Wabak COVID-19 yang kini sudah mencecah 673 setakat 17 Mac 2020 cukup membimbangkan. Hari ini bermulalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakkan di Malaysia. Dalam kebimbangan ini, pengasas FashionValet Datin Vivy Yusof dan suami Dato’ Fadzarudin Anuar bersama pasukan FashionValet memulakan fundraising dipanggil FV Covid-19 Support Fund.
Dalam perkongsian di Instagramnya, Vivy dan suami mula menyerahkan penghawa dingin mudah alih bagi kemudahan petugas hospital selain daripada bekalan makanan dan komputer riba. Hasil perkongsian tersebut, ramai yang tampil untuk memohon pertolongan bagi hospital lain dan ramai juga yang ingin membantu meringankan beban.
Ads
“Semuanya bermula apabila saya dan suami mengambil keputusan untuk menderma beberapa penghawa dingin mudah alih kepada hospital dan semakin ramai orang yang ingin turut sama membantu menghubungi kami.
Peningkatan kes COVID-19 membuatkan banyak hospital tidak mampu menanganinya jadi kita perlu membantu memberikan keselesaan bukan sahaja kepada pesakit tetapi kepada kakitangan hospital dan sukarelawan yang bertugas. Mereka adalah petugas barisan hadapan yang sedang bertarung dengan COVID-19 untuk kita dan sekurang-kurangnya ini yang boleh kita sumbangkan kepada mereka dan negara,”katanya
Kata Vivy, tak mungkin dia mampu duduk diam di rumah selepas mendengar setiap kepayahan yang dilalui petugas perubatan yang terlibat menangani kes COVID-19. Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini juga berterima kasih kepada yang membantu kerana hanya dalam semalaman, lebih RM100,000 sudah berjaya dikumpulkan.
Fundraising yang dijalankan bersama Dr. Musa Nordin dan IMAM Response and Relief Team (Imaret_my) ini turut memberi kelonggaran untuk pelepasan cukai bagi sumbangan RM500 ke atas.
Ads
Kata Vivy, dia turut terharu dengan keikhlasan dan kesanggupan rakyat Malaysia yang ingin menderma. Menarik perhatian Vivy adalah penyata derma daripada seorang penderma yang menyumbangkan wang bagi pihak kedua ibu bapanya.
Ads
Semoga Vivy dan pasukannya Berjaya mencapai target sumbangan dan dapat membantu lebih ramai petugas perubatan dan hospital yang sedang giat menjalankan tugas mereka. Terima kasih Vivy dan rakyat Malaysia!
Krediti foto: Instagram Vivy Yusof
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah melalui episod penceraian selepas 4 tahun melayari kehidupan rumah tangga bersama bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dikurniakan sepasang cahaya mata Putra Rayfal,4 dan Putri Raysha, 3, Fasha Sandha dilihat sentiasa positif dan bahagia meneruskan kehidupan. Bahkan, apabila ditanya tentang perkara masa lalu yang ingin diubah jika diberi peluang, Fasha menganggap semuanya sebagai pengalaman yang mengajar dirinya untuk menjadi lebih baik.
“Sebenarnya tidak ada apa-apa perkara masa lalu yang saya rasa nak ubah kerana semua pengalaman masa lalu menggembirakan saya. Baik atau buruk ia mengajar saya untuk menjadi siapa diri saya yang sebenarnya. Selain itu, pengalaman masa lalu juga membuatkan saya berasa lebih bahagia dengan kehidupan sekarang ini”, jelas pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan berusia 34 tahun ini.
Selain itu, ketika ditanya lagu yang sering diputarkan apabila putus cinta pelakon cantik ini menjawab,”Kalau putus cinta, saya tidak mainkan lagu-lagu sedih sebaliknya mendengar lagu-lagu yang akan menceriakan saya seperti Single Ladies- Beyonce”.
Menjadi lumrah sebagai seorang selebriti, ada yang akan disenangi dan tidak kurang juga dibenci. Setelah dua dekad berkecimpung dalam dunia seni, Fasha dilihat sudah ‘masak’ dengan peranga-perangai netizen yang sering melemparkan kata-kata negatif kepada dirinya.
“Most of the time saya akan membiarkan saja komen-komen negatif tersebut. Namun, bila ada masa terluang dan anak-anak tidak ada bersama dengan saya, saya akan membalas komen-komen tersebut dan ‘mengajar’ sedikit bahasa-bahasa mereka ini”, kata Fasha ketika ditemui untuk sesi fotografi muka depan Majalah Nona di Studio Karangkraf.
Melihat dari mata kasar Fasha Sandha sememangnya mempunyai raut wajah yang manis dan sentiasa tersenyum. Namun disebalik kelembutan itu, terselit semangat luar biasa memperjuangkan prinsip yang menjadi pegangan hidupnya.
“Bagi pendapat saya, artis juga seorang manusia biasa dan tiidak ada istilah ‘milik masyarakat’. Kita sebagai seorang artis, ada hak untuk fight balik. We cannot be hypocrite all the time. Saya ada fighter spirit dalam diri dan akan terus fight for my own right!”, tegas Fasha yang berzodiak Aries.
Itu lah semangat fighter yang perlu ada dalam diri setiap wanita walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Apa pun yang terjadi, terus pandang ke hadapan dan fikir untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri dan bukannya terus menunding jari.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya hampir seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia merafakkan syukur apabila penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melahirkan seorang puteri, 19 Mac lalu.
Berkat doa, penantian dan usaha mendapatkan zuriat yang tak berhenti-henti, pasangan ini akhirnya menerima berita gembira selepas 11 tahun bersabar. Nona terkenang kata-kata Dato’ Sri Siti semalam, katanya kalau dia menunggu 11 tahun, suaminya pula menunggu 18 tahun untuk mendapatkan seorang anak perempuan!
Nona turut bertuah menerima undangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza seisi keluarga bagi meraikan majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik yang diadakan secara tertutup di kediaman mereka, malam tadi.
Selain wajah Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri, perhatian Nona malam tadi tercari-cari sosok tubuh ibunya iaitu Siti Salmah Bachik. Dari awal majlis hingga ke penghujung acara, akhirnya kesempatan ingin menyapa ibu penyanyi paling popular di Malaysia ini tercapai jua.
Ramah seperti biasa, ibu Dato’ Sri Siti yang tak pernah lekang dengan senyuman turut menyatakan kesyukurannya terhadap kelahiran Siti Aafiyah. “Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi. Penantian Siti selama ni tak sia-sia,” jawabnya sambil tersenyum mesra.
Kesempatan berbual ringkas, sedikit harapan beliau sempat dirakamkan buat tatapan peminat.
Bertuah sungguh Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana sepanjang menjalani tempoh berpantang, beliau ditemani oleh ibu sendiri dan ibu mertuanya di rumah.
Meskipun mengambil pakej penjagaan selepas bersalin oleh Natalis Mother Care, namun perhatian dua ibu kesayangan beliau ini menambah semangatnya untuk menjaga anak tersayang.
Bercakap kepada media, beliau turut berkongsi pengalaman pertama melahirkan Siti Aafiyah yang baru genap tujuh hari dilahirkan.
Dalam video ni, nampak tak riak wajah ibu Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang betul-betul cemas? Rasanya semua ibu-ibu pun turut merasakan debar yang sama kalau anak perempuan bersalin, kan?
“Sebenarnya waktu bersalin tu, saya banyak kehilangan darah atas sebab-sebab kesihatan. Walau bagaimanapun situasi mencemaskan tersebut berjaya diatasi oleh pakar perubatan. Selepas 3 hari, saya dah cuba berjalan perlahan-lahan walaupun masih terasa sakitnya,” ujar beliau sambil menetapkan tempoh 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.
Cabaran setakat ini? “Of course untuk susukan Aafiyah. Bukan senang, tapi bila mengingatkan semula bagaimana ibu saya berjaya membesarkan lapan orang anaknya, saya bersemangat balik.
Saya juga banyak dibantu oleh menantu, Tya Ariffin yang sampai sekarang masih menyusukan Arif. Dialah yang rajin ingatkan saya, bangun 2 jam sekali, cara mengepam susu, beritahu makanan untuk tambah susu dan macam-macamlah!
Jujurnya hari ni pun saya dapat tidur 3 jam jer. Aafiyah ni jenis tidur siang tapi bangun malam. Eye bag saya jangan tengoklah! Tapi takpe, saya percaya kalau kita tekad nak beri susu badan, memang kena banyak berkorban. Semua ini saya buat kerana Allah.
Harapan saya semoga diberi kekuatan melalui waktu berpantang ni dengan sebaik mungkin. Saya dan suami juga kalau boleh mahukan Aafiyah hidup normal macam budak-budak lain.
