Hanya untukmu Malaysia.. dUCkscarves memutuskan untuk menambah jumlah pengeluaran hijab premium edisi terhadnya kali ini. Ia demi memastikan setiap wanita tanpa mengira lapisan bangsa, agama mahupun umur dapat bersama-sama bergaya patriotik sempena kemerdekaan Malaysia ke-61 dengan koleksi terbaru, The Merdeka Duck.

IKLAN

Meskipun jumlah pengeluaran telah ditambah, namun ada beberapa warna The Merdeka Duck telah pun sold out! Senario yang tidak asing lagi bagi jenama hijab esksklusif ini setiap kali edisi terhad mereka dilancarkan. Memang luar biasa sambutan peminat dUCkscarves ni.. apatah lagi, The Merdeka Duck baru saja dipasarkan empat hari lepas. Tak sampai seminggu!

Berhijab Sambil ‘Bawa’ PETA MALAYSIA, Taruhan dUCkscarves Sempena MERDEKA!

Berhijab Sambil ‘Bawa’ PETA MALAYSIA, Taruhan dUCkscarves Sempena MERDEKA! Berhijab Sambil ‘Bawa’ PETA MALAYSIA, Taruhan dUCkscarves Sempena MERDEKA!

Selaras usaha untuk mencerminkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat, Vivy Yusof selaku Pengasas The Duck Group berkata edisi kali ini benar-benar memberi makna bagi dirinya sendiri. “Kali ini kami hasilkan lebih banyak kuantiti supaya ramai rakyat Malaysia dapat memakainya.

Dalam masa sama, saya mahu naikkan kembali warisan dan budaya negara kita khususnya kepada generasi sekarang. Sebab itu kami memilih peta Malaysia sebagai ‘statement’ rekaan kali ini selain turut memasukkan elemen tradisional batik memandangkan ia makin digemari ramai wanita masa kini.”

Berhijab Sambil ‘Bawa’ PETA MALAYSIA, Taruhan dUCkscarves Sempena MERDEKA!
The Merdeka Duck Rimba

 

Berhijab Sambil ‘Bawa’ PETA MALAYSIA, Taruhan dUCkscarves Sempena MERDEKA!
The Merdeka Duck Bunga

Jelas Vivy lagi, tercetusnya idea untuk menggabungkan kombinasi peta Malaysia dan batik ini adalah daripada tinggalan kain batik milik nenek kepada narrator ‘D’ iaitu Tok Ma yang disimpan rapi hingga ke saat ini sambil menyifatkan ia sebagai satu warisan unik rakyat Malaysia.

IKLAN
Berhijab Sambil ‘Bawa’ PETA MALAYSIA, Taruhan dUCkscarves Sempena MERDEKA!
The Merdeka Duck Langit

 

Berhijab Sambil ‘Bawa’ PETA MALAYSIA, Taruhan dUCkscarves Sempena MERDEKA!
The Merdeka Duck Senja

 

IKLAN
Berhijab Sambil ‘Bawa’ PETA MALAYSIA, Taruhan dUCkscarves Sempena MERDEKA!
The Merdeka Duck Bumi

5 warna menarik dan versatil ditawarkan untuk edisi terhad The Merdeka Duck iaitu Senja, Rimba, Langit, Bumi dan Bunga. Apa yang pasti, para hijabi mahupun fashionista wajib memiliki hijab premium eksklusif ini di The dUCk Store Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, butik-butik FashionValet dan website FashionValet.com.

Ketika menganjurkan majlis The Merdeka Duck di Muzium Negara baru-baru ini, pelbagai budaya dan permainan tradisi diadakan.. antaranya congkak, batu seremban dan dam haji buat para pengunjung sebagai usaha untuk menyemarakkan semangat merdeka.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI