Masalah bibir kering bukan sahaja berlaku pada bulan puasa. Ada yang boleh mengambil bercawan-cawan air masak demi mencukupkan 8 gelas air setiap hari tetapi ramai juga yang tewas kerana lebih terdorong untuk ambil minuman manis dan sejuk. Macam mana untuk pastikan bibir tidak kering?
Sebelum mencuci wajah, sapukan pelembap bibir. Bahan pencuci yang digunakan boleh bertindak menjadikan kulit bibir kering dan kehilangan PH serta menyebabkan kulit bibir berkeluping.
Gunakan minyak badam kerana ia mengandungi vitamin A dan E untuk memberikan kesan kelembapan yang lebih semula jadi pada bibir.
Nyalakan pembersih udara (humidifier) pada waktu malam. Ia membantu mengekalkan kelembapan bibir dan kulit.
Jika kulit bibir anda merekah, hiris tipis timun dan letakkan pada bibir selama lima minit, mungkin ketika anda sedang menonton televisyen atau membaca buku kegemaran anda.
Eksfoliasi sangat penting dan berkesan untuk menjadikan bibir lebih lembap dan mungil. Selain produk di pasaran, anda juga boleh membuat pes sendiri. Campurkan gula dan madu sehingga sebati dan sapukan pada bibir. Jika anda mempunyai bibir sensitif, gunakan berus gigi lembut dan gosok perlahan pada bibir.
Ads
Jangan biasakan menjilat bibir. Air liur bukan membasahkan bibir tetapi menjadikannya lebih kering kerana terdapat asid terkandung pada air liur manusia. Malah, kebiasaan ini juga menghilangkan minyak asli yang terbit pada bibir.
Bernafas dengan hidung. Ada kalanya, pernafasan melalui mulut boleh menyebabkan bibir anda kering.
Bibir berkeluping? Jangan cuba mencabut kulit mati dengan cara biasa. Ia bukan sahaja menyebabkan luka tetapi boleh mengakibatkan kepedihan. Gunakan lip balm dan kupas kulit mati dengan perlahan.
Gunakan sedikit krim tabir suria untuk mengelakkan bibir terkena iritasi dan kekeringan. Jika bibir sudah menjadi kering dan berkuping, elakkan menyapu krim lagi kerana SPF boleh menyebabkan kepedihan pada kulit sensitif.
Ads
Bibr yang tidak kering juga perlukan perlindungan. Gunakan beeswax sekiranya anda bercadang untuk melakukan aktiviti luar. Ia “mengunci’ kelembapan dan bertindak sebagai penghadang dehidrasi.
Jadikan gincu bibir dengan pelembap bervitamin E, minyak macadamia dan sheabutter sebagai teman baik anda. Lupakan seketika gincu matte atau gunakan sekali-sekali sahaja agar kulit bibir boleh mendapat kelembapan terbaik.
Terlalu banyak cara anda boleh ‘berperang’ dengan bibir kering. Anda perlu tahu apa yang boleh dilakukan untuk menjadi solusi kepada masalah kecantikan anda. Mungkin produk terbaik untuk anda ada di SINI
Ads
Tips di bawah ini menjadi ‘kerja rumah’ tambahan untuk anda.
Ubat gigi dengan perisa sintetik boleh mengakibatkan reaksi alergik, menjadikan bibir anda berkuping.
Skip minuman dari jus oren seketika jika bibir anda mengalami kekeringan melampau dan berkuping. Dan jika boleh elakkan juga buah limau gedang dan buah-buahan sitrus lain dari bibir; ia boleh menjadikan bibir lebih kering.
Sapukan aloe vera pada bibir. Ia membantu melegakan kesakitan dan menyembuhkan luka kecil akibat dari kekeringan.
Trik paling terkenal untuk bibir kering adalah dengan menggunakan jeli petroleum.
Semburan haruman yang anda gunakan setiap hari juga menjadi penyebab kulit bibir kering dan menimbulkan reaksi alergi. Sekiranya di dapati bibir anda menjadi semakin kering disebabkan balm bibir dengan haruman, apa kata anda hentikan penggunaan dan bertukar kepada balm tanpa perisa dan haruman.
Ucapkan selamat tinggal kepada makanan pedas. Ya, makanan pedas antara penyumbang kepada masalah bibir kering!
Menikmati hidangan bergaram memang sedap tetapi ia bukan yang terbaik untuk penjagaan bibir. ‘Berpuasa’ garam seketika kan boleh menjamin kesihatan tubuh?
Gunakan penutup mulut apabila berada di kawasan yang terlalu panas atau berdebu. Perlindungan kulit bibir dari debu dan haba boleh mengurangkan masalah dehidrasi.
Anda masih ‘bertarung’ dengan masalah kulit bibir berkuping? Cari rawatan dengan ceramide, yang membantu mengembalikan keanjalan kulit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecantikan sememangnya agak subjektif untuk diperkatakan. Setiap wanita mahupun lelaki pastinya mahu kelihatan cantik dan bergaya demi meningkatkan keyakinan diri terutamanya ketika berada di khalayak umum. Penjagaan wajah dan tubuh menggunakan bahan semula jadi sememangnya membantu proses kecantikan tetapi umum sedia maklum ia mengambil sedikit masa berbanding penggunaan kaedah rawatan moden yang lebih dikenali sebagai medispa.
Tampil cantik dan memilih kaedah rawatan medispa sebagai gaya hidup, tiga orang doktor kecantikan ini gembira membantu wanita mahupun lelaki mengecap impian mereka terutamanya menjelang Aidilfitri.
PENJAGAAN KULIT SATU KEPERLUAN
Nama: Dr Ismaliza Ismail
Umur: 37 tahun
Pekerjaan: Doktor Kecantikan dan Anti Penuaan
1.Apakah kepentingan penjagaan kecantikan untuk wanita masa kini?
Dr Ismaliza: Kecantikan dan wanita sememangnya tidak boleh dipisahkan. Wanita kini sudah semakin bijak untuk mendapatkan rawatan kecantikan dari mereka yang bertauliah. Jadi seandainya mereka mempunyai soalan mengenai produk dan kulit, mereka boleh berjumpa dengan orang yang sebetulnya, iaitu doktor yang mempunyai tauliah dalam bidang kecantikan.
2.Apakah definisi cantik bagi diri anda?
Dr Ismaliza: Pada pandangan saya, definisi cantik adalah kesempurnaan dari aspek luaran mahupun dalaman. Kita perlu menjaga kecantikan yang bermula dari dalaman iaitu sihat tubuh badan, barulah kesihatan luaran itu terserlah. Selain itu bukan sahaja kesihatan jasmani tetapi juga dari rohani. Aura positif dan fikiran yang selalu ke arah kebaikan. Itu sebenarnya cantik.
3.Pandangan anda mengenai wanita masa kini? Adakah mereka mengetahui kepentingan penjagaan kulit kepentingan penjagaan kecantikan melalui kaedah medispa terutama menjelang musim perayaan?
Dr Ismaliza: Pada pandangan saya, wanita kini lebih bijak. Mereka tahu apa yang mereka perlu dan apa yang mereka tidak perlu. Dengan kecanggihan teknologi masa sekarang, wanita kini makin bijak untuk mendapatkan produk produk kecantikan untuk diri mereka dan servis kecantikkan untuk kulit mereka terutama menjelang musim perayaan. Wanita masa kini hanya perlu bijak dan mempunyai satu hala tuju dimana mendapat kulit yang sihat adalah satu kecantikan yang terkini. Jadi saya rasa, kecantikan dan wanita pada masa kini lebih sinonim kerana mereka akan mengkaji sesuatu perkara itu terlebih dahulu. Bila ada pertubuhan medispa pada masa sekarang, ia merupakan bonus lagi untuk mereka mendapatkan khidmat kepada mereka yang bertauliah.
4..Pada pandangan anda, bagaimana mahu menggalakkan wanita menjaga penampilan diri terutama di musim perayaan?
Dr Ismaliza: Bagi saya untuk menggalakkan wanita menjaga penampilan diri adalah bermula dari pendidikan bila kita serapkan pendidikan seawal usia kanak-kanak, kerana mereka sudah mempunyai stigma untuk menjaga kecantikan kulit kerana penjagaan kulit ini merupakan satu amalan yang bukan perlu dibuat buat dan bukan mengikut trend. Penjagaan kulit adalah kemestian bagi setiap orang kerana kulit adalah organ dan kulit juga perlu dijaga seperti kulit kulit yang lain. Tanpa kulit kita sebenarnya tak boleh hidup sebab kulit sebenarnya adalah perlindungan kepada tubuh badan kita. Jadi untuk menggalakkan golongan wanita menjaga kecantikkan kulit, kita perlu memberi informasi informasi yang tepat dan betul dan semua ini patut bermula dari awal lagi.
5. Pada pandangan anda, apakah produk penjagaan wajah yang perlu ada dalam rutin seharian wanita?
Dr Ismaliza:Untuk penjagaan rutin, bagi pendapat saya ada lima perkara yang perlu kita tahu. Yang pertama, untuk penjagaan dalaman pastikan cukup vitamin cukup air. Kedua, penjagaan luaran pastikan mengunakan pencuci muka yang betul mengikut keadaan kulit dan seterusnya adalah pelembab muka ataupun serum dan yang terakhir adalah sunblock .
KECANTIKAN DAN KESIHATAN SEIRING
Nama: Dr Nurfitri Putrianti
Umur: 32 tahun
Pekerjaan: Pegawai Perubatan Estetik
1.Apakah kepentingan penjagaan kecantikan untuk wanita masa kini?
Dr Nurfitri:Wanita masa kini lebih prihatin soal penjagaan kulit. Mereka lebih memahami jenis kulit dan mencari jalan terbaik untuk rawatan yang selamat bagi mereka. Mereka bijak mencari maklumat mengenai proses yang terjadi pada kulit mereka selama rawatan berlangsung. Pengetahuan tentang rawatan kulit perlu diberi perhatian bagi memahami lebih lagi mengenai permasalah kulit.
2.Apakah definisi cantik bagi diri anda?
Dr Nurfitri:Suami saya pernah memetik sebuah ungkapan yang selalu saya ingat sampai sekarang, ‘Beauty is in the eye of the beholder’. Maksudnya persepsi orang terhadap kecantikan ialah berbeza tergantung dari mata siapa yang memandang. Bagi saya semua orang memiliki kecantikan tersendiri, namun tidak semua orang boleh menghargai kecantikan dalam diri masing-masing. Yang penting ialah ‘self content‘ dan sentiasa berfikiran positif.
3.Pandangan anda mengenai wanita masa kini? Adakah mereka mengetahui kepentingan penjagaan kulit kepentingan penjagaan kecantikan melalui kaedah medispa terutama menjelang musim perayaan?
Dr Nurfitri: Saya rasa wanita masa kini semakin mamahami konsep pentingnya penjagaan kesihatan kulit. Mereka tidak tergesa-gesa dan lebih bijak dalam memilih apa yang baik dan apa yang tidak. Mereka tidak hanya menginginkan kecantikan semata-mata, tapi juga kesihatan kulit mereka. Sebab itulah ramai wanita masa kini yang mencari khidmat medispa untuk mendapatkan rawatan yang profesional.
4.Pada pandangan anda, bagaimana mahu menggalakkan wanita menjaga penampilan diri terutama di musim perayaan?
Dr Nurfitri: Penjagaan kesihatan kulit sebaiknya dimulai sejak kecil. Kita mesti memahami bahawa kulit adalah organ terbesar manusia yang mesti dijaga juga sama halnya dengan organ yang lain. Ia yang akan melindungi kita dari radiasi cahaya matahari, pencemaran, dan kuman. Ia juga akan membantu kita untuk mengatur kadar suhu dalam tubuh. Serta memberi kita kecantikan fizikal. Oleh itu, kita semestinya menjaga ia sebaik mungkin kerana ianya amat penting.
5. Pada pandangan anda, apakah produk penjagaan wajah yang perlu ada dalam rutin seharian wanita?
Dr Nurfitri: Sunblock. Jangan sesekali mulakan hari anda tanpa sunblock. Sentiasa terapkan dalam fikiran untuk tampil sihat sebelum tampil cantik.
KEPENTINGAN TAMPIL CANTIK
Nama: Dr. Noor Syazwani Bt Redzwan
Umur: 30 tahun
Pekerjaan: Pakar Kecantikan Estetik
1.Apakah kepentingan penjagaan kecantikan untuk wanita masa kini?
Dr Noor Syazwani: Bagi saya ianya adalah sangat penting bagi seseorang wanita untuk memperkasakan diri. Sesibuk mana pun seseorang itu, dia tidak sepatutnya mengabaikan penampilan dan kesihatan mereka.
2.Apakah definisi cantik bagi diri anda?
Dr Noor Syazwani: Yakin dengan diri sendiri. Bagi saya seseorang yang mempunyai keyakinan diri akan sentiasa kelihatan cantik. Tetapi untuk mendapatkan keyakinan diri itu, kita haruslah menjaga kesihatan badan dan kulit. Masyarakat kita amat taksub untuk menjadikan kulit mereka putih. Proses ‘bleaching’ yang disebabkan oleh bahan kimia seperti hydroquinone dan merkuri akan merosakkan kulit dan boleh menyebabkan kanser kulit dan kegagalan fungsi hati dan buah pinggang. Harus diingat bahawa kecantikan tidak mengenal warna.
3.Pandangan anda mengenai wanita masa kini? Adakah mereka mengetahui kepentingan penjagaan kulit kepentingan penjagaan kecantikan melalui kaedah medispa terutama menjelang musim perayaan?
Dr Noor Syazwani: Ramai yang sudah tahu mengenai kepentingannya, namun kekangan masa dan kewangan menjadi faktor yang menghalang mereka.
4.Pada pandangan anda, bagaimana mahu menggalakkan wanita menjaga penampilan diri terutama di musim perayaan?
Dr Noor Syazwani: Kita harus membuatkan mereka sedar bahawasanya penampilan diri itu bukanlah untuk ditonton oleh orang tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Seperti yang saya katakan tadi, kecantikan diri seseorang terletak pada keyakinan dirinya. Jadi, lakukannya untuk diri anda sendiri, bukan untuk orang lain!
5. Pada pandangan anda, apakah produk penjagaan wajah yang perlu ada dalam rutin seharian wanita?
Dr Noor Syazwani: Semestinya sunblock! Ramai yang masih mengambil remeh penggunaan sunblock. Harus diingatkan sinaran UV adalah tidak sihat untuk kulit. Sinaran UV lah yang merosakkan kolagen, menyebabkan pigmentasi dan ini akan membuatkan anda kelihatan tua sebelum usia (premature aging). Antara rahsia kecantikan dikalangan doktor estetik sebenarnya ialah sunblock. Ia adalah perkara yang terbaik yang boleh anda berikan khusus buat kulit anda. Adalah sia-sia jika anda menggunakan seluruh set anti penuaan, tetapi tidak menggunakan sunblock, kerana penyebab utama penuaan kulit adalah matahari. Jadi, lindungilah kulit anda dengan menggunakan physical sunblock dan oral sunblock
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Marsha Milan bukan suatu yang asing lagi dalam dunia nyanyian. Mungkin ramai yang sudah tahu Marsha Milan lahir di Michigan, Amerika Syarikat dan membesar di Sabah.
Kemenangan pertama wanita cantik ini di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) telah membuka mata pencinta seni suara tanah air dan ramai yang mengagumi bakatnya.
Pemilik nama penuh Marsha Milan Londoh ini memenangi kategori Persembahan Terbaik dan Naib Juara AJL36 menerusi lagu Cinta hasilan komposer Akim Ahmad (Hang Nadim) dan isterinya, Stacy (Bunga Cantik). Tahniah! buat ketiga-tiga anak seni ini.
Marsha Milan lahir di Berrien Spring, Michigan dan berketurunan Kadazan-Dusun. Wanita ini pernah meraih tempat keempat dalam pertandingan realiti Akademi Fantasia Musim 3 bukan sahaja berbakat dalam dunia nyanyian malah hebat dalam dunia lakonan.
Penangan karakter Nurul Huda dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa benar-benar melekat di minda peminat drama Melayu tempatan. Masih terbayang watak wanita bertudung labuh tapi berniat jahat merampas suami orang (lakonan Uqasha Senrose dan Shukri Yahya) yang dijayakan oleh Marsha dengan begitu berkesan.
Selain itu, wanita yang berusia 36 tahun ini juga berbakat dalam dunia pengacaraan dan sering menjadi pilihan produksi sebagai pengacara sesebuah program. Antara program televisyen yang mendapatkan perkhidmatan Marsha Milan sebagai pengacara adalah progam televisyen Pesona Pengantin dan Teroka Lokal.
Kini Marsha semakin bahagia bersama suaminya seorang usahawan yang berasal dari Pulau Pinang, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail. Pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumah tangga pada 2015.
Ramai yang cemburu melihat kulit wajah Marsha yang cantik. “Saya jarang mengalami kulit break-out. Sejak berusia 30-an ini kulit saya menjadi kering. Mungkin sebab iti jerawat susah nak tumbuh.
Tapi bila kulit wajah saya terlalu kering, saya perlukan produk yang boleh membantu melembapkan kulit – Super extra moist,” kata wanita yang lahir pada 6 Disember 1985 ini.
Wanita ini rupanya ada 10 formula kekal cantik dan cergas;
1) Yoga – sekerap mungkin minimum 2 kali seminggu di rumah, dalam 1 jam sekali.
2) Setiap bulan facial atau sekali dua bulan.
3) Kurang minum manis.
4) Lebihkan sayuran.
5) Air putih minum 1 liter setiap hari.
6) Suplemen
7) Kenali kulit agar tahu guna produk penjagaan yang sesuai.
8) Wajib pakai pelindung tabir suria setiap kali keluar rumah.
9) Kurang makan makanan segera banyakkan makanan sihat.
10) Tidur cukup.
Aktres yang juga usahawan muda, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira memiliki pesonanya yang tersendiri.
Sharifah Rose yang mempunyai darah campuran Melayu-Pakistan-Jawa ini baru berusia 24 tahun. Namun kerjaya lakonannya makin berkembang, begitu juga dengan bisnes.
Nama Sharifah Rose mula melonjak naik menerusi drama rantaian popular iaitu Kekasih Hati Mr Bodyguard. Rezekinya selepas itu kian mencurah-curah.
Ketika ditemui di sebuah acara baru-baru ini, penulis mengambil peluang untuk menemu bual Sharifah Rose tentang perkembangan terkininya.
Saat diajukan soalan tentang ciri-ciri lelaki idamannya, ini jawapan Sharifah Rose.
“Saya mengimpikan seorang lelaki yang boleh beri support seratus peratus seperti mana yang diberikan oleh keluarga saya.
“Saya juga mengharapkan seorang lelaki yang ada kerjaya dan kehidupan sendiri. Sama-sama ada kehidupan sendiri tapi grow together.
“Selain itu, dia juga mestilah seorang lelaki yang lemah lembut, penyabar dan matang.”
Ketika ditanya adakah bakal jodohnya itu dari industri yang sama atau sebaliknya., ini jawapan Sharifah Rose: –
“Tak kisahlah dari industri yang sama atau tidak asalkan dia ada ciri-ciri seorang suami yang mithali dan boleh membimbing saya. So ok saja.
“Kita yang nak pilih so kalau dah jodoh nak buat macam mana, kan? As long as ciri-ciri tu yang baik-baik saya terima.”
RUTIN KECANTIKAN
“Kalau bulan puasa ni kita kurang minum air jadi kulit pun nampak kusam. Saya sendiri mengalami masalah kulit, ada tumbuh biji-biji kecil pada wajah. Mungkin sebab panas, so jadi ruam.
“Waktu sahur saya try minum air ekstra. Selepas berbuka saya akan minum air kosong je. Sebelum tidur pun saya akan sediakan satu botol air kosong.
“Rutin lain saya akan pakai masker dalam tiga hari sekali. Kalau tak berkesempatan saya akan konsisten dengan basic skincare seperti memakai toner, losyen dan pelembap.
“Itu saja sebab saya tak suka banyak-banyak sangat. Balik pun dah penat, nak tidur je. Yang penting saya konsisten dengan cara yang simple dan minimum.
Kredit Foto: Instagram Sharifah Rose
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sering meraih perhatian rakyat. Meskipun sudah meniti usia 50an namun penampilan baginda tidak mencerminkan umur sebenar. Malah Raja Permaisuri Perak ini sentiasa kelihatan awet muda dan bertenaga!