Tak perlu glamor sangat walaupun saya tahu tentu susah sebab ibunya penyanyi. Apa pun jika ada perancangan untuk Aafiyah, semuanya di atas perbincangan saya dan suami dulu,” terus terang Dato’ Sri Siti yang mahu dipanggil Ibu oleh anaknya nanti.
MERIAH
Kehadiran Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri antara tetamu kehormat yang sudi menyerikan acara marhaban dan bertahnik yang diadakan, selain kaum kerabat dan sahabat handai.
Kegembiraan pasangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut diraikan dengan pengumuman nama puteri kesayangan mereka, Siti Aafiyah Binti Khalid, genap tujuh hari dilahirkan.
Nama Siti Aafiyah dipilih kerana nama itu cukup indah daripada segi maknanya. “Nama ini saya dapat ketika menunaikan umrah. Saya dapati nama itu sering disebut dalam doa dan dipilih berdasarkan doa diajar Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas yang bertanya apakah doa terbaik untuk dibaca.
Dalam doa itu ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup. Berpandukan itu, saya namakan anak saya Siti Aafiyah,” kata Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Sejak dilahirkan, puteri sulung itu dipanggil ‘Fatimah Az-Zahra’, sempena nama anakanda Nabi Muhammad. Dato’ Sri Siti melahirkan bayi sulung secara pembedahan pada jam 8.17 pagi, Isnin lalu. Berita kelahiran si ‘Comel Pipi Merah’ itu disambut riang peminat yang menanti detik bersejarah itu.
Ketika ini, Siti sedang fokus menjalani tempoh berpantang sebelum dijangka kembali aktif menjelang akhir tahun ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Media sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang bebas untuk melontarkan kata-kata, pandangan malah tidak kurang juga, tohmahan negatif. Terutamanya dalam dunia hiburan, barisan selebriti antara golongan yang tidak lari dari kecaman di media sosial.
Terdapat segelintir yang mudah melatah, malah ada juga yang tidak goyah apabila dilontarkan dengan kata-kata negatif. Berbicara mengenai isu ini, penyanyi popular, Shila Amzah berkongsikan cara terbaik untuk menangani kecaman negatif di media sosial.
Menurut Shila, dia lebih suka memilih untuk tidak menjawab atau tidak melayan mana-mana komen yang negatif kerana tidak mendatangkan faedah.
Namun, sebagai seorang selebriti, dia harus menjadi lebih peka dan sensitif dalam setiap hantaran yang ingin dimuat naik di akaun media sosial miliknya. Hak privasinya kadang-kala diganggu kerana menjadi fokus utama lensa kamera sehinggalah ia menjadi topik viral.
“Bagi saya, kita tidak perlulah menjawab komen-komen negatif yang datang kepada kita di media sosial. Apa yang penting, kita buat apa yang ingin kita lakukan. Usah ambil peduli tentang orang lain.
“Kalau dahulu saya memilih untuk menjawab setiap komen-komen yang negatif itu. Tetapi hari ini, saya lebih memilih untuk berdiam diri. Jika tidak tahan, saya tidak akan menghiraukannya.
Namun, usahlah membuat hantaran sekiranya sedang marah. Sebaliknya, berhenti dahulu dari bermain media sosial dan tunggu sehingga marah dalam diri jadi reda. Media sosial ini hanyalah duniawi semata-mata,” komennya.
Tambah Shila, ruang media sosial ini digunakan untuk mendidik para peminatnya tentang perkara dan fakta yang benar. Ia merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang selebriti.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menepis kecaman negatif di laman sosial. Seperti yang dikongsikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu ini, dia memilih untuk menghadkan masa menggunakan medial sosial.
“Kalau anda rasa tak boleh nak terima kecaman-kecaman negatif, jadi hadkan penggunaan anda.
“Mengenai mereka yang sentiasa komen itu dan ini, saya percaya dengan konsep Qanaah. Sentiasa besyukur dengan rezeki yang Allah turunkan pada anda. Usah membuat perbandingan dengan orang lain.
“Apa-apapun, sayangi diri anda. Fokuskan pada diri sendiri terlebih dahulu. Itu yang lebih penting,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah Hijabista
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Penyakit buah pinggang kronik semakin meningkat dalam kalangan wanita muda di Malaysia. Ketahui simptom awal, faktor risiko dan kepentingan ujian awal sebelum terlambat.