Buntu atau kehabisan idea untuk mengisi masa di rumah? Anak-anak pula kebosanan, waktu terasa sangat lambat dan terbazir begitu saja.

Ads

Tunggu dulu. Meskipun dalam tempoh PKP ini kita diwajibkan tinggal di rumah, itu tak bermakna momen percutian seharusnya hambar. Hamparkan imaginasi anda, jom berlibur sakan dengan keluarga tanpa hidupkan enjin kereta!

(1) Main Masak-Masak

Bercuti Tanpa Tinggalkan Rumah, 3 Idea Ini Terjamin Menyeronokkan!

Bukan permainan biasa, tapi bayangkan anda sekeluarga bercuti di sebuah negara. Thailand, misalnya. Goda selera mereka dengan aroma beras siam yang wangi, tomyam santan, kari hijau, kerabu mangga, pad thai, som tam dan akhirinya dengan pulut mangga. Hias hidangan cantik-cantik, nak dramatik lagi mainkan lagu Siam dan letak gubahan orkid segar di tengah meja.

Mommy mommy boleh tukar destinasi lain ikut selera anak-anak. Mungkin cuti-cuti di Disneyland Paris, jadi buatlah sup cendawan, pai, pizza dan macaron. Hias sekitar ruang makan dengan patung-patung Disney macam Mickey, Minnie, Donald dan Goofy. Tentu seronok! Jangan lupa hidangkan dessert kegemaran semua, aiskrim!

Bercuti Tanpa Tinggalkan Rumah, 3 Idea Ini Terjamin Menyeronokkan!
Semua orang kena ikut tema Disneyland

(2) Video Call Beramai-Ramai

Ads

Bercuti Tanpa Tinggalkan Rumah, 3 Idea Ini Terjamin Menyeronokkan!

Jarak kita hanya sejauh satu panggilan. Dengan faedah Internet percuma seperti yang diumumkan Jumaat lepas, inilah masanya anda buat video call berkumpulan dengan semua ahli keluarga. Ya, semua! Telefon ibu bapa, adik-beradik, keluarga mertua atau rakan-rakan dalam satu masa. Tentu riuh-rendah sebab lama tak jumpa!

Ads

Teknologi seharusnya memanfaatkan, bukan memisahkan. Tak susah pun nak berkumpul satu famili, pacak telefon pada tripod, buat group video call dan hooray, kita boleh kongsi momen makan tengah hari atau makan malam bersama-sama!

(3) Tengok Wayang

Bercuti Tanpa Tinggalkan Rumah, 3 Idea Ini Terjamin Menyeronokkan!

Tiada pawagam, tiada masalah! Ubah susun atur ruang televisyen anda persis mini pawagam atau susun kusyen-kusyen kecil supaya semua orang boleh baring sambil menonton. Kalau bersama pasangan, pilihan filem romantik mungkin ideal tapi kalau dengan anak-anak, hmmm… filem Frozen 2 atau Incredibles 2 lebih sesuai. Selamat mencuba!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI