Innalillahwainnailaihirojiun. Merafak sembah takziah buat seluruh kerabat Negeri Sembilan di atas berita sedih kemangkatan Yang Maha Mulia (YMM) Tunku Ampuan Tuanku Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin.
Almarhumah mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur pada 6.53 pagi tadi.
Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, YMM Tunku Najihah baharu sahaja menyambut hari keputeraan ke-100 pada 1 September lalu.
Kredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjns
Almarhumah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman dari tahun 1994 hingga 1999.
Ads
Perkhabaran kemangkatan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim menerusi satu kenyataan hari ini.
Memetik kenyataan itu, “Jenazah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini, 8 September 2023 bersamaan dengan 22 Safar 1445H selepas waktu Asar.
Ads
Kredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjns
“Tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah Yang Maha Mulia Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan adalah selama satu hari iaitu pada hari ini, Jumaat, bersamaan dengan 8 September 2023.”
Datuk Mohd Zafir memaklumkan semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan.
Ads
Selain itu, semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa.
Semoga roh Almarhumah dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kisah pelajar yang membawa bekalan mangkuk tingkat ke sekolah yang tular dan menjadi bualan hangat baru-baru ini sememangnya menarik tumpuan ramai. Ada yang memuji tindakan prihatin si ibu, tidak kurang juga yang kecam kerana beranggapan situasi itu menyusahkan kanak-kanak dan terpaksa mengangkat ‘beban’ ke sekolah.
Yang pasti, isu tersebut telah mencuri perhatian Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Mengikuti perkembangan isu itu dari semasa ke semasa, Tengku Zatashah menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang cenderung membuka ruang berlakunya gejala buli.
Selaku individu yang terlibat aktif dalam kempen berkaitan isu buli di sekolah, beliau rasa terpanggil untuk meminta masyarakat menghentikan persepsi negatif berkenaan. Ujar Tengku Zatashah, “Baru-baru ini ada beberapa individu yang menghantar kepada saya tentang kisah viral seorang pelajar perempuan sekolah rendah yang dibuli hanya kerana membawa bekal mangkuk tingkat ke sekolah.
Saya rasa sangat sedih dan sudah pasti ramai yang turut berkongsi rasa yang sama apabila kanak-kanak ini dibuli disebabkan mangkuk tingkat.
Saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu kepada pelajar sekolah tersebut dan keluarganya bahawa saya sangat bangga melihat mereka bawa mangkuk tingkat ke sekolah kerana saya juga bawa mangkuk tingkat ke mana saja!
Tidak kira ketika berkunjung ke bazar Ramadan, ke pasar malam juga ke gerai food trucks. Dan saya bersimpati kerana pelajar ini dibuli hanya disebabkan perkara tersebut.
Ramai di antara kita yang bawa dan menggunakan mangkuk tingkat dengan bangga. Bahkan saya juga kerap dipanggil ‘the girl with the tiffin’. Jadi, buat Adik… berbanggalah dan kami sayang anda.
Sedih melihat situasi buli dan komen-komen negatif mereka yang berniat jahat terhadap anak kecil ini. Mereka tak buat salah. Kita kini berada dalam situasi sukar Covid-19 dan tunjukkan kebaikan hati masing-masing. Kita perlu saling bersatu dan berbuat baik di antara satu sama lain.”
Kira-kira lima tahun lalu, Presiden AllianceFrancaise Kuala Lumpur ini sudah mula membawa mangkuk tingkat atau ‘tiffin’ ke mana sahaja tanpa rasa segan. Memang jarang-jarang dibuat oleh seorang puteri diraja!
Mengikuti perkembangan Tengku Zatashah, Puteri Diraja Selangor ini sudah mula mempraktikkan budaya membawa mangkuk tingkat sejak tahun 2016 lagi. Malah, beliau turut memuat naik gambar ketika mengunjungi bazar Ramadan dan pasar malam sambil memegang bekas makanan tersebut demi mengurangkan penggunaan plastik.
Selain aktif menjayakan kempen Say No 2 Plastic, penglibatan Tengku Zatashah dalam badan kebajikan bukan lagi rahsia. Ada sahaja peluang untuk membantu golongan kanak-kanak, orang kurang berkemampuan dan warga emas pasti kelibatnya muncul dalam aktiviti kemasyarakatan sedemikian. Termasuklah perlindungan bagi hidupan liar dan laut yang kini diancam kematian akibat pencemaran.
Sebelum ini, Tengku Zatashah turut terlibat menyertai kempen Zero Food Wastage, Women Empowerment, No Bully, dan Save Wild Life. Moga usaha murni Tengku Zatashah dalam mempromosikan budaya Malaysia dan melindungi kebajikan semua pihak termasuk haiwan mencetus inspirasi kepada wanita lain untuk mengikut jejak langkah beliau.
Kredit foto: Instagram Tengku Zatashah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pesona Marion Rose Caunter Abdullah sememangnya sudah terserlah sejak dia bergelar pengacara, DJ dan model suatu ketika dulu. Kepetahannya berbicara, dikurniakan susuk tubuh menawan dan rupa paras cantik menjadikan Marion antara pengacara bukan Melayu yang diminati masyarakat. Keanggunan Marion kian bersinar selepas dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010.
Semalam, tanggal 5 November merupakan ulang tahun kelahiran jelitawan ini yang ke-40. Berkongsi momen sambutan hari lahir di media sosial, Marion kelihatan cukup bahagia di samping suami tercinta dan tiga anak comelnya. Tampil memikat seperti kebiasaan dalam persalinan gaun putih sedondon dengan keluarga tersayang, Marion disambut bagaikan seorang puteri!
Kongsinya, “The big 40. Oh did I have plans for you. Maybe run my first half marathon. Maybe make my first trip to Africa. Covid hit an everything changed in an instant. This uncertain and challenging year has made me pause and reflect on what truly matters in life and I can honestly say that as I enter a new decade I am more grateful than ever.
Grateful for my health. Grateful for my family. Grateful for my friends who accept me for all my ridiculousness and more. Grateful for all I’ve been bleesed with. I spent my 40th eating a ton of cake with my babies and it was the honestly, the perfect day. I couldn’t ask for more right now.”
Hampir sembilan tahun bergelar isteri, Marion juga berbangga kerana dia kini memegang status ibu kepada tiga orang anak. Tapi kalau tengok bentuk tubuh Marion… tak ubah seperti anak dara. Pendek kata, ramping dan sangat bergaya.
Meskipun sudah beranak tiga namun kecantikan Marion tetap memukau pandangan. Memiliki pinggang bak kerengga dan bertubuh tinggi lampai, apa juga persalinan yang tersarung di badannya nampak terletak sempurna. Untung suami!
Kalau anda tercari-cari inspirasi untuk sentiasa tampil mempersona walau mempunyai anak kecil dan ramai… Marion adalah salah satu contoh terbaik. Kesungguhan anak jati Pulau Pinang ini mementingkan penampilan, seharusnya diberi pujian. Iyalah, bukan senang hendak nampak cantik selalu. Terutamanya bila sudah ada bergelar ibu dan ada anak. Rutin hidup wanita akan berubah sepenuhnya.
Tambahan pula, Marion dan suami gemar melancong ke luar negara bersama anak-anak. Dalam sibuk menguruskan anak dan suami pun dia mampu tampil bergaya. Kagum! Sama ada bercuti di tepi pantai atau bandar, Marion bijak mengenakan pakaian yang sesuai bukan saja untuk dirinya bahkan seisi keluarga. Dia juga akan memastikan persalinan sedondon atau sekurang-kurangnya corak yang sama untuk ketiga-tiga anak dan suami.
Melihat cita rasa elegan Marion, jelitawan ini turut dilihat menjinjing beg tangan berjenama mewah. Antara koleksi beg tangan yang pernah digayakan Marion seperti Christian Dior, Chanel, Louis Vuitton, dan seangkatan dengannya. Begitu juga aksesori lain termasuk kasut, baju, jam tangan dan cermin mata hitam… semuanya dari label fesyen antarabangsa.
Selain tertarik dengan fesyen Marion, pemilik salun rambut Hair Play ini juga sebenarnya rajin bersenam. Jadi tidak hairanlah macam mana Marion boleh kekalkan bentuk badan ideal seperti zaman anak dara walaupun sudah ada anak tiga.
Kredit foto: Instagram Marion Caunter
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lazada Malaysia meraikan jenama dan rakan perniagaan LazMall, serta menyatakan pelaburan yang lebih kukuh sewaktu majlis LazMall Gala Dinner 2022 yang dianjurkan di EQ Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Para pelanggan kini amat mementingkan ketulenan dan nilai jenama, di samping pengalaman yang unik dan berbeza, maka di atas sebab itu kepercayaan dan kaitan relevan tampil menjadi matawang dalam ekosistem digital.
Laporan Lazada Sponsored Solutions (LSS) menunjukkan bahawa 53% daripada para pelanggan di Malaysia kini mencari produk secara terus di app atau platform eDagang, berbanding pendekatan terdahulu di mana pelanggan mencari produk menerusi enjin pencarian,” Alan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia
Semasa majlis makan malam gala tersebut, Lazada turut menghargai rakan jenama LazMall yang cemerlang dalam pelbagai kategori menerusi anugerah seperti:
Rakan Jenama Cemerlang Tahun Ini (Brand Partner of the Year) – L’Oreal Malaysia
Anugerah Pencapaian Mengagumkan (Outstanding Achievement Award) – The Estée Lauder Companies Malaysia
Rakan Jenama Barangan Runcit Paling Popular (Most Popular Grocery Brand Partner) – Nestlé
Rakan Jenama Fesyen Paling Popular (Most Popular Fashion Brand Partner) – Nike
Rakan Jenama Bayi & Produk Mainan Paling Popular (Most Popular Baby & Toys Brand Partner) – The LEGO Group
Rakan Jenama Elektronik Paling Popular (Most Popular Electronic Brand Partner) – Xiaomi
Rakan Jenama Gaya Hidup Paling Popular (Most Popular Lifestyle Brand Partner) – AKEMI
Rakan Jenama Kesihatan & Kecantikan Paling Popular (Most Popular Health & Beauty Brand Partner) – Beiersdorf
Anugerah Kecemerlangan Pemasaran (Marketing Excellency Award) – Pediasure
Anugerah Bintang Yang Semakin Meningkat (Rising Star Award) – Prism+
Anugerah Jenama Tempatan Paling Popular (Most Popular Homegrown Brand Partner) – Signature Market.
Nah, tengoklah senarai penerima anugerah tu, bukti segmen jualan online masih tetap di hati pelanggan meskipun kebanyakan barangan tu tersedia di kedai fizikal. Dalam bahasa mudahnya, orang masih suka membeli-belah atas talian tau!
Pengiktirafan tersebut meraikan kerjasama dan pertumbuhan LazMall bersama dengan rakan jenama yang telah mencapai kecemerlangan dalam lanskap perdagangan runcit dalam talian, di samping menonjolkan sumbangan mereka ke arah memantapkan daya kepercayaan dalam pengalaman membeli-belah eDagang, serta memacu pertumbuhan industri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!