Ramai wanita tahu manfaat riadah atau sukan renang namun agak terbatas untuk menyertainya kerana pakaian yang kurang bersesuaian.

IKLAN

Menyedari akan hal ini dan mahu wanita Malaysia kekal aktif, LILIT. telah memperkenalkan pakaian sukan renang yang sopan dan selesa menerusi fesyen dibuat untuk semua, all day, every day.

Bergaya Dengan Pakaian Sukan Renang Lagi Praktikal, LILIT. Pertama Memperkenalkannya!

LILIT. telah melancarkan koleksi kedua pakaian, set pakaian renang dan hijab baharu yang boleh didapati dalam pelbagai saiz.

Lebih istimewa apabila LILIT. merupakan antara jenama pertama di Malaysia yang memperkenalkan pakaian untuk aktiviti fizikal yang memberi penekanan pada kesopanan dan saiz.

Bergaya Dengan Pakaian Sukan Renang Lagi Praktikal, LILIT. Pertama Memperkenalkannya!

Koleksi ini, membawakan gaya rekaan yang sederhana dan lagi praktikal seperti penggunaan drawstring dan sambungan untuk anda kekal sopan, walaupun di dalam air.

“Kami di LILIT. sentiasa mencari cara yang inovatif untuk memudahkan semua wanita menjaga kesopanan semasa bersukan.

IKLAN

Bergaya Dengan Pakaian Sukan Renang Lagi Praktikal, LILIT. Pertama Memperkenalkannya!

Melalui sokongan yang memberangsangkan ketika pelancaran pakaian aktif buat pertama kalinya, kami bertekad untuk meneruskan usaha menangani jurang dalam pasaran dan pada masa yang sama, menyediakan lebih banyak pilihan pakaian yang menjaga kesopanan dan selesa, sekali gus.

Gaya rekaan pakaian renang baharu kami akan membolehkan wanita dengan pelbagai jenis bentuk badan kekal aktif tanpa sebarang keraguan dan kebimbangan,” kata Amee Halim, Pengurus Jenama di LILIT.

IKLAN

Bergaya Dengan Pakaian Sukan Renang Lagi Praktikal, LILIT. Pertama Memperkenalkannya!

Buat mereka yang berhijab juga boleh berenang dengan selesa kerana hijabnya dilengkapi sama ada zip, kancing atau drawstring di belakang untuk mengelakkan pendedahan tengkuk apabila berada di dalam air. Hijab ini diperbuat daripada fabrik Spandex dan Nilon untuk menjamin pemakaian tanpa kedut dan selesa sepanjang masa.

Bergaya Dengan Pakaian Sukan Renang Lagi Praktikal, LILIT. Pertama Memperkenalkannya! Bergaya Dengan Pakaian Sukan Renang Lagi Praktikal, LILIT. Pertama Memperkenalkannya!

Baju dan seluar renang diperhebat dengan rekaan berlapis sesuai untuk ke pantai laut atau kolam renang. Disertakan zip yang memudahkan ibu yang menyusukan anak. Baju dan seluar renang LILIT. ini sangat ringan, breathable, stretchable, selesa dan diperbuat daripada fabrik cepat kering.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI