Tiga tahun bersara sebagai atlet tapi kecintaan Farah Ann Abdul Hadi dalam dunia sukan masih menebal. Buktinya selain menjadi antara tenaga pengajar barisan atlet baharu, bekas ratu gimnastik ini turut menerima pelantikan sebagai Chef de Mission bagi kontinjen Malaysia sempena Sukan Belia Asia Ke-3 baru-baru ini.
Ternyata pengalaman berharga yang diperoleh Farah Ann sepanjang menjadi atlet amat diperlukan untuk memimpin pelapis baharu dunia sukan.
Menurut kenyataan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), pelantikan tersebut dibuat dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) bertujuan menampilkan kepimpinan dinamik dan berpengalaman luas di pentas antarabangsa.
Farah Ann Dilantik Ketua Kontinjen Malaysia Sukan Belia Asia
Farah Ann diberi kepercayaan menyandang tanggungjawab selaku ketua kontinjen negara ketika Sukan Belia Ke-3 yang berlangsung dari 22 hingga 31 Oktober lalu di Manama, Bahrain.
Ads
Pada temasya sukan itu, acara ekuestrian (Show Jumping) yang disertai YM Puteri Sharifah Ariel Budriah Jamalullail meraih pingat emas. Begitu juga atlet Pencak Silat, Muhammad Raqib Darwisy berjaya merangkul pingat gangsa.
Farah Ann Abdul Hadi mengumumkan persaraan pada Mac 2022. Sepanjang pembabitannya dalam arena sukan, wanita cantik berusia 31 tahun ini membawa pulang 12 pingat dalam penyertaan di Sukan SEA termasuk tujuh emas, dua perak dan tiga gangsa dalam empat edisi iaitu 2011, 2015, 2017 dan 2019.
Mengimbas kembali pembabitan awal Farah Ann dalam sukan gimnastik, sejak kecil ibu dan bapanya sudah mendedahkan mereka dua beradik dengan sukan berkenaan.
Ads
Tambah anak kepada pasangan Abdul Hadi Ahmad dan Kimberly Ann Gagnon ini lagi, galakan untuk menceburi bidang berkenaan adalah disebabkan ibu bapanya turut datang dari latar belakang yang sama.
“Disebabkan saya bersikap hiperaktif dan suka bermain monkey bar di taman permainan, ibu bapa saya memilih sukan gimnastik untuk kami ceburi.
Justeru, seawal usia tiga tahun, saya sudah mula dihantar mengikuti kelas gimnastik bersama kakak saya, Katrina Ann yang pada masa itu berusia lima tahun. Katrina pula kini merupakan atlet renang berirama negara.
Memasuki umur enam tahun, saya sudah mula menyertai pertandingan di peringkat negeri Selangor. Manakala ketika menginjak umur tujuh tahun pula, saya berjaya mewakili Selangor untuk bersaing di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Melihat potensi saya untuk pergi jauh dalam arena sukan gimnastik, saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Nyata penglibatan saya dalam sukan gimnastik mula serius setelah menghadiri latihan sebanyak enam kali seminggu di sekolah tersebut,” ujar gadis kelahiran Subang Jaya ini.
Farah Ann Ceburi Dunia Lakonan
Selepas bersara juga Farah Ann turut mengasah potensi diri dan mengembangkan bakat dalam industri seni. Dia muncul dalam drama Generasi: Perfect 10 yang dibintangi Arena Wan, Arabella Ellen, Sofia Jane, Sharifah Sakinah, Qi Razali dan Sherie Merlis.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fesyen dan kecantikan sememangnya mempunyai hubungan yang saling memerlukan antara satu sama lain. Gabungan fesyen dan solekan menjadi aspirasi wanita untuk tampil lebih berkeyakinan dan mampu berhadapan dalam apa jua situasi.
Kolaborasi ini mencipta sejarah industri fesyen tanah air apabila menjadi jenama pertama mengadakan Fashion Show SofeaRose X KTMB berlatarbelakangkan gerabak kereta api.
Meraikan Hari Kemerdekaan ke 65 serta sambutan Hari Malaysia, SofeaRose secara eksklusif melancarkan koleksi hijab terbaharu, The Nirmala Series sempena bulan Kemerdekaan ke-65 hasil kolaborasi bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Ia merupakan kolaborasi pertama kalinya dianjurkan dalam sejarah industri fesyen tempatan sekaligus menambahkan warna untuk sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.
Irma Hasmie, antara selebriti yang memberi sokongan terhadap jenama SofeaRose
Mempertaruhkan tiga koleksi hijab dan aksesori berupa totebag, magnetic pin, lanyard serta twilly, kolaborasi ini turut mencipta sejarah di dalam industri fesyen Tanah Air secara amnya apabila menjadi jenama pertama mengadakan Fashion Show SofeaRose X KTMB berlatarbelakangkan gerabak kereta api baru-baru ini.
