Prof Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh bukanlah nama asing di kalangan penceramah paling disegani di Malaysia.

Kesempatan bertemu beliau di Kompleks Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bukan sekadar mendekatkan penulis dengan wanita berintelektual tinggi ini, malah turut menghuraikan erti fesyen pada pandangan Islam.

IKLAN

Adakah fesyen dibenarkan dan apakah erti tabarruj atau ‘fesyen yang berlebih-lebihan’?

“Berfesyen Jangan Sampai Ke Tahap Menarik Perhatian Orang” Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila
Ustazah Nik Salida ketika bertugas di United Kingdom

Tabarruj itu berasal daripada perkataan buruj, yakni bintang. Apakah sifat bintang? Bersinar cantik dan terang, bukan?

Sama seperti seorang wanita yang tabarruj, kalau diletakkan depan mata, kita akan pandang dia seorang saja. Sebab itu walaupun pada hari raya kita dituntut untuk memakai pakaian yang cantik namun janganlah sampai ke tahap boleh menarik perhatian orang, menimbulkan syahwat atau mendorong maksiat.

Ustazah Nik Salida turut menyampaikan nasihat agar berfesyen mengikut syariat Islam.

Dalam kehidupan seharian ini, tentu kita ada bertemu lelaki bukan muhrim. Kalau boleh, janganlah mengenakan pakaian yang berwarna kulit (nude color) atau yang ketat melekat sehingga menampakkan susuk tubuh, seolah-olah tak berpakaian pula.

Begitu juga dengan aksesori sanggul di balik hijab. Sebenarnya bonggol tinggi tu boleh membuatkan lelaki ‘berimaginasi’ tentang rambut kita. Bagaimana panjangnya, cantikkah mengurainya… Perkara-perkara inilah yang ditegah dalam Islam.

“Berfesyen Jangan Sampai Ke Tahap Menarik Perhatian Orang” Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila

Lumrah wanita juga, sukar lari daripada hobi shopping. Ini antara tip Ustazah Nik Salida untuk mengelakkan pembaziran.

IKLAN

TANAM SIFAT 3 ‘I’

(1) Tanamkan kecintaan terhadap ILMU kehidupan dan sentiasa mencari reda Allah SWT

(2) Perlu INGIN berubah untuk berjimat-cermat

(3) Wujudkan ILTIZAM terhadapnya. Apabila kita sanggup memberikan seluruh komitmen, hati kita tak mungkin akan berbolak-balik untuk membeli sesuatu melampaui keperluan.

IKLAN

Akhir sekali, istiqamah serta bertegaslah dengan keputusan kita untuk tidak mahu membazir.

USTAZAH UNDANG-UNDANG

Wanita berusia 45 tahun dan ibu kepada tiga puteri ini turut mendukung peranan sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Berbekalkan latar belakang seorang peguam syariah, beliau dalam masa yang sama juga pernah aktif sebagai penulis serta penceramah di pelbagai program televisyen popular seperti Al-Kuliyyah, Al-Hidayah, Halaqah, Forum Perdana, Tanyalah Ustazah, Al-Maraaya dan banyak lagi.

Foto: Facebook Page Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI