Masyarakat di seluruh dunia masih menangisi pemergian Puteri Diana. Kematian bangsawan Inggeris itu dalam sebuah nahas kemalangan ngeri di Perancis mungkin antara jalan cerita paling popular dan diingati ramai orang sampai ke saat ini.

Namun dalam satu pendedahan oleh penulis Richard Kay dan rakannya, Geoffrey Levy hari ini, mereka membongkar satu persatu kisah Puteri Diana sebelum bertemu playboy Dodi Al-Fayed iaitu hubungan mendiang dengan bekas kekasihnya yang terakhir.

IKLAN

Dedah Richard Kay kepada Dailymail, mendiang pernah menjalin hubungan istimewa dengan seorang pakar bedah jantung Muslim bernama Dr. Hasnat Khan. Dikatakan sewaktu hayatnya, mendiang sering membawa sebuah bingkai perak berisi gambar beliau ke mana-mana sahaja untuk diletakkan di tepi katil sebagai tanda cinta.

Benarkah Puteri Diana Sanggup Tinggalkan Doktor Muslim Ini Demi Impian Kahwini Anak Jutawan?
Dr. Hasnat Khan Foto: Dominic Oneill

Hasnat Khan menjadi seseorang yang sangat penting buat Diana. Wanita itu sanggup menelaah buku teks perubatan Gray’s Anatomy tulisan Henry Gray agar dia dapat berbual secara bijak dengan kekasihnya. Lebih mengejutkan, Diana turut mendalami sebuah buku tentang Islam, selain menyimpan sebiji batu tiger’s eye yang dihadiahkan oleh Dr. Hasnat.

Memang pastinya berlaku sedikit tekanan apabila Diana meninggalkan keluarga diraja, namun satu perkara yang kekal adalah kisah cinta yang serupa. Akuinya, beliau tidak pandai memilih lelaki dan Dr. Hasnat mungkin salah seorang daripada mereka.

Menurut rekod, Diana sebelum itu pernah berpacaran dengan James Hewitt dan Will Carling, diikuti Dr. Hasnat Khan dan akhir sekali, Dodi yang merupakan lelaki pertama yang ditunjukkan kepada dunia secara terang-terangan.

Selain merokok (sifat yang paling dibenci Diana), Dr. Hasnat juga kaki minum walaupun menganut agama Islam. ‘Mungkin anda juga, apabila terlalu tertekan dengan pekerjaan,’ bela Diana. Kata sumber, mereka berdua pernah dilihat menyelinap ke sebuah pub bersama secara senyap-senyap.

Namun bagi seorang wanita yang sentiasa menantikan peluang untuk menikmati perkahwinan yang bahagia sekali lagi, Diana jatuh cinta sedalam-dalamnya pada Hasnat.

Namun harapan untuk membina perkahwinan kedua dengan lelaki itu perlahan-lahan memudar. Dr. Hasnat sendiri menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk mereka berdua menjalani kehidupan normal sebagai suami isteri adalah dengan berpindah ke Pakistan, yang sekali gus bermaksud, Diana terpaksa berjauhan dengan anak-anaknya William dan Harry.

Gambar Dr. Hasnat di sisi katil akhirnya bertukar. Kali ini, Diana meletakkan gambar kekasih barunya pula, Dodi Al-Fayed, anak lelaki sulung pemilik Harrods, Mohamed Al-Fayed.

Benarkah Puteri Diana Sanggup Tinggalkan Doktor Muslim Ini Demi Impian Kahwini Anak Jutawan?
Foto: Alphafrance

Pada bingkai gambar itu tertulis sebuah puisi yang sentimental,

When I am not with you, I am alone,

for there is no one else and there is nothing that

comforts me but you.

Dakwa Dodi, puisi ini ditulisnya sendiri sedang kebenaran akhirnya terbongkar… ia adalah karya bekas kekasih lamanya, anak penyanyi legenda Frank Sinatra iaitu Tina.

Hubungan Diana dan Dodi mula terjalin erat, selepas mendiang mengambil keputusan meninggalkan pakar bedah jantung hatinya. Setiap gambar intim mereka tersiar ke seluruh dunia, termasuklah sewaktu percutian musim panas, pasangan tersebut dilihat menghabiskannya di atas sebuah kapal persiaran mewah, The Jonikal.

Bagi kenalan rapat Diana, mereka yakin itu adalah mesej peribadi mendiang kepada Dr. Hasnat Khan untuk membuat lelaki itu cemburu. Tapi tidak, kata rakan baik Diana iaitu seorang pakar astrologi, Debbie Frank. Mesej itu dihantar kepada Charles dan Camilla.

Ini sebagai balasan terhadap bekas suaminya itu yang mula berani berpacaran di tempat awam – dimana Charles sanggup menganjurkan parti hari jadi ke-50 untuk Camilla secara besar-besaran di Highgrove. Diana mahu masyarakat mengetahui bahawa beliau juga waktu itu, sedang bahagia.

Walhal sesungguhnya, cukup ramai yang meragui pilihan cinta mendiang jelita itu. Dodi, 42, yang juga seorang penerbit filem, dikatakan pernah terjebak dengan dadah dan punya reputasi buruk sebagai kaki perempuan. Pasti ini bukan jenis lelaki yang dipilih oleh seorang ibu kepada bakal raja, bukan?

IKLAN

Namun selepas dilihat bersama di vila pesisir pantai Al-Fayed di St. Tropez, The Castle St. Therese, mereka mula menjadi sepasang kekasih yang serius. Dalam perancangan, Dodi bercadang membelikan Diana sebuah rumah agam mewah bersaiz 7,500 kaki persegi di Malibu, California dengan panorama lautan Pacific yang amat indah. Dodi juga dikatakan sanggup membeli sebuah apartmen ultra mewah di Paris, berlokasi di Avenue Foch buat mereka berdua.

Sebelum tragedi…

Percutian musim panas terakhir Diana sebelum nahas yang meragut nyawanya, wanita itu menerima pelawaan Dodi untuk menghabiskan masa di Perancis dengan syarat anak-anaknya ikut bersama. Biarpun selepas gelaran Her Royal Highness beliau dilucutkan, mendiang tiada niat untuk memburukkan imej standardnya di depan umum.

Benarkah Puteri Diana Sanggup Tinggalkan Doktor Muslim Ini Demi Impian Kahwini Anak Jutawan?
Percutian keluarga Al-Fayed bersama mendiang Diana, Putera William dan Putera Harry di vila Castle St. Therese, di St. Tropez Foto: Getty Images Contributor

Maka berlepaslah mereka ke French Riviera, dimana percutian keluarga tersebut turut menemukan anak-anaknya dengan empat anak-anak Dodi daripada isteri kedua, Heini, iaitu Jasmine, Karim, Camilla dan Omar.

Bermula dari Stansted di mana jet peribadi Al-Fayed menanti untuk menerbangkan mereka ke Nice, kemudian membelah perairan The Bay of Angels ke St. Tropez, mereka menaiki feri menuju ke hartanah persendirian Dodi seluas 8 ekar yang memuatkan gelanggang tenis, kolam renang, jet-ski dan pelbagai aktiviti menyeronokkan yang menanti.

Kisah yang terjadi tujuh minggu sebelum ajalnya itu juga menyaksikan detik-detik romantis di antara Diana dan Dodi. Tapi jangan terkejut. Di luar pengetahuan puteri kesayangan ramai itu, Dodi turut membawa bersama kekasih gelapnya, model pakaian dalam Calvin Klein iaitu Kelly Fisher dalam sebuah kapal persiaran lain berdekatan.

Dalam satu inkues (siasatan kehakiman) terhadap kematian Diana dan Dodi di London kira-kira 10 tahun selepas itu, satu transkrip telah dibacakan oleh juri mengenai perbualan telefon di antara Fisher dan Dodi, yang mendakwa mereka telah bertunang sebelum Puteri Diana mengenali kekasihnya.

IKLAN

Memetik perbualan itu, Fisher dikesan mengamuk: ‘Kau terbangkan aku ke St. Tropez, untuk duduk di dalam bot sementara kau menggoda Diana sepanjang hari dan kemudian ‘bersama’ dengan aku sepanjang malam? Kau tinggalkan aku selama dua hari di dalam bot, kenapa lakukan semua ini ketika aku sangat mencintaimu?’

Ya, Diana tidak bersalah kerana sampai ke hujung nyawa pun dia tidak pernah tahu tentang skandal Dodi itu. Tapi Diana juga punya rahsia. Beliau menghabiskan malam terakhirnya sebelum bertolak ke St. Tropez dengan Dr. Hasnat Khan!

10 hari selepas kembali ke Istana Kensington dari Selatan Perancis itu, telefon Diana berdering. Dodi menjemput Diana makan malam bersama… di Paris. Jadi mereka pun bermalam di The Ritz milik bapa Dodi dan mengambil keputusan bercuti di atas The Jonikal seminggu kemudian.

Benarkah Puteri Diana Sanggup Tinggalkan Doktor Muslim Ini Demi Impian Kahwini Anak Jutawan?
Hari-hari terakhir pasangan ini di Sardinia. Foto: All Action

Skandal itu mula menular. Pertemuan terakhir Dr. Hasnat dan Diana mendedahkan permintaan terakhirnya: ‘It’s time to move on. Charles had moved on and so must I’.

Bermula dari perpisahan Diana dengan doktor Muslim tersebut, Diana dan Dodi menjadi lebih intim. Seorang pegawai kanan Fayed pernah bercerita, sewaktu dia bertugas di pejabat bapa Dodi, sempat dia terdengar perbualan anak beranak itu. ‘ Saya dan Puteri sudah bersama sekarang. Tidak akan ada lagi gadis lain untuk saya. Tidak mungkin.’

Beberapa hari kemudian, gambar paparazzi yang memaparkan keintiman Diana dan Dodi di atas dek The Jonikal menguatkan lagi persepsi masyarakat tentang percintaan mereka.

Untuk Dr. Hasnat, berita itu cukup mengejutkan. Namun dia mengakui bahawa Diana pasti dilayan dengan sangat istimewa, that Dodi could give her all the things I could not. Dodi punya wang dan mampu menyediakan keselamatan terbaik buat kekasihnya.’ Benar, terbukti Diana cukup selesa bersama seseorang yang sanggup menghabiskan banyak wang untuk dirinya.

Foto terakhir pasangan ini menyaksikan Diana dan Dodi sedang berjemur dan berenang bersama, sambil sesekali menghirup minuman Perrier ais. Kata ketua pelayan Debbie Gribble, dia sendiri segan melalui dek kapal layar mewah itu apabila melihat pasangan tersebut ‘berbalut bersama-sama dengan kaki saling bersilang dan tangan berpegangan.’

Benarkah Puteri Diana Sanggup Tinggalkan Doktor Muslim Ini Demi Impian Kahwini Anak Jutawan?

Benarkah Puteri Diana Sanggup Tinggalkan Doktor Muslim Ini Demi Impian Kahwini Anak Jutawan?
Dodi dan Diana di atas The Jonikal sebelum kematian. Foto: REX/Shutterstock

28 Ogos, Diana menghubungi rakan baiknya, Rosa Monckton. Dalam perbualan itu, mendiang menyatakan kebahagiaannya sebelum tiga hari kemudian, pasangan tersebut mati dalam sebuah nahas kemalangan melibatkan sebuah Mercedes hitam, di terowong Pont de l’Alma, Paris pada 31 Ogos 1997 jam 12.30 pagi. Norzalina Mohd Alias

Kredit: The Daily Mail

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI