Penyakit darah tinggi merupakan penyakit berbahaya yang boleh menjadi pembunuh senyap atau silent killer. Tanpa pengawalan, ia mampu meningkatkan kadar risiko penyakit jantung dan strok. Ramai mempertikaikan penyakit darah tinggi hanya boleh dihidapi warga emas namun terdapat banyak kes darah tinggi juga boleh dihidapi golongan muda sekiranya tidak menjaga kesihatan dengan baik.
Selain pengambilan ubat yang dipreskripsi doktor, anda juga boleh mengamalkan tip ini sebagai langkah penjagaan diri.
**media[179138]**
Bersenam
Makin dimanjakan tubuh tanpa diet dan senaman, makin banyak penyakit yang mungkin menyinggah. Bersenam secara konsisten membantu jantung anda lebih kuat dan efisien untuk mengepam darah. Ia juga akan mengurangkan tekanan pada bahagian arteri. Cubalah bersenam secara sederhana selama 150 minit seminggu. Bermula dengan berjalan kaki!
Tip: Berjalan kira-kira 30 minit sehari boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Semakin banyak dan kerap anda bersenam, semakin ‘cantik’ bacaan tekanan darah anda.
**media[179134]**
Kurangkan pengambilan garam
Siapa yang suka makanan tawar? Ini termasuklah makanan diproses dan siap masak. Penyediaan makanan segera dan siap masak biasanya mempunyai kandungan garam yang tinggi agar rasanya sedap. Sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik anda mengurangkan pengambilan garam berlebihan dalam makanan.
Tip: Sejak kebelakangan ini, ramai orang yang cerewet dalam pemilihan makanan. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang daripadanya, yang peka dengan kandungan garam dalam makanan yang diambil.
Ads
**media[179136]**
Makanan berpotasium tinggi
Potasium adalah mineral penting untuk tubuh. Ia membantu tubuh mengeluarkan sodium dan mengurangkan tekanan pada salur darah. Untuk mendapatkan keseimbangan potasium dalam diet sodium anda, fokus untuk makan makanan yang segar. Tip: Potasium tinggi terkandung di dalam sayur-sayuran hijau, tomato, kentang dan keledek. Anda juga boleh memilih buah-buahan seperti pisang, avokado, oren dan aprikot sebagai snek sihat. Selain itu, kekacang, tuna, salmon, susu dan yogurt juga tinggi potassium.
**media[179133]**
Kawal stres
Kunci kepada kenaikan tekanan darah tinggi di kalangan masyarakat adalah stres. Tubuh badan kita sebenarnya sedang bergelut apabila dalam keadaan tertekan. Secara fizikalnya, jantung akan berdegup lebih kencang dan saluran darah semakin menyempit.
Tip:
Ads
Dengar muzik yang perlahan untuk menenangkan sistem saraf. Pada masa sama, ia boleh mengurangkan tekanan anda.
Kurangkan bekerja dan beri masa untuk istirahat secukupnya.
**media[179135]**
Makan coklat
Walaupun coklat gelap mampu membantu mengurangkan tekanan darah namun awas, jangan diambil secara berlebihan! Coklat gelap dan koko amat kaya dengan flavonoids, iaitu sebatian tumbuhan yang melebarkan pembuluh darah. Tip: Walaupun nampak menggiurkan, hindari pengambilan coklat secara berlebihan. Khuatir dengan sifat coklat yang manis itu bakal mengundang penyakit lain!
**media[179132]**
Kurangkan berat badan
Mula kawal berat badan dari sekarang. Percayalah, penurunan berat badan akan memberi banyak manfaat lebih-lebih lagi menyentuh soal kesihatan. Tip: Cuba kurangkan pengambilan makanan segera, manis dan berkalori tinggi. Gunakan kaedah senaman setiap hari.
**media[179128]**
Berhenti merokok
Bermula Januari 2019, kerajaan Malaysia sudah mula menekankan bahaya rokok bukan sahaja kepada diri tetapi orang di sekeliling di kawasan terbuka. Langkah ini juga membantu menguruangkan risiko penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Tip: Selain menjamin kesihatan yang lebih baik, berhenti merokok bukan sahaja dapat menjaga kesihatan anda dan orang sekeliling tetapi boleh juga mengelakkan pembaziran.
Ads
**media[179131]**
Kurangkan gula dan karbohidrat
Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam diet anda. Ia sekaligus mengurangkan risiko penyakit darah tinggi.
Tip: Ingat, diet seimbang adalah penting untuk memastikan kesihatan tubuh anda terpelihara. Bersederhanalah dalam memilih makanan.
**media[179130]**
Makan beri
Beri bukan sahaja kaya dengan rasa yang enak malah ia juga baik untuk kesihatan jantung anda. Tip: Beri kaya dengan polifenol yang boleh mengurangkan tekanan darah dan masalah penyakit jantung lain.
**media[179129]**
Bermeditasi atau deep breathing
Kedua-duanya adalah teknik untuk mengurangkan stres. Ia menenangkan sistem saraf anda dan membuatkan anda berasa lebih tenang, memperlahankan degupan jantung dan mengurangkan tekanan darah. Tip: Lakukan di mana-mana sahaja tatkala tubuh dan fikiran sedang stres. Jangan biarkan perasaan tertekan itu terlalu lama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun masih muda dan baharu tiga tahun memulakan perniagaan tapi usahawan berjaya ini jelas tentang hala tuju syarikat yang diterajuinya. Nabella Anuar nekad melahirkan produk kosmetik sendiri apabila mencari produk penjagaan kulit yang selamat dan berkualiti tinggi serta mempunyai kesan terbaik terhadap kulit. Penubuhan Kayman Beauty ini lambang keberanian dan perjuangan wanita yang mesra disapa Bella ini.
Mengangkat Sarah Lee dan Christine Chang selaku Pengasas Jenama Kosmetik Glow Recipe sebagai idola, Nabella berhasrat mahu membantu ramai lagi anak muda untuk berjaya sepertinya. Menurut wanita yang gemar menghabiskan masa dengan membaca ini, beliau berazam dan mahu meningkatkan diri ke tahap yang lebih tinggi dengan menjadi pelabur untuk membantu anak muda lain melahirkan jenama kecantikan sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.
Bukan mudah untuk Pengarah Urusan, Kayman Beauty ini mengatur strategi di saat begitu banyak produk kecantikan di pasaran. Bercerita tentang sokongan yang diterimanya, “Suami menjadi pendorang utama untuk saya terus melebarkan empayar perniagaan ini. Saya terharu apabila suami sanggup berhenti kerja semata-mata mahu membantu mengukuhkan jenama ini. Keluarga saya terutama nenek dan ibu bapa bangga melihat apa yang telah saya capai dan terharu apabila saya mampu menghantar mereka melakukan ibadah umrah.
Kejayaan ini juga bukan hasil usaha saya seorang. Saya bangga mempunyai team yang sanggup berkorban demi Kayman Beauty. Masakan tidak, kerana team perintis Kayman Beauty ini merupakan rakan rapat saya sejak belajar lagi,” bicara Nabella yang beruntung mempunyai sahabat sejati sebagai tulang belakang perniagaannya dan bersungguh-sungguh mengusahakan jenama kosmetik ini.
Bersandarkan tagline, Your Skin’s Favourite Companion, label ini terus menerus mendapat sambutan hangat sejak dipasarkan pada tahun 2017. “Produk Kayman Beauty menggunakan bahan-bahan yang premium serta mempunyai pelbagai pilihan mengikut jenis masalah dan jenis kulit. Ia boleh dimiliki secara mudah daripada stokis dan agen kami di seluruh Malaysia.
Produk terbaru kami adalah Coalberry Cleanser yang mengandungi tiga bahan utama iaitu arang aktif, estrak madu dan 10 jenis ekstrak beri. Formulasi ini berkesan membuang kotoran dan sebum berlebihan daripada kulit serta bersifat antimikrob. Produk yang dilancarkan pada bulan September lalu membantu melembapkan kulit, sebagai antioksida untuk membantu penyembuhan dan menyerikan kulit.
Manakala pada bulan Oktober lalu pula, Kayman Beauty telah melancarkan tisu pembersih muka (facial cleansing wipes) yang diberi nama Wipe-it-all. Ia berkesan untuk menanggalkan mekap, sunscreen dan juga kotoran pada muka. Wipe-it-all mengandungi 2 bahan utama yang lembut pada kulit iaitu green tea dan aloe vera,” terang Nabella bangga jenamanya sebaris dengan jenama terkenal tempatan.
“Nasihat saya kepada usahawan kosmetik yang baru menapak dalam bidang ini, percaya kepada setiap proses. Jika kita mahu untung RM1 juta, cabaran yang akan kita hadap juga akan bernilai RM1 juta begitu juga sebaliknya,” tegas Nabella yang mendapat khidmat nasihat perniagaan daripada Sifu Jamal.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai wanita menganggap wajah pasti bersih kalau mekap ‘hilang’ dari mata kasar. Tidak semestinya. Tanpa cucian yang betul, liang pori mudah tersumbat seterusnya membiak bakteria serta menyebabkan banyak masalah kulit. Itulah sebabnya Hada Labo memperkenalkan Pore Refining Micellar Cleansing Water baharu, wajah bukan saja bersih malah liang pori juga sihat dan bebas bernafas!
Alangkah leganya bila mekap dibersihkan, muka rasa ringan dan segar selepas dicuci dengan Pore Refining Micellar Cleansing Water ni.
Kini anda boleh menanggalkan solekan dengan 1 sapuan tanpa menggosok muka berkali-kali untuk mencuci mekap kalis air. Itulah puncanya kedutan wajah dan garis-garis halus.
Pore Refining Micellar Cleansing Water tidak sekadar menanggalkan mekap termasuk produk kalis air dengan sempurna, malah dilengkapi banyak kelebihan lain.
Formulasi unik produk ini menepati ‘Cara Pembersihan Wajah Jepun’ iaitu liang pori dibersihkan dengan sempurna tanpa mengeringkan kulit, malah mampu melembapkan lagi kulit selepas cucian.
Semakin anda membersihkan semakin anda rasa terhidrat. Tak payah risau walaupun anda terpaksa menanggalkan solekan anda beberapa kali sehari.
MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAP
Sungguh menyenangkan. Mudah sangat nak cuci wajah dengan Pore Refining Micellar Cleansing Water, cuma sapu sisa mekap dengan pad kapas, dah bersih! Kulit pun tak kering atau rasa tegang sebab ia membersih sambil melembapkan.
Bukan solekan semata, produk ini juga:
• menghalang liang pori tersumbat
• menyingkirkan sel kulit mati
• mengurangkan jerawat
• mengecilkan saiz liang pori
• melembut dan menganjalkan kulit
Berbeza daripada produk Micellar Water lain di pasaran, produk Hada Labo ni langsung tak memedihkan atau mengeringkan kulit. Yang penting, formulasinya membuatkan anda tak perlu lagi menyental muka berkali-kali untuk membersihkan mekap kalis air. Silap-silap itulah puncanya muka berkedut dan timbul garis-garis halus.
FORMULASI UNIK
Dengan teknologi mikro-molekul pembersihan kulit yang unik, ia sangat berkesan untuk membersihkan semua jenis solekan kalis air di bahagian wajah, mata dan bibir.
Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water juga turut dirumus dengan bahan-bahan yang melembap dan menyihatkan kulit. Antaranya:
Rose water: Merawat dan mencerahkan tona kulit.
2 jenis asid hyaluronik: Untuk lembapan berganda.
2 jenis lipid (Phospholipids + Sphingolipids): Berfungsi sama seperti ceramida untuk menguatkan jaringan kulit dan meningkatkan lembapan.
Protein susu: Untuk menyihat, melembut dan melembapkan kulit.
Double enzymes: Untuk menghalang liang pori tersumbat, menyingkirkan sel kulit mati dan mencegah masalah blackhead atau jerawat.
Produk Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water tidak diuji ke atas haiwan, bebas alkohol, pewangi atau pewarna tiruan. Ia terbukti sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berjerawat.
Jadi tunggu apa lagi, dapatkan Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Wateranda sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.
Bukan persiapan mental semata, tapi persiapan kesihatan pada usia senja juga perlu dijaga umpamanya dengan mengamalkan Minyak Ikan Omega-3 dan CoQ10 kalau nak pakai badan lama!
Gaya hidup sihat bukan sahaja membantu mengekalkan tenaga, malah dapat mencegah pelbagai risiko penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan masalah jantung yang semakin tinggi seiring pertambahan usia.
Pengambilan suplemen sebagai salah satu langkah pencegahan juga dapat membantu tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi, terutamanya apabila badan mula kekurangan zat yang penting untuk kesihatan keseluruhan.
Kebaikan Minyak Ikan Omega-3 & CoQ10
Usia dewasa adalah waktu yang sangat sibuk. Mengamalkan suplemen adalah cara bijak untuk memenuhi keperluan vitamin yang diperlukan tubuh badan. Tapi, suplemen apakah yang terbaik untuk diamalkan?
Minyak Ikan Omega-3 terkenal dengan manfaatnya untuk kesihatan jantung. Kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang mengandungi asid lemak EPA dan DHA, yang terdapat dalam Omega-3 dapat menyokong kesihatan jantung secara menyeluruh.
EPA dan DHA berperanan dalam mengekalkan tahap trigliserida yang sihat serta membantu menstabilkan tekanan darah. Dengan manfaat ini, Omega-3 dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan fungsi kardiovaskular, menjadikannya pilihan penting untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung.
CoQ10 merupakan suplemen penting yang membantu mengekalkan tahap lipid darah yang sihat, termasuk trigliserida dan kolesterol, sekali gus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Ia berperanan mengurangkan pengoksidaan dan kerosakan akibat radikal bebas pada lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) iaitu kolesterol jahat yang boleh menyebabkan penyumbatan arteri.
Sebagai antioksidan, CoQ10 juga menyokong kesihatan saluran darah seperti arteri, vena, dan kapilari, memastikan peredaran darah yang lancar dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
GAYA HIDUP
Sebelum ditimpa penyakit, adalah lebih baik untuk mencegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Mulakan dengan senaman secara konsisten, yang membantu meningkatkan stamina dan kesihatan jantung.
Jaga pemakanan dengan memilih makanan yang seimbang dan berkhasiat, serta kurangkan makanan bergula dan berlemak. Pengambilan suplemen yang betul juga boleh menyokong keperluan nutrisi harian, memastikan tubuh mendapat zat penting yang mungkin tidak mencukupi melalui diet sahaja.
Hari Jantung Sedunia
Sempena sambutan Hari Jantung Sedunia, jenama suplemen terkenal dari Australia, BLACKMORES bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung.
Penting untuk memilih suplemen dengan reputasi terbaik. Suplemen atau makanan tambahan bukan sahaja perlu disahkan halal, malah dibuat mengikut standard pengilangan tertinggi, menepati piawaian GMP dan telah diuji selamat.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan suplemen jenama ini bolehlah berkunjung ke booth BLACKMORES di Aeon Mall, Shah Alam bermula 24-29 Sep 2024 ini pada jam 10.00 pagi – 10.00 malam. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan adalah:
Ceramah Kesihatan
Percubaan produk BLACKMORES
Pelbagai aktiviti menyeronokkan
Usah lepaskan peluang ini untuk memulakan gaya hidup sihat dari sekarang. Maklumat lanjut tentang produk BLACKMORES, boleh layari: https://www.blackmores.com.my/.