Sekian lama menyimpan rahsia, teka-teki mengenai hubungan cinta di antara Amira Othman dan Fattah Amin akhirnya terjawab apabila bintang filem Mat Kilau berkenaan membuat pengumuman bakal melangsungkan pernikahan dengan pelantun lagu Jaga-Jaga tersebut pada hujung minggu ini.

Khabar mengejutkan itu dibuat ketika pelancaran lagu duet Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman bersama adik lelaki tersayang, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir. Fattah yang hadir dengan kemeja merah jambu menyampaikan berita gembira berkenaan sambil disaksikan kedua-dua ibu bapa Amira yang hadir pada majlis itu.

Artikel https://www.nona.my/jiwa-srikandi-adik-fattah-amin-raihan-amin-cekal-besarkan-anak-sakit-sma-ligat-berniaga-biskut/

Amira Othman Temui Jodoh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin X Unifi (@unifi)

Berasal Dari Keluarga Baik-Baik & Jaga Batas Pergaulan, Amira Othman Temui Jodoh Yang Dinanti Usia 31 Tahun! Berasal Dari Keluarga Baik-Baik & Jaga Batas Pergaulan, Amira Othman Temui Jodoh Yang Dinanti Usia 31 Tahun!

Ads

Tanggal 14 September 2025 dipilih untuk majlis ijab kabul Setulus Takdir Fattah Amin dan Amira Othman. Difahamkan tarikh itu juga merupakan hari lahir ke-35 Fattah.

Dalam temu bual bersama media semalam, Amira mengakui sedang menyiapkan segala persiapan pernikahan dan berhadap semuanya berjalan lancar.

Penyanyi dan pelakon ini juga memohon agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka. Selain percaya ini adalah ketentuan takdir baginya dan Allah sebaik-baik perancang.

Ads

Berasal Dari Keluarga Baik-Baik & Jaga Batas Pergaulan, Amira Othman Temui Jodoh Yang Dinanti Usia 31 Tahun! Berasal Dari Keluarga Baik-Baik & Jaga Batas Pergaulan, Amira Othman Temui Jodoh Yang Dinanti Usia 31 Tahun!

Dalam pada itu, Amira yang bakal menginjak usia 32 tahun pada 26 Oktober depan berkata dia yakin Fattah seorang lelaki yang baik, boleh bertoleransi dan anak yang baik terhadap kedua-dua ibu bapa.

Amira Othman mula mencipta nama dalam industri seni tanah air sejak menjadi pemenang tempat ketiga program realiti popular, Akademi Fantasia Musim ke-10. Dia juga merupakan anak kedua daripada enam beradik.

Ads

Berasal Dari Keluarga Baik-Baik & Jaga Batas Pergaulan, Amira Othman Temui Jodoh Yang Dinanti Usia 31 Tahun! Berasal Dari Keluarga Baik-Baik & Jaga Batas Pergaulan, Amira Othman Temui Jodoh Yang Dinanti Usia 31 Tahun! Berasal Dari Keluarga Baik-Baik & Jaga Batas Pergaulan, Amira Othman Temui Jodoh Yang Dinanti Usia 31 Tahun! Berasal Dari Keluarga Baik-Baik & Jaga Batas Pergaulan, Amira Othman Temui Jodoh Yang Dinanti Usia 31 Tahun!

Semoga ikatan suci yang dibina Amira dan Fattah diberkati Allah SWT.

Artikel https://www.nona.my/ikut-bapa-bekerja-di-dubai-rai-birthday-rizqaa-anak-rizman-nurida-suraya-genap-usia-5-tahun/

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads