Pengeluar tudung bawal Kekaboo terkenal menyumbangkan 5000 kampit beras kepada penduduk Kuala Krau menerusi insiatif Kekaboo Kaseh Charity. Menurut pengasasnya, Nur Hazwani Abdul Zainal atau lebih selesa dikenali sebagai Wany berkata, perjalanan bisnes Kekaboo bukan sekadar meraih keuntungan, namun dalam masa yang sama mereka mahu turut menyumbang kepada masyarakat.

IKLAN

Beri Manfaat Pada Yang Memerlukan, Kekaboo Infak 5000 Kampit Beras Buat Penduduk Kuala Krau

Beri Manfaat Pada Yang Memerlukan, Kekaboo Infak 5000 Kampit Beras Buat Penduduk Kuala Krau

“Setiap bulan kami hanya fikirkan bagaimana nak tambah jualan, oleh sebab itu kami mahu sama-sama memberikan manfaat kepada orang lain. Memang klise bila orang kata nak membantu orang kena buat bisnes, namun daripada keuntungan jualan inilah kami salurkan untuk meringankan beban,” jelas pengasas Kekaboo kepada NONA.

Beri Manfaat Pada Yang Memerlukan, Kekaboo Infak 5000 Kampit Beras Buat Penduduk Kuala Krau

Mengakui koleksi Lebaran Kekaboo yang mendapat sambutan hangat baru-baru ini, ia menjadi pemangkin untuk dia dan suami untuk lebih banyak memberi dan menyumbang kepada masyarakat. “Momentum jualan Kekaboo terus mencanak naik sejak Januari dan ini turut memberi kelebihan buatnya memberi infak kepada penduduk kampung.

IKLAN

“Alhamdulillah, tudung Kekaboo mendapat sambutan yang cukup hebat pada bulan Ramadan di mana jualan kami non-stop dari bulan Januari. Untuk bulan Februari kami berjaya mencapai RM3.7 juta dan untuk Mac sahaja jualan kami mencecah RM4 juta. Jumlah jualan sehingga April mencecah RM12 juta,” kongsi Wani lagi.

IKLAN
Beri Manfaat Pada Yang Memerlukan, Kekaboo Infak 5000 Kampit Beras Buat Penduduk Kuala Krau
Pengasas Kekaboo, Nur Hazwani Abdul Zainal

“Sebenarnya setiap minggu kami lakukan program amal dan kali ini sumbangan 5000 kampit beras diberikan kepada penduduk Kuala Krau kerana ini merupakan lokasi di tengah-tengah kampung kelahiran saya dan suami,” jelasnya.

Beri Manfaat Pada Yang Memerlukan, Kekaboo Infak 5000 Kampit Beras Buat Penduduk Kuala Krau

Jelas Wani lagi dia sangat terharu apabila ada yang datang memeluk saya sambil mengucapkan terima kasih. Insya-Allah selepas ini akan ada lagi program sebegini dari Kekaboo,” akhiri Wani lagi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI