SITI SAIRAH TARUDDIN

Kecur tengok bermacam-macam jenis dessert air tangan Siti Sairah Taruddin! Selain berbakat dalam bidang nyanyian, adik kepada penyanyi tersohor Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini juga rupa-rupanya ‘hebat’ di dapur. Enggan mensia-siakan bakat yang ada, Siti Sairah atau lebih mesra disapa Erah kini makin aktif mengusahakan perniagaan bakeri miliknya.

Bagaikan sudah tertulis rezeki buat Siti Sairah, impian ibu kepada empat anak ini untuk memiliki perniagaan bakeri sendiri akhirnya dimakbulkan Allah. Apa yang lebih membuatkan dia bersyukur adalah kerana urusan bisnes berkenaan dipermudahkan meskipun berdepan situasi pandemik Covid-19. Mungkin inilah hikmah buat Siti Sairah yang tidak pernah lelah berusaha mengejar impian.

IKLAN

Mesra menyambut panggilan Nona, Siti Sairah nyata teruja berkongsi perkembangan terbaharu. “Sekarang Erah sibuk dengan perniagaan kecil-kecilan dan juga ada menyertai program nyanyian bersama Umai (anak) di TV3. Bercerita mengenai bisnes, Erah memang minat buat bakeri ni. Tapi tak semualah Erah pandai. Ikutkan bisnes cheese tart ni tercetus bila kawan baik Erah iaitu Netty, ajar dan bagi semangat untuk mula berniaga. Erah mula berniaga cheese tart dari tahun 2020. Alhamdulillah diterima ramai.

Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri!

Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri!

Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri!

Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri! Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri! Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri!

Daripada hanya jual cheese tart, Erah tambahkan lagi dengan menjual almond cluster crunchy. Macam cheese tart memang Erah sendiri yang buat, almond cluster crunchy pula Erah buat dengan kakak ipar. Setakat ini Erah belum ada staf lagi.”

Sedar akan situasi semasa dan ketidaktentuan ekonomi disebabkan Covid-19, Erah bagaimana pun optimis untuk mengendalikan bisnes waktu ini. “Semua orang tahu apa yang berlaku sekarang ini. Saya bersyukur Allah memberi rezeki kepada saya dengan bisnes kecil-kecilan saya ini. Kalau tanya soal strategi bisnes saya, jujurnya saya tiada apa-apa strategi lagi tapi saya percaya pada rezeki yang Allah beri.”

Mengakui seronok mendapat feedback positif daripada para pelanggan membuatkan Siti Sairah berani mengambil risiko untuk membuka sebuah kedai bakeri. “Alhamdulillah impian Erah selama ini telah menjadi kenyataan. Erah bersama rakan baik iaitu Tengku Netty Illiana Tok Muda Tengku Dato’ Haji Razman Shah telah membuka kafe di Kuantan, Pahang. Kafe kami menyediakan bermacam-macam jenis dessert di Waber’s Kitchen.”

Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri! Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri!

IKLAN

Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri!

Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri! Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri! Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri! Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri!

Antara menu pemanis mulut yang ditawarkan di Waber’s Kitchen termasuk brownies, Baked Biscoff Cheese Cake, Burnt Biscoff Cheese Cake, Victoria Sandwich dan Ferrero Callebaut Cheese Cake.

Dalam kesibukan mengurus anak-anak, suami, kerjaya seni dan bisnes, Siti Sairah juga sedang berjinak-jinak sebagai Content Creator di Youtube. “Zaman sekarang ni, semua benda kita kena cuba. Salah satunya ialah dengan aktif di Youtube. Jadi saya ingin mencuba dan alhamdulillah orang pun seronok tengok kami sekeluarga.”

IKLAN

Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri! Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri! Bermula Dengan Jual Cheese Tart, Kini SITI SAIRAH Dah Ada Kafe ‘Dessert’ Sendiri!

Ditanya bagaimana dia menjaga keharmonian rumah tangga di samping suami tercinta, ini jawapan Siti Sairah. “Saya rasa sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat memahami dan supportive. Dia sentiasa memberi semangat kepada saya dengan apa yang saya buat selama ni.

Setiap pasangan pasti ada pasang surutnya. Pada saya, saya sentiasa positif. Dalam perhubungan harus bertolak ansur dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya hubungan kami kekal hingga ke Jannah. Aamin.”

Siti Sairah mendirikan rumah tangga bersama Sharidan yang merupakan kenalan lamanya pada 24 Februari 2018. Ia merupakan perkahwinan keduanya selepas berpisah dengan bekas suami pada tahun 2014. Hasil perkahwinan terdahulu, Siti Sairah mempunyai tiga orang anak iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy. Manakala Siti Nurkhalishah Alisha pula ialah anak Siti Sairah bersama Sharidan.

 

 

Kredit foto: Instagram Siti Sairah Taruddin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI