Siapa yang tak mengenali dengan pasangan selebriti sensasi, usahawan dan pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta dan suaminya, Zain Saidin bukan. Setiap hantaran di media sosialnya, sudah pasti menjadi topik perbualan hangat di kalangan warga maya.

IKLAN

Bilik Air Saja Kalahkan Hotel 5 Bintang! Bak Istana, Ramai Melopong Tengok Bilik Tidur AAISYAH DHIA RANA

Dan baru-baru ini, menerusi perkongsian sebuah akaun Tiktok @nurkhalaf ada berkongsikan sebuah video yang menunjukkan keadaan bilik tidur anak perempuan Che Ta telah tular di TikTok. Menerusi video terbabit, dapat dilihat pemilik video menerokai bilik tidur tersebut sambil ditemani Aaisyah.

@nurkhalafHeaven nya ampaaaaa Nak jadi anak Che Ta gak lah!♬ original sound – Nur Khalaf

Apa yang mengejutkan adalah keadaan dan saiz bilik tidurnya Aaisyah yang dilihat tersergam indah bak hotel lima bintang.  Bukan sahaja cantik tetapi ruangan biliknya juga cukup besar dimana ruangan bilik air juga dilengkapi dengan tab mandi disertakan dengan lantai jubin yang cantik sekali.

Bilik Air Saja Kalahkan Hotel 5 Bintang! Bak Istana, Ramai Melopong Tengok Bilik Tidur AAISYAH DHIA RANA Bilik Air Saja Kalahkan Hotel 5 Bintang! Bak Istana, Ramai Melopong Tengok Bilik Tidur AAISYAH DHIA RANA

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut melihat saiz bilik tidur dan bilik air Aaisyah yang besar serta cantik.

IKLAN

Ramai juga yang mengagumi bagaimana Che Ta sendiri yang sanggup berhabis demi kesenangan dan keselesaan satu-satunya anak perempuan kesayangan selain bersyukur dengan rezeki Allah S.W.T buat keluarga kesayangan ramai ini.

Menjenguk ruangan komen di akaun tersebut, ramai netizen terpegun dan mengatakan bahawa saiz bilik tidur Aaisyah sudah seperti sebuah rumah kondominium kerana luas, dan betapa bertuahnya Aaishah di mana dari kecil lagi sudah merasai tinggal di bilik tidur yang lengkap dan besar. Memang cantik sungguh kan!

IKLAN

Bilik Air Saja Kalahkan Hotel 5 Bintang! Bak Istana, Ramai Melopong Tengok Bilik Tidur AAISYAH DHIA RANA Bilik Air Saja Kalahkan Hotel 5 Bintang! Bak Istana, Ramai Melopong Tengok Bilik Tidur AAISYAH DHIA RANA Bilik Air Saja Kalahkan Hotel 5 Bintang! Bak Istana, Ramai Melopong Tengok Bilik Tidur AAISYAH DHIA RANA

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI