Isu kanak-kanak sekolah rendah berpuasa, kembali hangat diperkatakan. Ramai ibu bapa turut berkongsi pengalaman masing-masing melatih anak kecil menahan lapar dan dahaga, antaranya pasangan penyanyi terkenal Tomok dan isteri, Rahayu.

Mengajar anak berpuasa itu bukan satu tugas mudah, namun sebagai ibu bapa, ia menjadi tanggungjawab untuk mendidik anak-anak sejak kecil agar mereka tidak terlepas merasai nikmat pada bulan Ramadan.

IKLAN

Menurut Tomok, 38, dan isteri, Rahayu Abas, 43, mereka mengambil pendekatan untuk tidak memaksa dalam mengajar anak-anak berpuasa.

Beli Donut, Air Coklat Di Bazar Ramadan, Ini Cara Tomok Didik Anak Berpuasa Penuh Sabar
Tomok dan anak bongsunya

 

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkata, sebagai ibu bapa, mereka menyemai sifat sabar dalam mendidik tiga cahaya mata mereka untuk menjalankan ibadah puasa.

Tidak lokek berkongsi telatah anak-anak setiap kali Ramadan, vokalis kumpulan New Boyz itu menambah dia dan isteri mula melatih anak sulung, Arrian Akid, 10, berpuasa sejak berusia enam tahun.

Begitu juga dengan anak kedua, Andrashah Iman, 7, kini turut dididik untuk berpuasa walaupun hanya separuh hari.

Beli Donut, Air Coklat Di Bazar Ramadan, Ini Cara Tomok Didik Anak Berpuasa Penuh Sabar
Rahayu, Arrian dan Andrashah

 

CARA LEMBUT

“Macam Tomok dan isteri sudah tentu kita memberitahu (anak-anak) bahawa bulan Ramadan ini banyak pahala yang kita boleh dapat kalau kita berpuasa, solat dan sebagainya. Perkara-perkara ini kita beritahu anak-anak supaya mereka faham.

Macam Arrian sendiri pun tahun ini dia nak puasa penuh, sementara adik dia (Andra) walaupun hari pertama puasa kita cuba dan dia macam tak larat. Kami beritahu, ‘tidak apa adik tiada paksaan, tujuh tahun kan, adik puasa separuh hari sahaja…’

Beli Donut, Air Coklat Di Bazar Ramadan, Ini Cara Tomok Didik Anak Berpuasa Penuh Sabar
“Kalau dibiarkan boleh sampai siang termenung macam tu.” Tomok berkongsi telatah anak bersahur

 

Jadi kita mulakan dengan macam itu (secara perlahan-lahan). Arrian masa kecil pun kita tidak terus mulakan dengan puasa penuh. Tapi lama-kelamaan alhamdulillah, Arrian sekarang sudah boleh berpuasa penuh.” 

IKLAN

Berkat sabar dan kesungguhan mereka suami isteri, kemanisan bulan Ramadan itu semakin dirasakan oleh anak-anak sendiri.

“Lama-lama mereka faham… sekarang Arrian pada usia 10 tahun dia sudah tahu apa niat puasa dan solat tarawih. Alhamdulillah budak-budak ini kita tidak terus bagi penuh kepada dia, (tetapi) sebenarnya ia ambil masa juga.” Tomok

 

BAGI REWARD

Tomok yang menimang cahaya mata ketiga, Siti Khadijah pada 4 Jun 2020 juga yakin dengan sistem ganjaran untuk mereka yang berpuasa penuh.

IKLAN

Bagi dia dan isteri, itu adalah cara untuk menghargai anak-anak, selain menggalakkan lagi mereka berpuasa dan beramal soleh.

Beli Donut, Air Coklat Di Bazar Ramadan, Ini Cara Tomok Didik Anak Berpuasa Penuh Sabar
Cahaya mata Tomok

 

“Kita cakap kepada Arrian kalau puasa penuh, nanti dapat pahala dan hari raya ayah bagi hadiah, belanja makan, atau beli barang-barang (yang diinginkan). Ini seperti ganjaran daripada saya dan isteri untuk anak-anak bagi dia lagi semangat.

Selain itu, mereka (Arrian dan Andra) ada makanan kegemaran, jadi saya bawa mereka pergi bazar Ramadan. Macam Andra suka donut, jadi saya carikan donut dan Arrian pula suka air coklat.

Jadi benda-benda macam itu yang bagi dia lagi semangat. Contoh, kalau puasa penuh, nikmat puasa itu memang sangat best. Selain daripada itu, sudah tentu apabila bawa pergi tarawih dan momen-momen indah itu untuk saya kenang.” Tomok

Wah, teringat zaman dulu-dulu memang beginilah cara mak ayah ajar kita berpuasa. Siap dapat duit raya lebih kalau puasa cukup 30 hari! Yang penting, didik mereka secara lembut dan berhemah, yang penting tanamkan sikap suka membuat ibadah dalam bulan Ramadan!

Kredit: Astro Awani

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI