Dalam isu viral melibatkan cadangan pempengaruh TikTok, Cikgu Ayu supaya pelanggan yang tak selesa dengan suasana bising budak menangis untuk bungkus dan makan di rumah sahaja, Betty Rahmad dengan tegas menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan sikap tersebut.

Menurut Betty, jika ibu bapa dah tahu anak jenis meragam, ibu bapa haruslah menyediakan mainan untuk mengalihkan perhatian mereka.

IKLAN

Usahawan sambal itu turut menekankan bahawa orang lain juga berhak untuk mendapat suasana makan yang selesa memandangkan mereka juga membayar di restoran yang sama.

“Saya ada anak kecil juga. Saya tak setuju langsung akak cakap kalau tak suka bising makan dekat rumah. Saya rasa mak bapak yang ada anak kuat meragam suka menangis dekat luar ni yang patut makan kat rumah.” Betty Rahmad

@bettyrahmadali #stitch with @Cikgu Ayu Empire Kita tak boleh pentingkan diri sendiri✌️ #fyp #tiktokmalaysia #foryoupage ♬ original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen

 

Setuju dengan kata-kata selebriti dan usahawan Betty Rahmad ni. Memang bukan mudah membesarkan anak-anak pada zaman dunia tanpa sempadan. Ibarat melentur buluh dari rebungnya, beliau sempat berkongsi petua keibubapaan seperti yang diterapkan pada si cilik Ardy Wira, anakandanya yang kini berusia 4 tahun.

Memahami lumrah anak-anak kecil yang mudah mempelajari sesuatu apabila ia menjadi kebiasaan, Betty yang kini telah mencecah 40-an cukup disiplin tentang jadual harian anaknya.

Meskipun Wira dibesarkan dalam suasana serba moden, senang dan selesa, namun ilmu agama tidak pernah diabaikan.

Betty Rahmad Tegas Didik Anak, Mak Ayah Tak Boleh Selfish Kalau Nak Anak-Anak Berjaya!

 

Betty Rahmad Tegas Didik Anak, Mak Ayah Tak Boleh Selfish Kalau Nak Anak-Anak Berjaya!

 

Betty Rahmad Tegas Didik Anak, Mak Ayah Tak Boleh Selfish Kalau Nak Anak-Anak Berjaya!
Keluarga kecil Betty dan Ardy

 

Kongsi beliau, sejak bayi lagi Wira dididik agar mengikut rutin harian.

“Dari baby dia memang makan, mandi, tidur, bangun, main semua ikut time. I memang strict bab ni. Sampai dia dah hafal timetable.

Apapun disiplin paling penting kalau nak senang jaga anak. Kena strict. Kena ada waktu tetap untuk tidur, main, makan, nap semua. Emosi dorang pun akan happy!

Doakan Wira membesar dengan sihat & kekalkan rutin ni sampai bila-bila even bila Mummy & Daddy dah takde. Aamiin.” Betty Rahmad

IKLAN

Betty Rahmad Tegas Didik Anak, Mak Ayah Tak Boleh Selfish Kalau Nak Anak-Anak Berjaya!

 

Betty Rahmad Tegas Didik Anak, Mak Ayah Tak Boleh Selfish Kalau Nak Anak-Anak Berjaya!

 

Betty Rahmad Tegas Didik Anak, Mak Ayah Tak Boleh Selfish Kalau Nak Anak-Anak Berjaya!

 

IKLAN

Adik kepada selebriti popular, Datin Seri Umie Aida dan pengarah Erma Fatima itu kini menjalankan bisnes sambal melalui jenama Betty’s Kitchen. Betty melangsungkan perkahwinan dengan usahawan berjaya Ardy Damis pada tahun 2018 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Paling mencuit hati bila melihat keletah dan kepetahan Wira bercakap. Meskipun dibesarkan dalam suasana moden, Betty sentiasa menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan si kecil ini.

Dalam satu video terbaru yang dikongsikan oleh Betty, menunjukkan Wira membaca beberapa surah Al-Quran dengan lancar. Kagum sungguh dengan didikan Betty dan suami pada putera kesayangan mereka.

Comel betul Ardy Wira mengaji, tonton video si comel anakanda Betty Rahmad di bawah ni…

 

Betty Rahmad Tegas Didik Anak, Mak Ayah Tak Boleh Selfish Kalau Nak Anak-Anak Berjaya!

 

Dengan gelagat siap berkopiah, Wira membaca surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Ikhlas dan An-Nas. Menurut Betty, ia sudah menjadi kebiasaan Wira untuk membaca surah-surah tersebut sebelum tidur.

“Ini versi dia berangan baca konon-konon tengok Al-Quran dan taranum. MasyaAllah semoga terang hati, jadi pencinta Al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah SWT.” Betty Rahmad

MasyaAllah, sejuk perut ibu mengandung. Semoga Wira menjadi asbab ibu bapanya ke syurga. Petua mendidik anak kecil yang dikongsi Betty ini juga boleh menjadi amalan kepada ibu bapa lain yang sama-sama sibuk dengan pelbagai tugas.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI