Personaliti ini memang cantik dan berjaya orangnya. Mula mencipta nama sebagai model dan pelakon, kini Datin Fouziah Gous merupakan usahawan berjaya. Bukan calang-calang perniagaan, Datin Fouziah merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FG Walet iaitu minuman kesihatan sarang burung.
Tidak dinafikan, penampilan Datin Fouziah Gous sering menarik perhatian peminat sejak pembabitan awalnya dalam industri seni. Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik bahkan dia juga dikagumi kerana bakat yang ada dalam diri.
Biarpun sudah berumah tangga dan berstatus isteri, pesona Datin Fouziah tetap memukau. Apatah lagi dia juga ibu kepada dua anak!
Mengimbas kembali perkongsian Datin Nona bersama Nona tahun lalu, isteri Datuk Md Zafran Md Yusof ini terbuka berkongsi amalan kesihatan selepas diaju pertanyaan mengenai tip kecantikan diri.
“Saya seorang yang sangat simple dan tak ada nak keluar duit banyak-banyak atau every month nak pergi facial dan pusat estetik. Memang jarang sangat. To be honest, sebelum kahwin saya akan pergi ke spa dan buat facial setiap bulan atau sebulan dua kali.
Tapi sejak ada anak, saya sacrifice. Dari segi pemakanan, diet ‘ketat’ tak ada. Cuma saya kurangkan minuman yang sangat manis dan saya minum FG Walet setiap hari, amalkan pengambilan sarnag burung serta exercise setiap minggu.
Kalau sebelum kahwin dulu almost everyday exercise. Saya kira penjagaan tubuh badan dari muda dulu banyak membantu kesihatan saya sekarang. Saya juga seorang yang tak suka makanan yang sangat berminyak dan kalau saya masak sendiri pun saya akan pastikan ia kurang minyak.”
Lapan tahun melayari alam rumah tangga bersama suami tercinta, Datin Fouziah turut tidak terkecuali berdepan liku-liku perkahwinan. Kian meniti hari-hari bahagia bersama suami dan dua cahaya mata, figura ini mendedahkan dia melalui fasa perubahan besar dalam hidup ketika awal perkahwinan.
“Sebenarnya kahwin ini, tahun pertama best. Tak ada masalah. Tahun kedua dan ketiga pun happy je. Masuk tahun kelima dan seterusnya, mula lalui macam-macam. Macam saya lagilah culture shock. Saya kenal suami kejap je. Kenal 3 bulan, tunang, lepas tu kahwin.
Saya dan suami bercinta lepas kahwin. Jadi cabaran bercinta lepas kahwin lain sedikit. Apa yang saya belajar adalah kita kena fokus pada benda yang sepatutnya. Contoh, bila suami kita ada kelebihan, alhamdulillah.
Itu adalah bonus kita tapi kalau pasangan ada kekuarangan, di situlah ‘resipi’ rumah tangga dan kita kena ‘cintakan’ kekurangan dia. Jangan kita create satu kebencian atau fokus kekurangan dia. Kalau kita terima kekurangan dia dan support dnegan kelebihan yang kita ada, kita terima each other, kita tak akan rasa kurang.
Saya tak ada masalah dengan itu dan selalu fikir positif. Kena faham macam mana nak toleransi dengan suami.”
Dalam kesibukan mengurus keluarga dan empayar niaga FG Walet tapi Datin Fouziah bijak membahagikan masa. Malah, perniagaan sarang burungnya juga sudah 10 tahun bertapak di pasaran.
“10 tahun lepas market orang Melayu tak tahu apa itu sarang burung. Alhamdulillah, sekarang ini semua orang dah tahu tentang sarang burung. Saya nak jadikan brand ini satu pioneer dan trendsetter.”
Semoga kejayaan Datin Fouziah mengemudi empayar niaga dan mengurus keluarga sebaiknya menjadi inspirasi buat ramai wanita untuk mengikut jejak langkahnya!