Setiap motif dan elemen yang ada pada Nirmala Series diinspirasikan oleh unsur Kemerdekaan dan KTMB iaitu kereta api, ekstrak bunga dan mercu tanda Malaysia. Setiap mainan warna juga membawa simbolik klasik dan keamanan. Tampil dengan material Celine Matte Satin, Premium Chiffon dan pastinya Premium Cotton Voile khas buat pencinta hijab jenis bawal yang sinonim dengan citarasa mewah.
Tetap mengekalkan identiti SofeaRose iaitu hijab patuh syariah yang berukuran lebar, sebanyak 18 warna dipertaruhkan untuk rangkaian Long Shawl dan Square Scarf. Setiap set akan hadir bersama hard covered box.
Koleksi khas Merdeka SofeaRose X KTMB ini mempunyai element landasan dan stesen kereta api yang menjadikan koleksi ini istimewa untuk dimiliki sempena kemerdekaan negara!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah NONA ucapkan kepada pelakon Nad Zainal yang dikhabarkan sudah bernikah bersama pelakon tampan Ungku Ismail pada 23 Januari yang lepas.
Tiada angin tiada ribut Nad Zainal turut berkongsi sedutan memakai persalinan baju pernikahan sambil memegang erat tangan Ungku Ismail di hadapan sebuah tangga masjid.
Dengan hanya meninggalkan kapsyen ringkas Alhamdulillah, merujuk tarikh 23 Januari 2023 bersamaan dengan 1 Rejab 144 Hijrah, ruangan komen Instagram Nad telah dihujani dengan ucapan tahniah.
“Diberi kepercayaan dan menyimpan rahsia terbesar adalah penghormatan diatas tujuh tahun kami bersahabat. Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya,” tulis Seth And Luna.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Nad Zainal selepas bercerai dengan Muhammad Faliq Amiruddin selepas tujuh tahun melayari rumahtangga. Nad Zainal juga mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.
Di ruangan Instagram Nad Zainal, ramai rakan-rakan artis sudah mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.
Tahniah NONA ucapkan, dan semoga perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam-macam ada! Bahang kemeriahan Karnival UDA 2024 dirancakkan melalui penglibatan Mari SeeNI sebagai Rakan Strategik Pemangkin Acara. Kerjasama terbaharu ini dijangka akan memeriahkan dan menggegarkan lagi program tahunan ini.
UDA Holdings Berhad, yang memegang mandat daripada Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk memperkasakan golongan usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS), juga selari dengan misi Mari SeeNI.
Karnival untuk tahun ketiga penganjurannya itu membawa semangat dan aspirasi tinggi memperkasakan pemilikan hartanah serta pembabitan usahawan Bumiputera dalam landskap ekonomi bandar. Di bawah naungan UDA, karnival ini bukan sekadar acara, tetapi simbol keteguhan usaha dan komitmen memperkukuh ekonomi Bumiputera.
Sebagai tanda penghargaan buat Karnival UDA, Mari seeNI akan memberikan kemeriahan yang berganda melalui rangkaian aktiviti eksklusif yang direka mengikut zon-zon bertema, selaras dengan zon yang tersedia di Karnival UDA 2024.
Karnival UDA 2024 yang masuk tahun ketiga penganjurannya itu, menampilkan kelainan dan konsep Baharu iaitu tujuh (7) Zon untuk seisi keluarga merangkumi Pavilion UDA, Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin, Pa & Ma, Jualan Pelbagai di mana Mari seeNI akan memeriahkan lima (5) Zon di Karnival UDA 2024 melalui penglibatan jenama-jenama Ideaktiv secara langsung di tapak karnival.
Mari seeNI akan menghidupkan zon-zon di Karnival UDA 2024 dengan penyertaan jenama-jenama Ideaktiv secara langsung di tapak karnival.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keistimewaan Mari seeNI buat pertama kalinya di Karnival UDA 2024 dan rasai kehangatan Karnival UDA tahun ini dengan menjadikannya sebahagian daripada pengalaman yang penuh dengan nilai kebersamaan dan tidak dapat dilupakan.
Mari SeeNI nadi kemeriahan Karnival UDA akan berada di:
Tapak Parkir Gravitas, Pulau Pinang 26 – 28 Julai 2024
Bandar Tun Hussein Onn, Selangor 27 – 29 September 2024
Angsana Johor Bahru Mall, Johor 11 – 13 Oktober 2024
Tapak Projek Neu Pendington, Kuching, Sarawak 25 – 27 Oktober 2024
Cantik manis orangnya! Sejak zaman anak dara sampai sudah pun berstatus isteri dan ibu tiga orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha sentiasa tarik perhatian warga maya. Walau usia makin meningkat, kecantikan isteri pemain bola sepak popular iaitu Khairul Fahmi Che Mat ini seakan tidak memudar.