Tahun ini masa terasa pantas berlalu. Dalam tak sedar, kita sudah pun memasuki bulan Mac. Bagi anda atau orang tersayang yang berbintang Pisces dan Aries, semak senarai aksesori terbaharu ini yang pastinya sesuai dengan sifatmu yang suka bergaya!

Bergaya & Sukakan Perhatian, Ini 5 Aksesori Terbaharu Untuk Anda Yang Lahir Bulan Mac!

Ads

 

KACA MATA KOMONO

Bergaya & Sukakan Perhatian, Ini 5 Aksesori Terbaharu Untuk Anda Yang Lahir Bulan Mac!

 

Bergaya & Sukakan Perhatian, Ini 5 Aksesori Terbaharu Untuk Anda Yang Lahir Bulan Mac!

 

Jenama Berlin, KOMONO, melancarkan siri Jessie yang moden dan minimalis. Rekaan kaca mata hitam cat-eye dengan bingkai acetate bermutu menyerlahkan paras wajah yang lebih tajam dan berkontur.

KOMONO kini terdapat di Vernakular Store, Time Zone, Lazada, Shopee dan Zalora.

 

MARVEL X PANDORA

Bergaya & Sukakan Perhatian, Ini 5 Aksesori Terbaharu Untuk Anda Yang Lahir Bulan Mac!

 

Bergaya & Sukakan Perhatian, Ini 5 Aksesori Terbaharu Untuk Anda Yang Lahir Bulan Mac!

 

Buat julung kalinya Pandora bergabung dengan Disney’s Marvel untuk menghasilkan himpunan perhiasan kemas berinspirasikan hero-hero ikonik seperti Iron Man, Hulk, Black Widow dan Black Panther.

Koleksi Marvel X Pandora didatangkan dalam bentuk charm dengan seni ketukangan tinggi. Berada di pasaran bermula 17 Februari.

 

UNIQLO AIRISM 3D MASK

Bergaya & Sukakan Perhatian, Ini 5 Aksesori Terbaharu Untuk Anda Yang Lahir Bulan Mac!

 

Ads

Bergaya & Sukakan Perhatian, Ini 5 Aksesori Terbaharu Untuk Anda Yang Lahir Bulan Mac!

 

Seiring dengan norma kehidupan baharu, UNIQLO melancarkan koleksi AIRism 3D Mask rekaan Tokujin Yoshioka yang menggabungkan prestasi penapisan udara dengan rekaan estetik terbaik.

Ia dihasilkan dari fabrik AIRism yang lembut pada kulit dengan slot filter non-woven di lapisan tengah. Meskipun selepas berkali-kali basuhan, mask ini tetap terbentuk cantik pada wajah.

 

MY FIRST DE BEERS

Bergaya & Sukakan Perhatian, Ini 5 Aksesori Terbaharu Untuk Anda Yang Lahir Bulan Mac!

 

Ads

Bergaya & Sukakan Perhatian, Ini 5 Aksesori Terbaharu Untuk Anda Yang Lahir Bulan Mac!

 

Berbeza daripada rekaan perhiasan berlian biasa, koleksi My First De Beers menawarkan potongan lebih playful. Ia didatangkan dalam pilihan subang stud berbentuk hati dengan loket sedondon serta cincin.

Setiap satunya direka mengikut standard tertinggi De Beers agar keindahan berlian terus berkilauan.

 

BUTIK RADO DI GURNEY PLAZA

Bergaya & Sukakan Perhatian, Ini 5 Aksesori Terbaharu Untuk Anda Yang Lahir Bulan Mac!

 

Bergaya & Sukakan Perhatian, Ini 5 Aksesori Terbaharu Untuk Anda Yang Lahir Bulan Mac!

 

Rado membuka semula butiknya di Pulau Pinang dengan wajah baharu. Terletak di Plaza Gurney, butik jam tangan ini direka dengan semangat Rado yang unggul namun dalam atmosfera kasual dan bersahaja.

Sambil memilih jam tangan idaman, pengunjung juga dapat menikmati suasana butik yang mewah dan tenang di sini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI