Pada 29 Oktober lalu, semua majlis TikTok For Your Stage diadakan di Indonesia bagi menghargai dan memberikan pengiktirafan buat semua pempengaruh di Indonesia. Yang pasti, bukan calang-calang individu dijemput ke acara penuh berprestij itu, dan Influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming Khairul Aming adalah individu bertuah dapat menghadirinya, mewakili team content creator (pencipta kandungan) Malaysia.

IKLAN

Petah Berbahasa Melayu Ketika Acara Di Jakarta, KHAIRUL AMING Raih Pujian Warga Maya

Melihat pada hantara video yang dimuatnaik di laman sosialnya, Khairul Aming ada berkongsi beberapa video menyaksikan persiapan yang dilakukan bagi menghadiri acara berkenaan,termasuklah proses fitting bagi memilih pakaian yang sesuai untuk tersebut.

Selain kejayaan dan pencapaian Khairul Aming yang ramai sudah sedia maklum, apa yang menarik perhatian netizen ketika acara berlangsung adalah penggunaan sepenuhnya bahasa Malaysia yang Khairul Aming ketika memberi ucapan ketika siaran langsung majlis tersebut, sekaligus meraih pujian serta kebanggaan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia.

Petah Berbahasa Melayu Ketika Acara Di Jakarta, KHAIRUL AMING Raih Pujian Warga Maya

Dalam ucapannya, Khairul Aming turut berkongsi inspirasi kejayaannya menjadi seorang pencipta kandungan (content creator) dan usahawan yang berjaya. Jelas beliau, inspirasi tersebut datang daripada pengikutnya sendiri di laman sosial yang banyak menyokong sehingga dia berjaya mencapai apa yang dimilikinya hari ini.


“Inspirasi saya semestinya daripada pengikut itu sendiri. Saya sudah buat video masak lima tahun, ada yang menggunakan video tersebut untuk keluarga, pelajar gunakan untuk masak di rumah sewa dan ada juga gunakan untuk perniagaan”

IKLAN

Menjengah ruangan komen di hantarannya, ramai rakan-rakan artis dan peminatnya teruja dengan keberadaan Khairul Aming di sana dan memuji tindakannya itu.

Petah Berbahasa Melayu Ketika Acara Di Jakarta, KHAIRUL AMING Raih Pujian Warga Maya

IKLAN

Petah Berbahasa Melayu Ketika Acara Di Jakarta, KHAIRUL AMING Raih Pujian Warga Maya Petah Berbahasa Melayu Ketika Acara Di Jakarta, KHAIRUL AMING Raih Pujian Warga Maya

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

***