Belek-belek BIBIR, Pastikan Anda Simpan Salah Satu BAHAN Terbaik Agar Bibir Tak Menggelupas

Masalah bibir kering bukan sahaja berlaku pada bulan puasa. Ada yang boleh mengambil bercawan-cawan air masak demi mencukupkan 8 gelas air setiap hari tetapi ramai juga yang tewas kerana lebih terdorong untuk ambil minuman manis dan sejuk. Macam mana untuk pastikan bibir tidak kering?

  • Sebelum mencuci wajah, sapukan pelembap bibir. Bahan pencuci yang digunakan boleh bertindak menjadikan kulit bibir kering dan kehilangan PH serta menyebabkan kulit bibir berkeluping.

  • Gunakan minyak badam kerana ia mengandungi vitamin A dan E untuk memberikan kesan kelembapan yang lebih semula jadi pada bibir.

 

  • Nyalakan pembersih udara (humidifier) pada waktu malam. Ia membantu mengekalkan kelembapan bibir dan kulit.

  • Jika kulit bibir anda merekah, hiris tipis timun dan letakkan pada bibir selama lima minit, mungkin ketika anda sedang menonton televisyen atau membaca buku kegemaran anda.

  • Eksfoliasi sangat penting dan berkesan untuk menjadikan bibir lebih lembap dan mungil. Selain produk di pasaran, anda juga boleh membuat pes sendiri. Campurkan gula dan madu sehingga sebati dan sapukan pada bibir. Jika anda mempunyai bibir sensitif, gunakan berus gigi lembut dan gosok perlahan pada bibir.

  • Jangan biasakan menjilat bibir. Air liur bukan membasahkan bibir tetapi menjadikannya lebih kering kerana terdapat asid terkandung pada air liur manusia. Malah, kebiasaan ini juga menghilangkan minyak asli yang terbit pada bibir.

  • Bernafas dengan hidung. Ada kalanya, pernafasan melalui mulut boleh menyebabkan bibir anda kering.

  • Bibir berkeluping? Jangan cuba mencabut kulit mati dengan cara biasa. Ia bukan sahaja menyebabkan luka tetapi boleh mengakibatkan kepedihan. Gunakan lip balm dan kupas kulit mati dengan perlahan.

  • Gunakan sedikit krim tabir suria untuk mengelakkan bibir terkena iritasi dan kekeringan. Jika bibir sudah menjadi kering dan berkuping, elakkan menyapu krim lagi kerana SPF boleh menyebabkan kepedihan pada kulit sensitif.

  • Bibr yang tidak kering juga perlukan perlindungan. Gunakan beeswax sekiranya anda bercadang untuk melakukan aktiviti luar. Ia “mengunci’ kelembapan dan bertindak sebagai penghadang dehidrasi.

  • Jadikan gincu bibir dengan pelembap bervitamin E, minyak macadamia dan shea butter sebagai teman baik anda. Lupakan seketika gincu matte atau gunakan sekali-sekali sahaja agar kulit bibir boleh mendapat kelembapan terbaik.

Terlalu banyak cara anda boleh ‘berperang’ dengan bibir kering. Anda perlu tahu apa yang boleh dilakukan untuk menjadi solusi kepada masalah kecantikan anda. Mungkin produk terbaik untuk anda ada di SINI

 

Tips di bawah ini menjadi ‘kerja rumah’ tambahan untuk anda.

  1. Ubat gigi dengan perisa sintetik boleh mengakibatkan reaksi alergik, menjadikan bibir anda berkuping.
  2. Skip minuman dari jus oren seketika jika bibir anda mengalami kekeringan melampau dan berkuping. Dan jika boleh elakkan juga buah limau gedang dan buah-buahan sitrus lain dari bibir; ia boleh menjadikan bibir lebih kering.
  3. Sapukan aloe vera pada bibir. Ia membantu melegakan kesakitan dan menyembuhkan luka kecil akibat dari kekeringan.
  4. Trik paling terkenal untuk bibir kering adalah dengan menggunakan jeli petroleum.
  5. Semburan haruman yang anda gunakan setiap hari juga menjadi penyebab kulit bibir kering dan menimbulkan reaksi alergi. Sekiranya di dapati bibir anda menjadi semakin kering disebabkan balm bibir dengan haruman, apa kata anda hentikan penggunaan dan bertukar kepada balm tanpa perisa dan haruman.
  6. Ucapkan selamat tinggal kepada makanan pedas. Ya, makanan pedas antara penyumbang kepada masalah bibir kering!
  7. Menikmati hidangan bergaram memang sedap tetapi ia bukan yang terbaik untuk penjagaan bibir. ‘Berpuasa’ garam seketika kan boleh menjamin kesihatan tubuh?
  8. Gunakan penutup mulut apabila berada di kawasan yang terlalu panas atau berdebu. Perlindungan kulit bibir dari debu dan haba boleh mengurangkan masalah dehidrasi.
  9. Anda masih ‘bertarung’ dengan masalah kulit bibir berkuping? Cari rawatan dengan ceramide, yang membantu mengembalikan keanjalan kulit.

 

 

 

 

IKLAN
Share