Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang tidak asing lagi, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin ramping dan bertenaga.
Penampilannya yang menawan dan fit menjadi buah mulut peminat dan media sosial. Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsia di sebalik perubahan fizikal yang menakjubkan ini?
Senaman ‘rahsia’ tersebut adalah senaman Muay Thai. Tokti yang gemar melakukan senaman Muay Thai, menjadikan senaman ini sebagai salah satu rutin latihannya untuk mengekalkan badan yang sihat dan fit sehingga kini.
Selain daripada melakukan Muay Thai, TokTi juga gemar melakukan senaman HIIT (High Intensity Interval Training) yang melibatkan latihan berat seperti rope slam dan dumbells.
Ads
Senaman Muay Thai ini perlu dilakukan sebanyak dua kali seminggu, selama satu jam untuk menikmati kebaikan daripadanya. Semoga bermanfaat!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari REMAJA.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka rupa-rupanya gadis manis yang berusia 28 tahun ini pernah bekerja sebagai pelayan restoran (waitress) di salah sebuah restoran Jepun. Tanpa segan-silu Nabila Razali berkongsi cerita eksklusif ini di program Selebriti First Job.
Malah penyanyi lagu Peluang Kedua ini turut berkongsi momen yang tak dapat dilupakannya. “Inilah tempat first time Bella pegang tray jatuh air tumpah kat customer,” kongsi Nabila Razali yang mesra membahasakan dirinya Bella sambil mengimbau kenangan bekerja sebagai pelayan restoran Jepun.
Memulakan langkah dalam bidang seni dengan menyertai Akademi Fantasia pada tahun 2013, membuat Nabila Razali terus melangkah ke depan. Usahanya berbaloi dan Nabila Razali boleh tersenyum bangga dengan pencapaian lagu-lagu nyanyiannya.
Sebagai selebriti gadis yang mempunyai nama penuh Nur Nabila Mohd Razali ini tidak dapat lari tohmahan orang ramai. Walau bagaimanapun, gadis yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina (Kejuruteraan) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ini bersyukur tidak sampai ke peringkat depresi.
“Ciri-ciri depresi tu tak ada tapi saya rasa tak banyak sikit nak ke arah itu, ada. Bila hari-hari kita kena hentam, tak ada orang puji kita, kita rasa dah tak payah lah bekerja dalam bidang seni. Tapi kalau saya fikirkan balik, kalau kita ikutkan apa orang cakap, tak bangun lah, kan.
Siapa yang nak cari duit untuk kita melainkan diri kita sendiri. Jadi kita kena positif, solat, minta doa supaya jadi lagi kuat dan apa yang saya pegang sampai sekarang Bella memang tak pernah putus asa, biar apa orang nak cakap dan jangan hidup dek puji jangan mati dek keji,” tutur pelakon utama drama Seindah 7 Warna Pelangi ini.
USAHAWAN
Bercerita tentang cabaran bergelar usahawan muda yang dalam masa yang sama bergelar selebriti. “Kalau nak cakap pasal cabaran ada banyak cabarannya dan salah satunya adalah bersaing dengan produk yang sedia ada. Macam saya pula masih baharu dan banyak lagi benda yang perlu belajar.
Saya tak mahu ketinggalan bersaing dengan orang lain tapi cara yang sihat. Tapi dalam masa yang sama saya mahu nama produk itu stand out,” kata Nabila Razali yang mempunyai 2.7 juta pengikut di laman Instagram ini.
Ketika ditanya kepada pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd Razali ini tentang dilema memilih dunia professional dan glamor, jawabnya, “Saya memang seorang yang talkative. Sejujurnya bekerja dalam dunia seni saya vibrasi sangat berbeza sebab itu saya memilih bidang ini sebagai kerjaya.
Tapi tak bermaksud saya lupakan apa yang dipelajari dulu sebab saya masih hubungi kawan-kawan lama. Kalau ada macam nak dekor apa-apa saya akan tanya mereka. Macam saya ada juga dekor bilik sendiri. Mak saya pula rajin dekor rumah dan selalu minta nasihat saya,” bicara Nabila Razali.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun duduk di rumah dan kekalkan jarak sosial, arahan ini bukanlah tiket untuk para atlet negara beristirahat daripada rutin latihan.
Bagi Goh Liu Ying, beliau yang merupakan atlet beregu campuran badminton negara dan kini tersenarai di ranking ketujuh dunia, memilih gaya hidup sihat untuk mengekalkan staminanya.
Dalam temu bual eksklusif Nona dengan Liu Ying atau ‘Guleng’, wanita jelita berusia 31 tahun dengan ketinggian 166cm ini mengakui sebagai atlet perlu aktif bagi mengelakkan tahap fitness menurun.
Sambil mengusik tentang videonya bermain badminton di dalam bilik, beliau sambil ketawa menjawab, “Dimana-mana pun boleh berlatih, takde masalah. Smash terus bila dapat raket dan bulu tangkis.”
“Sebenarnya duduk di rumah pun kita mesti kekal sihat dan positif. Jangan beri alasan tak boleh keluar untuk tidak berpeluh. Saya sendiri pun ambil inisiatif bersenam, buat yoga, tabata dan core exercise untuk kesihatan.
Walaupun tanpa kemudahan gym, tapi kita boleh buat senaman berasaskan body weight, push up atau squat. Untuk wanita, senaman-senaman ini sangat senang dilakukan dan tak perlu ruang yang besar.
Untuk seorang atlet, senaman ni memanglah tak cukup. Tapi sekurang-kurangnya masih okey daripada tak berlatih langsung. Yang penting kita set alarm untuk bangun awal dan workout!
Aspek pemakanan pun mesti dijaga. Walaupun kita sebagai wanita suka memasak, tapi janganlah keterlaluan. Jangan lupa bahawa badan kita kurang aktif di rumah dan pembakaran kalori jadi perlahan berbanding biasa.
So kalau masak, cuba kurangkan makanan bergoreng dan banyakkan masakan stim atau sup.
Untuk mengendalikan stres, saya suka masak dan main game. Saya juga selalu tengok movie, boleh dikatakan setiap hari untuk mengisi masa lapang. Ada masanya saya buat LIVE di Instagram untuk kongsi ilmu workout dengan peminat sukan.
Waktu ini sepatutnya saya berada di Wuhan, China untuk menyertai kejohanan The Asian Badminton Championships (ABC) bagi sesi kelayakan Sukan Olimpik akan datang.
Tapi memandangkan Sukan Olimpik Tokyo pun dah ditunda, jadi tarikh baru belum diputuskan. Saya harap wabak bencana COVID-19 akan segera berakhir supaya dapatlah menyertai kejohanan-kejohanan lagi,” kata Liu Ying yang berasal dari Melaka itu.
Sebelum PKP berkuatkuasa, Goh Liu Ying bersama gandingannya Chan Peng Soon mara membuktikan prestasi cemerlang selepas meraih kejuaraan Masters Thailand dan Terbuka New Zealand pada Januari dan Mei lalu.
Beliau yang mengikat kontrak sebagai duta Li-Ning dan Yobick Malaysia sudah berundur daripada pasukan kebangsaan pada Disember 2018, namun mereka masih meneruskan kejohanan antarabangsa di bawah penajaan Li-Ning.
Anak sulung daripada tiga beradik milik pasangan Goh Chak Wee dan Yong Oi Lin ini sering menyertai pelbagai kejohanan badminton di peringkat antarabangsa. Antara pencapaian terbaik beliau membawa pulang pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio 2016. Liu Ying juga bercita-cita untuk mengharumkan nama negara dalam Sukan Olimpik Tokyo akan datang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Media sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang bebas untuk melontarkan kata-kata, pandangan malah tidak kurang juga, tohmahan negatif. Terutamanya dalam dunia hiburan, barisan selebriti antara golongan yang tidak lari dari kecaman di media sosial.
Terdapat segelintir yang mudah melatah, malah ada juga yang tidak goyah apabila dilontarkan dengan kata-kata negatif. Berbicara mengenai isu ini, penyanyi popular, Shila Amzah berkongsikan cara terbaik untuk menangani kecaman negatif di media sosial.
Menurut Shila, dia lebih suka memilih untuk tidak menjawab atau tidak melayan mana-mana komen yang negatif kerana tidak mendatangkan faedah.
Namun, sebagai seorang selebriti, dia harus menjadi lebih peka dan sensitif dalam setiap hantaran yang ingin dimuat naik di akaun media sosial miliknya. Hak privasinya kadang-kala diganggu kerana menjadi fokus utama lensa kamera sehinggalah ia menjadi topik viral.
“Bagi saya, kita tidak perlulah menjawab komen-komen negatif yang datang kepada kita di media sosial. Apa yang penting, kita buat apa yang ingin kita lakukan. Usah ambil peduli tentang orang lain.
“Kalau dahulu saya memilih untuk menjawab setiap komen-komen yang negatif itu. Tetapi hari ini, saya lebih memilih untuk berdiam diri. Jika tidak tahan, saya tidak akan menghiraukannya.
Namun, usahlah membuat hantaran sekiranya sedang marah. Sebaliknya, berhenti dahulu dari bermain media sosial dan tunggu sehingga marah dalam diri jadi reda. Media sosial ini hanyalah duniawi semata-mata,” komennya.
Tambah Shila, ruang media sosial ini digunakan untuk mendidik para peminatnya tentang perkara dan fakta yang benar. Ia merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang selebriti.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menepis kecaman negatif di laman sosial. Seperti yang dikongsikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu ini, dia memilih untuk menghadkan masa menggunakan medial sosial.
“Kalau anda rasa tak boleh nak terima kecaman-kecaman negatif, jadi hadkan penggunaan anda.
“Mengenai mereka yang sentiasa komen itu dan ini, saya percaya dengan konsep Qanaah. Sentiasa besyukur dengan rezeki yang Allah turunkan pada anda. Usah membuat perbandingan dengan orang lain.
“Apa-apapun, sayangi diri anda. Fokuskan pada diri sendiri terlebih dahulu. Itu yang lebih penting,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah Hijabista
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Pesona diraja Sultanah Terengganu dan anakanda puteri terserlah dalam kurung sutera Itali rekaan pereka diraja di Majlis Minum Petang Diraja PENIAGAWATI.