Tanggal 18 Julai lalu genap 38 tahun usia Priyanka Chopra! Tapi kalau tengok susuk tubuh dan rupa paras bekas ratu cantik dunia ini, pasti ramai yang tidak menyangka dia sudah pun meniti usia lewat 30an. Mana tidaknya, jika dibandingkan penampilan ketika memenangi pertandingan Miss World 2000 lalu hingga sekarang jelas membuktikan isteri Nick Jonas ini lebih anggun dan menawan.
Meskipun 20 tahun sudah berlalu sejak Priyanka memenangi mahkota ratu cantik dunia tersebut dan kerjaya seninya mula bersinar waktu itu namun pesona jelitawan ini masih diperkatakan ramai. Apatah lagi, suami tercinta yang juga penyanyi popular Hollywood berkenaan sentiasa mengagumi kecantikan isteri tersayang. Malah, Nick Jonas tanpa berselindung berkongsi ucapan romantis terhadap Priyanka di Instagram miliknya.
“I could stare into your eyes forever. I love you baby. You are the most thoughtful, caring and wonderful person I have ever met. I am so grateful we found one another. Happy birthday beautiful.”
Ternyata gambar Nick Jonas sedang memangku Priyanka sambil kedua-duanya saling berpandangan berjaya menarik perhatian peminat setia masing-masing. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih lebih 2 juta likes! Rata-rata peminat turut tidak melepaskan peluang memberi ucapan hari lahir kepada aktres terkenal Bollywood berkenaan di samping gembira dengan kemesraan pasangan romantis ini.
Priyanka yang berusia 38 tahun dan Nick, 28 tahun enggan menjadikan perbezaan 10 tahun umur mereka sebagai penghalang kebahagiaan. Sebaliknya memilih untuk mencintai
pasangan mereka seadanya. Memilih untuk menetap di California bersama Nick Jonas, Priyanka dilaporkan mula bertemu suaminya ketika majlis Met Gala 2017.
Sebagai bukti dirinya sedang diulit bahagia bersama Nick, Priyanka turut berkongsi foto terbaru dan mengimbas memori indah ulang tahun kelahirannya dua tahun lalu. “To the greatest joy of my life. 2 years ago on this day you asked me to marry you! I may have been speechless then but I say yes every moment of everyday since.
In the most unprecedented time you made this weekend so incredibly memorable. Thank you for thinking of me all the time. I am the luckiest girl in the world! I love you Nick Jonas.”
Priyanka sebelum ini disenaraikan sebagai personaliti Time’s 100 Most Influential People bersama-sama individu terkenal di dunia antaranya termasuk Mark Zuckerberg dan Leonardo DiCaprio. Disebabkan popularitinya yang kian memuncak, Priyanka juga antara selebriti bertuah yang dijemput menghadiri majlis perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markle. Priyanka dan Nick disatukan sebagai suami isteri di Umaid Bhawan Palace di Jodhpur, India pada tahun 2018.
Sesuatu yang menarik di sini.