Kepercayaan bukan mudah untuk diberi. Bertahun untuk mendapatkannya tapi boleh hilang dalam sekelip mata. Itulah yang menjadi punca kemelut rumah tangga usahawan Nur Amirah Maulat Abdullah dengan bekas suaminya sekitar tahun 2021, sekaligus mengangkat nama beliau sebaris dengan wanita kuat yang berani memperjuangkan keadilan.
Berbulan-bulan naik turun tangga Mahkamah. Bagi seorang wanita, tindakan menuntut keadilan berkaitan kes perkahwinan itu pastinya bukan sesuatu yang mudah dilakukan. Kes Nur Amirah ini pernah hangat diperkatakan, namun jika dinilai dari sisi positif ia seolah kebangkitan suara isteri-isteri yang tertindas.
Bersempena Ramadan ini, Nona bertamu ke kediaman indah Nur Amirah di Cyberjaya menyelami cerita terbarunya sebagai ibu tunggal. Berseri-seri seperti biasa, ibu anak dua itu sebetulnya baru sahaja pulang dari Kota Paris dan menyambut awal Ramadan di sana.
Mengakui kini lebih tenang dan bahagia, Nur Amirah tidak menolak jika dipertemukan jodoh yang baru. Kini beliau dalam fasa mengenali hati budi seseorang, namun kerana mengenangkan pengalaman yang lalu membuatkan wanita ini lebih berhati-hati soal pasangan hidup.
“Kekuatan itu datang dari jiwa yang lama terpendam…” Ikuti temu bual penuh Nona bersama Nur Amirah dalam video ini…
******************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
******************