Penyanyi tersohor, Beyonce mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi penerima trofi terbanyak sepanjang zaman. Beyonce berjaya merangkul empat trofi pada malam kemuncak Anugerah Grammy Ke-65 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles (LA), California, Amerika Syarikat, jam 8 pagi ini (waktu Malaysia).
Foto: Instagram @Beyonce
Penyanyi R&B dan pop itu memenangi anugerah Album Muzik Tarian/Elektronik Terbaik menerusi album Renaissance, Lagu R&B Terbaik (lagu Cuff It), Rakaman Tarian/Elektronik Terbaik (lagu Break My Soul) dan Persembahan R&B Tradisional Terbaik (lagu Plastic Off The Sofa).
Ia sekali gus melengkapkan trofi Grammy ke-32 dan berjaya memintas rekod yang dipegang oleh Georg Solti dengan 31 trofi.
Ads
“Saya cuba tidak terlalu emosi. Saya hanya mahu menerima anugerah malam ini sahaja.
“Saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya, ibu bapa menyayangi dan menjadi pendorong. Juga buat suami dan tiga cahaya mata yang sedang menonton di rumah.
Ads
“Tidak lupa terima kasih kepada peminat dan mereka yang membantu dalam menjayakan setiap karya. Moga Tuhan merahmati kamu.
Dalam kesibukan menguruskan kehidupan harian yang penuh dengan episod yang tiada kesudahannya, pastinya tubuh sering menjadi lesu dan tidak bermaya. Sekali-sekala apa kata manjakan diri dengan perawatan tubuh dan badan untuk mengembalikan kesegaran tubuh secara optima.
Bagi yang kerap menghabiskan masa di spa, kedatangan ke spa pastinya tidak menghampakan. Pertama kali menjejakkan kaki ke Randevu Spa, kehadiran anda akan disambut dengan sebuah kafe kecil yang menyajikan snek ringan yang enak.
Menurut empunya Randevu Spa, Mazlin Mazlan, idea dan konsep menyediakan sebuah kafe kecil ini adalah untuk membolehkan pelanggan menikmati snek ringan sementara menunggu giliran mendapatkan rawatan atau sekadar bersantai selepas menikmati rawatan spa.
Nyata, konsep dan suasana ini sudah tentu akan memberikan ketenangan setelah penat bekerja. Ditambah dengan dekorasi yang menarik, sekaligus menjadikan Randevu Spa pilihan terbaik bagi menjalankan rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki.
RAWATAN SEINDAH NAMANYA
Memasuki ruang menunggu utama Randevu Spa, mata pengunjung akan dihidangkan dengan sebuah lukisan dinding bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan alam semula jadi. Aroma minyak aromaterapi yang berupaya melegakan tekanan membuatkan pengunjung rasa tidak sabar untuk memulakan rawatan.
Sebagai sebuah lokasi yang dikunjungi bagi mendapatkan rawatan dan melegakan tekanan, pihak Randevu Spa sentiasa mengambil berat tentang susun atur perabot serta keadaan di dalam mahupun di luar. Dilengkapi dengan pemilihan perabot yang eksklusif dan menarik, kunjungan ke sini boleh diibaratkan seperti syurga untuk mendapatkan rawatan tubuh badan.
Selain itu, elemen penting yang amat dititikberatkan di Randevu Spa termasuklah aspek keselesaan pengunjung yang mendapatkan rawatan di sini. Malah, ia turut menyediakan bilik rawatan kuku khas untuk muslimah secara lebih privacy dan terselindung.
Terdapat empat bilik rawatan wajah dan tubuh disediakan untuk pengunjung. Antara rawatan yang ditawarkan termasuklah urutan aromaterapi dan tradisional. Istimewanya rawatan tubuh di Randevu Spa, ia amat mementingkan konsep penggunaan bahan semula jadi yang dirasakan lebih digemari oleh kebanyakan pelanggan setia spa tersebut.
Selain itu, rawatan wajah juga menggunakan produk organik yang selamat untuk kulit. Bagi yang inginkan privasi, anda boleh melakukan rawatan sama ada di bilik yang dikhaskan untuk seorang atau dua orang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penulisan seorang pendidik bernama Cikgu Emmet sememangnya tak pernah gagal menzahirkan kecintaan beliau terhadap dunia perguruan yang diceburi. Cikgu Emmet merupakan seorang guru dari Perak, namun telah berkhidmat lebih dua dekad di Sarawak.
Terkesan dengan tragedi yang menimpa M Vasanthapiriya, seorang pelajar tingkatan dua yang menggantung diri akibat tertekan dengan tuduhan mencuri telefon pintar milik seorang guru, Cikgu Emmet tampil meluahkan perasaannya buat guru-guru seangkatan.
Salam takziah buat adik M Vasanthapiriya yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.
Mendiang sebelum ini cuba membunuh diri setelah dituduh oleh gurunya mencuri telefon bimbit.
Dikhabarkan pelajar ini turut dimarahi dihadapan pelajar lain malah semasa berjumpa ibubapa mendiang pun mendiang dimalukan dihadapan ibubapanya.
Antara kandungan surat terakhirnya ialah: “I want to thank my parent for take care me. I love you so much and i am so sorry” demikianlah catatan Piriya dalam suratnya sebelum cuba menggantung diri.
Sahabat saya yang sangat dihormati terutama para komrad pendidik.
Benarlah kata-kata pujangga terdahulu bahasa LISAN ITU LEBIH TAJAM DARI MATA PISAU. Saya yakin kata-kata lah yang menjadi senjata membunuh Priya. Mungkin ada kata-kata yang diluahkan dengan emosi tak stabil dan amarah yang melampau hingga boleh meruntun jiwa anak 14 tahun ini.
Kalau sebelum ini SIFAT MALAS untuk membuang kerusi buruk milik seorang manusia telah membunuh seorang remaja india yang berjalan dibawah saat Si Pemalas menghumbankan kerusi dari tingkat tinggi hingga menimpa remaja yang sangat baik dan menjadi harapan ibunya telah terkorban. Hari ini seorang remaja mati kerana Sifat Bongkak Sombong dan Takbur seorang manusia yang menjawat jawatan sebagai pendidik.
Saya juga guru…dan guru bukan maksum. Kita sama seperti mana-mana penjawat lain yang mudah khilaf dan culas.
Maka sebagai pembina asas negara dengan mendidik jiwa-jiwa muda ini harus lah dilakukan dengan bersabar dan berhemah.
Kalau dahulu kita boleh bangga dengan tamparan cikgu disiplin mampu menjadikan kita berjaya. Kita bangga dengan pulasan telinga oleh ustaz menjadikan kita umat yang taat. Namun kini zaman sudah banyak berubah. Ada diantara kita gemar mengunakan sumpah seranah dalam mendidik. BODOH TOLOL BANGANG mungkin jadi kalimat yang kita zikirkan pada telinga pelajar pelajar bermasalah.
Bilamana ada kejadian kecurian maka ugutan,cacian dan bentakan bersilih ganti diujarkan pada tertuduh.
Sedarlah komrad yang dikasihi, kadang kala kata-kata ini mampu menghiris hati tanpa mengeluarkan darah tapi airmata. Kata-kata ini boleh melukai jiwa tanpa darah namun berparut. Kata-kata boleh menyentak henyak emosi hingga remuk redam.
Apalah cercaan yang diterima oleh adik Priya ini hingga sanggup menjadikan nyawa sebagai galang ganti.
Beringatlah wahai sahabat guru ku,
Luapan marah yang tercetus akibat karenah pelajar kita haruslah ditangani secara bijak dan berhemah. Jangan biarkan emosi hangat membuka pintu para iblis masuk menyiram minyak kemarahan dan kebencian hingga mulut kita menyemburkan api makian yang merentungkan jiwa anak-anak pelajar yang masih hijau.
Semoga peringatan ini juga menjadi panduan untuk saya agar tidak mengikut emosi dalam melaksanakan pengajaran.
Kita pendidik maka didiklah dengan penuh bijaksana kerana akhirnya yang kita inginkan ialah kemenjadian anak didik yang baik, cemerlang dan berjaya dimasa hadapan.
Vasanthapiriya, pelajar malang di SMK Methodist di Nibong Tebal, dipanggil untuk disoal siasat oleh 3 guru pada 2.00 petang Rabu lepas. Salah seorang guru wanita, menuduhnya mencuri telefon bimbit iPhone 6 miliknya. Setelah dia menafikannya, seorang lagi guru yang lain memukul belakang badannya di hadapan pelajar lain.
Masih tidak puas hati, Vasanthapiriya kemudian dikurung di sebuah bilik di kuarter pejabat guru selama 5 jam, tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas. Pada 6.45 petang, suami guru yang hilang telefon bimbit itu tiba di sekolah. Pasangan itu mengancam akan membawanya ke polis tetapi kemudian membawa Vasanthapiriya ke rumahnya untuk bertemu ibu bapanya. Remaja itu kemudian lari ke biliknya, sementara ibu bapanya dan penuduhnya keluar rumah untuk menyelesaikan perkara itu.
Bapanya yang berusia 50-an, pulang sekitar 8.20 malam terpaksa memecah pintu bilik anaknya selepas panggilannya tidak disahut. Vasanthapiriya didapati tidak sedarkan diri dan tergantung pada sehelai selendang yang diikat pada paip pendingin hawa. Kakinya tersentuh di lantai dan dia masih hidup. Bapanya melakukan rawatan kecemasan dan membawanya ke hospital setelah gagal.
Tepat jam 3.30 pagi, 1 Februari 2018, selepas beberapa hari bertarung nyawa, pelajar itu menghembuskan nafas terakhirnya dan pergi buat selama-lamanya. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun sudah bersara daripada arena bola sepak namun nama Mesut Ozil masih meniti di bibir peminat sukan antarabangsa. Bekas pemain kelab terkenal dunia, Real Madrid ini nekad meninggalkan karier sukan di peringkat antarabangsa sejak 2018 dan kini dilaporkan berkecimpung dalam persada politik.
Memetik laporan portal Sky News, Ozil menyertai parti politik yang dipimpin Presiden Turkiye iaitu Recep Tayyip Erdogan.
Bahkan pada Februari lalu ketika menyambut Ramadan, legenda bola sepak ini berkongsi momen dirinya turun padang bersama anak lelaki Presiden Erdogan, Bilal Erdogan ke penempatan Rohingya di Bangladesh bagi urusan pembangunan hospital, sekolah dan pusat latihan.
Bukan itu saja, Mesut Ozil turut berkesempatan bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal Januari lepas bagi membincangkan isu berkaitan ummah Islam dan konflik di Gaza.
Dalam kesibukan menguruskan misi kebajikan dan kemanusiaan sejagat, bekas pemain kebangsaan Jerman berkenaan menerima khabar gembira apabila isteri tercinta selamat melahirkan cahaya mata terbaharu mereka pada 2 April lalu.
Berita gembira itu dikongsikan Mesut Ozil dan isteri, Amine Ozil di media sosial masing-masing.
Menerusi hantaran itu, mereka memuat naik foto hitam putih memaparkan seorang bayi yang turut kelihatan tangan empat individu di sebelah bayi berkenaan berserta kapsyen, “Thank God you were born safe and sound, our beautiful daughter Elisa.”
Ozil mendirikan rumah tangga dengan Amine Gulse yang merupakan model dan pelakon keturunan Turkiye-Sweden pada Jun 2019.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak yang kesemuanya perempuan iaitu Ela, Eda dan Elisa. Suri hati kesayangan Ozil ini menginjak usia 33 tahun pada 30 April.
Mengimbau populariti Mesut Ozil sepanjang dalam bidang sukan, dia merupakan pemain bola sepak yang menerima bayaran gaji paling tinggi bagi kelab Arsenal. Khabarnya, Ozil pernah memperoleh pendapatan lumayan mencecah RM1.89 juta seminggu.
Pun begitu, dia memilih untuk berkongsi rezeki yang menggunakan sebahagian daripada gaji yang diterima untuk tujuan kebajikan di Turkiye, Syria dan Brazil.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!