Penyanyi yang sohor dengan imej ‘Miss Diva’, Ifa Raziah yang sering tampil memperagakan barangan kemas seperti loket hati gergasi, serta pengasas Serifa Beauty & Health mengakui bahawa cabaran wanita masa kini bukan hanya perlu tampil cantik semata-mata.
Malah, jelas Ifa yang kini merupakan Pengarah Urusan dan Pengasas jenama StarVendors, wanita kini perlu berpendirian teguh, berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu terlalu bergantung sepenuhnya pada pasangan.
Wanita Perlu Bentuk Karakter Tegas Dan Berpendirian Untuk Berjaya!
Ifa turut menjelaskan bahawa karakter wanita yang tegas dan berpendirian seperti ini yang membuatkan dirinya mempunyai kekuatan dalam mengendalikan urusan syarikat.
Sering membawa watak antagonis, hingga jelmaan wanita yang bermasalah itu sedikit sebanyak terpalit dalam kehidupan Ifa Raziah. Siapa sangka Ifa kini bergelar usahawan yang sangat menginspirasikan.
Ads
Kini Ifa mengadaptasi seluruh pengalamannya sebagai anak seni selama lebih dua dekad untuk memajukan bisnes pengurusan acara, StarVendors Event Sdn Bhd.
“Saya sebenarnya seorang individu yang bersemangat dan suka memberikan komitmen dalam setiap pekerjaan. Termasuklah dalam arena bisnes.
“Harapan saya agar suatu hari nanti semua kerja keras ini dapat meninggalkan legasi kepada anak-anak. Mungkin bila dah berusia nanti, saya dapat abadikan diri beribadah sepenuh masa sambil monitor saja bisnes yang mereka uruskan.” ujarnya.
“Jadilah wanita yang berduit kerana wanita yang cantik dah banyak!”– Ifa Raziah
Ads
Terkenal sebagai seorang wanita yang ekspresif, serta mempunyai sifat disiplin yang tinggi, rezeki Ifa Raziah dalam bidang seni terus mengalir tanpa henti.
Ifa kini terus mencatat satu demi satu kejayaan berskala besar ekoran strategi hidupnya, ingin sentiasa relevan dengan trend semasa.
Selain itu, Ifa turut memberikan satu kata semangat buat para wanita diluar sana agar “Jadilah wanita yang berduit kerana wanita yang cantik dah banyak!” dan kenyataan ini sedikit sebanyak berjaya mencuit perhatian NONA.
Ads
Ifa Akan Terus Bebrakti Pada Dunia Seni, Selagi Relevan
Pernah menjulang trofi Artis Versatil Popular dua tahun berturut-turut di ABPBH29 & ABPBH30, Ifa Raziah yang berstatus Dato’ mula terlibat dalam industri seni sejak tahun 90-an lagi.
Seterusnya, bakat beliau berkembang sebagai pelakon, pelawak dan pengacara sebelum kini sebagai Pengasas serta Pengarah Urusan StarVendors Event Sdn Bhd.
“Selagi masih larat dan kudrat mengizinkan, saya mahu terus aktif dalam bidang seni.
“Sebenarnya saya banyak menerima job daripada stesen TV, kehadiran saya sedikit sebanyak menaikkan rating program,” tambahnya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tika dan saat ini sudah pasti ramai yang sudah memainkan peranan masing-masing untuk membantu mereka yang memerlukan. Datuk Jovian Mandagie turut tidak mahu ketinggalan membantu mereka yang memerlukan mengikut kepakaran miliknya.
Foto: Instagram @jmandagie
Sebagai pereka fesyen tersohor negara dan usahawan berjaya, suami kepada Datin Nina Ismail Sabri ini telah membuat pelitup muka atau mask eksklusif dengan niat semata-mata mahu membantu saudara seislam kita.
Foto: Koleksi Nu Ideaktiv
Mempamerkan rekaan peliltup muka dengan warna hitam, hijau, putih dan merah sebagai lambang negara Palestin. Hasil jualan pelitup muka eksklusif ini 100 peratus akan didermakan kepada tabung misi bantuan Palestin.
Foto: Instagram @jmandagie
Datuk Jovian sendiri tidak menyangka hasil jualannya, habis dalam sekelip mata, “Niat hati buka pre-order untuk sebulan nak habiskan order. Rupa-rupanya in just 12 hours dah habis! MasyaAllah, YOU GUYS ARE AMAZING, GOD BLESS YOU!,” tulis menantu kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini di laman media sosial milik peribadinya.
Boleh bayangkan bagaimana perasaan ayah kepada seorang anak perempuan ini apabila berjaya mengumpul dana sebanyak RM65,720 hanya dalam masa 1 jam. “I WANT TO CRY! Hanya Allah yang akan balas semua kebaikan anda semua,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram @jmandagie
Sememangnya jiwa murni Datuk Jovian menyuntik inspirasi buat siapa sahaja. Sebelum ini Datuk Jovian juga telah ‘menyinsing lengan’ membuat set pakaian pelindung diri (PPE) untuk kegunaan para petugas hadapan yang berusaha keras memutuskan rantaian COVID-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rata-rata doktor di seluruh dunia sedang bertarung dengan penyebaran wabak pandemik Covid-19. Tidak terkecuali permata hati Malaysia yang kini menetap di United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri. Mengambil tanggungjawab untuk menyampaikan maklumat tepat tentang kesihatan, Dr. Amalina membuka sebuah laman blog agar dapat berkongsi maklumat kesihatan bersama dunia.
Baru-baru ini beliau melancarkan laman blog peribadinya yang berjudul Ask Dr Amalina. Perkongsiannya mengenai wabak pandemik dunia, COVID-19 menarik perhatian ramai.
Nama Dr. Amalina seringkali menjadi buah mulut. Superwoman yang datang menghulur bantuan kepada adik Ainul tidak lama dulu menjadi sebutan sehingga ke hari ini. Doktor bedah di United Kingdom ini sedang melanjutkan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di peringkat PhD di Imperial College London.
Jika sebelum ini Dr. Amalina banyak berkongsi maklumat kesihatan dan memberi informasi lebih tepat mengenai bidang perubatan di laman Instagramnya, kini beliau memilih untuk membuka laman sesawang sendiri bagi menyampaikan maklumat lebih tepat mengikut sains perubatan.
Banyak informasi dikongsikan bersama terutamanya dalam soal penyebaran wabak Covid-19 dan beberapa diskusi lain mengenainya. Dr. Amalina sendiri terpaksa bekerja dalam shif 24 jam kerana kes Covid-19 di United Kingdom sangat membimbangkan.
“This is a global effort, we are not racing against each other, we are racing against the virus. Please help and support each other, BE KIND. Please pray for us, healthcare professionals all over the world for working around the clock to keep everyone safe. To all my dear colleagues no matter where you are, thank you for your service.” -DR. AMALINA
Sumber: IG Dr Amalina
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang pernah menonton filem ‘Habibie & Ainon 3’ sudah pasti mengenali figura yang membawakan watak Ainon ketika zaman sekolah di samping pelakon hebat, Reza Rahadian. Sesungguhnya Ayunda Faza Maudya atau lebih dikenali sebagai Maudy Ayunda ini benar-benar mencetus inspirasi apabila bukan hanya berbekalkan wajah yang cantik semata-mata tapi, mempunyai ilmu yang tinggi. Ini yang baharu boleh dikatakan “beauty with brains”.
Tampil cantik menyarung kebaya merah dan berkain batik, “I’ve graduated!” tulisnya di laman media sosialnya. Model, penyanyi, penulis dan pelakon kebanggaan negara jiran ini telah berkongsi khabar gembiranya apabila berjaya menamatkan pengajiannya selama dua tahun di Universiti Stanford Amerika Syarikat.
Walaupun terpaksa berdepan dengan cabaran meneruskan pembelajaran saat dunia dilanda COVID-19 namun selebriti cantik manis ini berjaya memperolehi Masters atau sarjana bukan satu malah dua sekali gus iaitu bidang perniagaan dan pendidikan. Tahniah! Maudy, kejayaan ini telah memberi inspirasi kepada semua wanita untuk terus berjaya mengejar cita-cita masing-masing.
Bersama keluarganya menyambut hari graduasinya. Foto: Instagram @maudyayunda
Rupanya ketika ditawarkan untuk belajar di Universiti Stanford, Maudy juga telah ditawarkan untuk meneruskan pengajian di University Harvard, United Kingdom. Namun, Maudy memilih untuk meneruskan pengajian di Stanford kerana boleh membuat double master atau dua bidang sekaligus. Anda memang hebat, Maudy!
Sebelum ini, Maudy merupakan lulusan Universiti Oxford dalam jurusan Filosofi, Politik dan Ekonomi tahun 2016. Mungkin atas kejayaan ini wanita yang mempunyai ketinggian 165cm ini telah dianugerahkan dengan anugerah Forbes Asia 30 Under 30 pada tahun ini.
Selain berbahasa Indonesia, selebriti ini boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Sepanyol. Seronoknya kalau pandai bertutur banyak bahasa, senang untuk mendapat kawan dan mencari ilmu.
Bukan hanya cemerlang dalam pendidikan dan lakonan, Maudy juga sukses dalam bidang nyanyian dan pernah memenangi anugerah Female Singer of The Year di Indonesian Choice Awards 2015. Pernah menjadi pilihan Disney untuknya menyanyikan soundtrack filem Moana di Indonesia.
Foto: Instagram @maudyayunda
Di sebalik dunia seni dan pendidikan, Maudya juga telah mengasaskan sebuah NGO yang diberi nama Inpira untuk menyokong belia di Indonesia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.