Dalam setiap amal kebaikan yang kita lakukan, ujian yang paling besar adalah apabila kita ingin melakukan kebaikan itu secara konsisten dan berterusan. Ini kerana, syaitan sering berbisik rasa ragu dan was-was demi membolak balikkan hati manusia dalam melakukan kebaikan serta menggugat keimanan.
Begitu jugalah dengan apa yang dialami oleh usahawan terkenal Joy Revfa ada berkongsi cerita perihal mengenai perkara tersebut. Bukan satu perkara yang mudah untuk kekal istiqamah dalam melakukan perubahan hidup ke arah yang lebih baik.
Kongsi Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, bukan satu perkara yang mudah selain ia harus disusuli dengan semangat dan usaha yang tinggi.
Begitu pentingnya doa dan restu seorang ibu buat seorang anak. Itulah kunci serta keberkatan kejayaan yang sebenar. Berkat sentiasa menyantuni ibu, ikon usahawan sukses, Dato’ Hajah Sharifah Shareen Almashoor bersyukur kerana perjalanan perniagaannya sentiasa dipermudahkan. Rezeki juga sentiasa murah. Segalanya berkat doa dan restu ibunya.
Berikut perkongsian ibu kepada dua cahaya mata yang berusia 42 tahun ini di akaun Instagramnya yang dapat kita jadikan inspirasi:-
“Lepas Mama bersara dari Lembaga Hasil Dalam Negeri kira-kira 15 tahun dahulu dan sebelumnya lagi memang Mama most of the time tinggal di rumah saya.
“Tapi semenjak 4 tahun lepas Mama banyak di rumah adik bongsu saya Faatin selepas dia melahirkan anak pertama. Lepas itu lahir pula anak kedua. So jaranglah Mama dapat tinggal di rumah saya selepas itu.
“Kali ini, Faatin kena balik kampung rumah mentua, apa lagi peluang keemasanlah. Mama is staying with me, hurray!!
“Seronok sangat bila Mama stay here, walaupun Mama dah kurang daya ingat. Cakap berulang-ulang kali yang sama but we enjoy it.
“Entah berapa lama lagi kita nak dapat peluang ada “syurga” dalam rumah dan hidup kita ini entah berapa lama lagi hayat mereka. So, semenjak Mama duduk sini, setiap hari saya keluar mesti bawa Mama sekali. Tak kiralah ke bank ke, office ke, meeting ke, lunch meeting, tea meeting, masjid, madrasah, saloon semua bawa Mama
“Dan setiap kali bersama saya selalu minta Mama doakan. Kadang-kadang sehari lebih dari 10 kali heheh.. tamakkan doa seorang ibu.
“Kepada semua sahabat, sekiranya masih ada ibu, ayah,jagalah sebaiknya kerana masa kita bersama mereka ibarat lampu isyarat jingga menanti merah. Lepas ini kita akan kehilangan sebesar-besar kasih sayang dan redha Allah dalam dunia ini.
“Juga Ingat, anak-anak memerhati cara kita layan ibu kita. Kerana begitulah cara mereka akan layan kita nanti. Lead by example.
“Kasih ibu membawa ke syurga.”
Dua anak perempuan Dato’ Shareen ialah Puteri Balqis, 18, dan Puteri Zara, 15. Kedua-duanya mempunyai minat yang sama dalam bisnes seperti ibu mereka. Tidak hairanlah, sejak kecil lagi mereka didedahkan dengan ilmu-ilmu bisnes dari Dato’ Shareen yang ingin melihat mereka berjaya dalam minat mereka serta akademik.
Kredit Foto: Instagram Dato’ Shareen Almashoor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tidak pernah terlintas di fikiran pada usia 24 tahun saya akhirnya berjaya menggapai impian terbesar iaitu untuk berkhidmat di hospital yang pernah merawat saya ketika diserang kanser dahulu.”
Itu antara ungkapan daripada bekas pesakit kanser, Montana Brown yang kini bertugas sebagai jururawat di hospital yang sama dia pernah dirawat sebagai pesakit kanser.
Seawal usianya dua tahun, Montana Brown disahkan menghidap Rhabdomyosarcoma iaitu sejenis kanser yang menyerang bahagian tisu dan otot badan. Bayangkan dalam usia yang sangat muda dan tidak mengerti apa-apa tentang kanser, Montana Brown sudah pun bergelar seorang ‘pejuang’!
Bermula dari saat itu kehidupan Montana Brown tidak seriang kanak-anak seusia dengannya. Setahun dia terpaksa menjalani rawatan kemoterapi di Aflac Cancer and Blood Disorders Center, Children’s Healthcare, Atlanta, Amerika. Namun kehidupan Montana Brown kembali cerah apabila rawatan itu berjaya dan dia sembuh seperti sedia kala.
KANSER KEMBALI MENYERANG
Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Ketika usianya mencecah 15 tahun dan aktif sebagai cheerleader di sekolah, kanser itu kembali menyerang. Tanpa sebarang simptom, Montana Brown tidak menyedari bahawa kansernya kembali merebak.
“Saya langsung tidak menyedari kehadirannya kerana tiada sebarang simptom yang dirasai. Namun, ibu dan bapa saya memberitahu yang mereka merasai ada sesuatu yang tidak kena pada diri saya. Sekali lagi saya menjalani rawatan kemoterapi dan berjaya melawannya buat kali kedua.
Saya bersyukur kepada Tuhan dan sangat terhutang budi dengan jururawat-jururawat di Aflac Cancer and Blood Disorders Center kerana telah berusaha sedaya upaya mereka demi menyelamatkan nyawa saya. Ini cukup menyentuh hati saya. Jururawat di sini semuanya terbaik sejak daripada mula saya dirawat.
Mereka memiliki sifat penyayang, ambil berat dan belas kasihan yang tinggi terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Kasih sayang yang ditunjukkan buat saya dan keluarga itulah detik yang membantu saya untuk terus berjuang sebagai pesakit kanser.
Inilah yang menginspirasikan saya untuk bergelar jururawat. Saya ingin membantu pesakit-pesakit kanser seterusnya berbakti dan menyemai kasih sayang terhadap mereka sama seperti jururawat-jururawat yang pernah merawat saya dahulu.”
Montana Brown mula bertugas sebagai jururawat di bahagian Onkologi Pediatrik, Aflac Cancer and Blood Disorders Center sejak September 2017.
Kebetulan pula, September merupakan bulan kesedaran kanser kanak-kanak. Montana Brown menganggap detik itu adalah paling bermakna dalam hidupnya kerana impian untuk bergelar jururawat sudah menjadi kenyataan.
KONGSI KISAH
Bagi meluahkah keterujaannya, Montana Brown berkongsi kisah di Facebook dan mendapat respon yang sangat hebat daripada para netizen. Tidak kurang juga ada yang menjadikan kisahnya sebagai inspirasi khususnya buat wanita. Hospital tempatnya bertugas turut berkongsi kisahnya di page Facebook.
“Saya terharu kerana Tuhan telah memilih saya untuk menikmati kehidupan yang cukup menakjubkan ini. Saya sangat teruja untuk bertugas di hospital yang benar-benar memberikan inspirasi,” ungkap Montana Brown.
Antara petikan kata-kata netizen terhadap perkongsian kisah Montana Brown di Facebook.
“Saya berdoa semoga anak perempuan saya yang kini sedang melawan kanser otak mendapat peluang seperti ini! Kanser telah mengubah kehidupan anda dan mengajar anda tentang impian terhebat!”.
Semoga Montana Brown terus menjadi sumber inspirasi buat masyarakat. Sehingga kini Montana Brown masih lagi menjalani rawatan kemoterapi di hospital tersebut dan pada masa yang sama turut berkhidmat di situ.
Sumber: BuzzFeed News dan Facebook Montana Brown
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penangan filem Barbie sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi! Hanya dalam masa tiga minggu ditayangkan di layar perak, filem Barbie arahan sutradara wanita, Greta Gerwig kini melepasi kutipan angka sebanyak AS$1 bilion (RM4.56 bilion) dalam jualan tiket global, lapor akhbar New York Post semalam.
Kutipan tiket itu memecahkan rekod untuk seorang pengarah wanita yang sebelum ini dipegang oleh Patty Jenkins.
Selain itu, filem Barbie juga berjaya memecahkan rekod pembukaan tertinggi hujung minggu untuk filem bukan sekuel, bukan pembuatan semula (non-remake) dan bukan adiwira. Filem Barbie juga meraih kutipan pembukaan hujung minggu terbesar pernah ada untuk filem bertemakan mainan.
Di kala pencapaian memberangsangkan dan nama Barbie disebut-sebut antara calon filem yang akan bertanding untuk kategori filem terbaik untuk anugerah Oscar tahun hadapan, mata dan perhatian pasti tertumpu pada pengarah dan sutradaranya, Greta Gerwig.
Pernah dicalonkan untuk Anugerah Akademi dalam kategori Filem Terbaik sebanyak dua kali untuk filem Lady Bird pada 2017 dan Little Women pada 2019, pelakon dan pengarah berusia 39 tahun ini ternyata ‘mendunia’ dengan bakat serta sentuhan kreatifnya.
Bermula sebagai seorang penulis drama dan seterusnya pelakon, pelajar lulusan Barnard College dan lahir di California Amerika Syarikat ini dilihat berjaya memecah tembok yang sebelum ini dikuasai oleh kaum lelaki.
Pada tahun 2011, Gerwig yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata ini menerima penghargaan dari Festival Film Athena untuk karyanya sebagai salah satu aset Hollywood terbaik generasi ini. Pada tahun 2014, Greta juga terpilih sebagai anggota juri untuk Festival Film Internasional Berlin ke-64.
Greta dan suami
Hebat juga penangan Greta Gerwig ini kan! Semoga kisah kejayaan beliau boleh menjadi inspirasi buat kita semua. Anda dah tonton Barbie?
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban hari nama Engku Aleesya makin menjadi bualan. Bukan kerana statusnya sebagai anak kepada selebriti terkenal, Erra Fazira tetapi keupayaan gadis bijak yang juga puteri kesayangan Engku Emran ini dalam bidang akademik dan sahsiah diri.