Apabila cinta mengatasi segala-galanya, harta dan kedudukan sudah tidak bermakna. Inilah yang berlaku kepada pasangan diraja Putera Harry dan Meghan Markle, disusuli puteri sulung pewaris takhta empayar Jepun iaitu Puteri Mako yang memilih menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa.

Mako sanggup melepaskan semua gelaran diraja dan harta yang sepatutnya diwarisi pada Oktober tahun lalu demi mengahwini orang kebanyakan. Beliau memilih peguam, Kei Komuro dan mereka kini menetap di sebuah apartment mewah di Manhattan, New York.

IKLAN

Pun begitu, unit kediaman satu bilik itu terletak di bangunan mewah yang menawarkan kemudahan penuh, malah sewa sebulan sahaja dianggarkan mencecah RM20,000 ($4,809)! Mereka menetap di sana sejak November 2021.

Bekas Puteri Jepun Mako Komuro Hidup Sebagai Rakyat Biasa, Kini Jadi Sukarelawan Muzium
Kei dan Mako

 

Bekas Puteri Jepun Mako Komuro Hidup Sebagai Rakyat Biasa, Kini Jadi Sukarelawan Muzium
Pasangan ini bertemu di universiti

 

Selepas berpindah ke New York, bekas puteri itu memutuskan untuk menggunakan ijazahnya dalam bidang seni dan warisan budaya dengan sebaiknya.

Menggunakan pengalaman sebagai penyelidik di Muzium Universiti Tokyo, kini Mako menjadi sukarelawan di Muzium Seni Metropolitan, kira-kira 10 minit dari kediamannya.

Melalui sumber Japan Times, beliau difahamkan sedang terlibat dengan pameran lukisan yang diilhamkan oleh kehidupan seorang sami Buddha yang mengembara di seluruh Jepun untuk memperkenalkan orang ramai kepada agama itu berabad-abad yang lalu.

Bekas Puteri Jepun Mako Komuro Hidup Sebagai Rakyat Biasa, Kini Jadi Sukarelawan Muzium
Mako kini bekerja di Muzium Seni Metropolitan

 

Bekas Puteri Jepun Mako Komuro Hidup Sebagai Rakyat Biasa, Kini Jadi Sukarelawan Muzium
Mako selesa membeli-belah seorang diri

 

IKLAN
Bekas Puteri Jepun Mako Komuro Hidup Sebagai Rakyat Biasa, Kini Jadi Sukarelawan Muzium
Bekas puteri raja hidup seperti rakyat biasa

 

WANITA PINTAR

Berusia 30 tahun, Mako sememangnya amat mahir dalam dunia seni. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Kristian Antarabangsa di Tokyo, dia melanjutkan pelajaran sejarah seni di Universiti Edinburgh pada 2012 dan memperoleh ijazah sarjana dalam kajian muzium seni dan galeri di Universiti Leicester pada tahun 2016.

Sebelum ini Mako menjadi tumpuan dunia apabila dia mengumumkan pertunangannya dengan Kei pada 2017. Sebahagian masyarakat Jepun mengkritik pasangan itu dan beberapa ahli keluarga Mako secara terbuka tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka.

IKLAN

Di bawah undang-undang Jepun, wanita dari kalangan keluarga diraja perlu melepaskan status diraja jika mereka berkahwin dengan ‘orang biasa’, tetapi undang-undang ini tidak terpakai kepada keluarga diraja lelaki.

Bekas Puteri Jepun Mako Komuro Hidup Sebagai Rakyat Biasa, Kini Jadi Sukarelawan Muzium
Merupakan puteri sulung Putera Mahkota Fumihito

 

Bekas Puteri Jepun Mako Komuro Hidup Sebagai Rakyat Biasa, Kini Jadi Sukarelawan Muzium
Kenangan potret keluarga Putera Mahkota Fumihito bersama Mako

 

Bekas Puteri Jepun Mako Komuro Hidup Sebagai Rakyat Biasa, Kini Jadi Sukarelawan Muzium
Potret keluarga terbaharu Putera Mahkota Fumihito, tanpa Mako

 

Ini menjadikan anak saudara Maharaja Jepun yang juga anak Putera Mahkota Fumihito itu sebagai wanita pertama dari keluarga diraja Jepun yang menolak upacara perkahwinan diraja serta wang pampasan $1.23 juta.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI