangan di sempadan Syria ini aktif menabur bakti kepada anak bangsa.

Bekas Pramugari & Ibu Kembar 3, YAM TENGKU PUAN BENDAHARA PERLIS Memukau Sebalik Kesederhanaan

Foto: Koleksi Peribadi YAM Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry

Bekas Pramugari & Ibu Kembar 3, YAM TENGKU PUAN BENDAHARA PERLIS Memukau Sebalik Kesederhanaan
Foto: Koleksi Peribadi YAM Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry

“Team NGO kami iaitu MedicAid ada buat beberapa bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan. Antara bantuan yang kami lakukan ialah bantuan program “back to school” di mana kami berkolaborasi dengan pengeluar pakaian sekolah Canggih untuk memberi pakaian sekolah kepada yang memerlukan.

Selain itu, kami juga ada menyalurkan bantuan untuk rakyat Palestin, memberi bantuan seperti infaq Ramadan, tajaan puasa untuk anak-anak yatim dan bantuan jangka pendek kepada keluarga yang terkesan akibat COVID-19,” bicara Tengku Puan penuh semangat dan menganggap apa yang dilakukannya sebagai terapi diri.

Bekas Pramugari & Ibu Kembar 3, YAM TENGKU PUAN BENDAHARA PERLIS Memukau Sebalik Kesederhanaan
Foto: Koleksi Peribadi YAM Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry

KELUARGA
Isteri kepada Yang Amat Mulia Tengku Syarif Bendahara Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Badaruddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ini juga benar-benar bahagia bergelar ibu kepada tiga orang cahaya mata kembar. Tengku Puan sentiasa ceria bercerita tentang anak-anaknya dan tidak pernah berselindung tentang usahanya mendapatkan ketiga-tiga anaknya melalui kaedah in-vitro fertilization (IVF).

Bekas Pramugari & Ibu Kembar 3, YAM TENGKU PUAN BENDAHARA PERLIS Memukau Sebalik Kesederhanaan
Foto: Koleksi Peribadi YAM Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry
Bekas Pramugari & Ibu Kembar 3, YAM TENGKU PUAN BENDAHARA PERLIS Memukau Sebalik Kesederhanaan
Foto: Koleksi Peribadi YAM Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry

Sebagaimana ibu-ibu lain di luar sana, Tengku Puan juga mempunyai kisah lucu melayani anak-anak yang ‘bersekolah’ di rumah, “Ketika musim PKP ini selain menghabiskan masa di medispa, saya meluangkan masa bersama keluarga dan memantau anak-anak mengikuti kelas online. Seperti ibu-ibu yang lain saya juga menghadapi ragam anak-anak dalam kelas online ini.

Bekas Pramugari & Ibu Kembar 3, YAM TENGKU PUAN BENDAHARA PERLIS Memukau Sebalik Kesederhanaan
Foto: Koleksi Peribadi YAM Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry
Bekas Pramugari & Ibu Kembar 3, YAM TENGKU PUAN BENDAHARA PERLIS Memukau Sebalik Kesederhanaan
Foto: Koleksi Peribadi YAM Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry
Bekas Pramugari & Ibu Kembar 3, YAM TENGKU PUAN BENDAHARA PERLIS Memukau Sebalik Kesederhanaan
Foto: Koleksi Peribadi YAM Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry

Antaranya berebut gadget bila nak online class, lepas tu kelas tak habis lagi tapi mereka kata dah selesai. Anak yang sulung pula asyik nak ke tandas, cuba escape dari kelas. Jadi, saya sebagai ibu kena pantau selalu, kalau tak mereka leka,” ucap Tengku Puan sambil tersenyum bercerita tentang permata hatinya itu.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI