Personaliti Shiha Zikir yang ramah, bersahaja dan penuh sense of humor membuatkan sesiapa sahaja yang pernah bekerja dengannya berasa senang. Peribadi Shiha yang merendah diri dan menghormati orang sekeliling juga disenangi ramai.
Malah, sepanjang pembabitan Shiha sebagai anak seni jarang dengar kisah ‘kurang enak’ mengenai selebriti cantik ini.
Walau bergelar selebriti, anak bongsu daripada tiga beradik ini selesa ibu tersayang menemani dirinya ke mana sahaja. Termasuklah ketika menghadiri undangan persembahan. Biarlah dilabel anak manja sekalipun yang pasti Shiha lega melihat ibunya, Rohana Ibrahim sentiasa ada di sisi.
Selain aktif dalam bidang nyanyian, Shiha juga bijak mengambil peluang yang terbentang depan mata untuk melebarkan sayapnya ke arah perniagaan. Antara bisnes yang diusahakan figura ini termasuklah kanta lekap atau contact lens.
Dalam temu bual Nona dengan Shiha suatu ketika dulu, dia mendedahkan bisnes Shiha Lens ini turut mendapat sambutan daripada artis terkenal Indonesia seperti Inul Daratista dan Krisdayanti.
Ads
“Inul Daratista beli berpuluh-puluh kotak contact lens daripada stokis tanpa pengetahuan saya. Alasannya, dia tidak mahu saya memberikan diskaun harga kerana mahu support bisnes.
Malah, Krisdayanti juga pernah menunggu saya sehingga terbaring di lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk saya beri contact lens tersebut.”
Difahamkan Shila Lens turut dijual di SOGO, Kuala Lumpur dengan harga berpatutan. Tahun 2021 pula Shiha berjaya menghasilkan produk nota Planner keluarannya sendiri.
Ads
Terpancar kesungguhan Shiha dalam mengusahakan bisnes apabila mahu beri kepuasan terbaik kepada pelanggannya. Bahkan, Shiha berkata dia sanggup mengeluarkan modal permulaan perniagaan dengan hasil titik peluhnya sendiri.
“Saya tidak membuat sebarang pinjaman dan semuanya hasil daripada titik peluh sendiri. Sewaktu ingin memulakan perniagaan contact lens sekitar tiga tahun lepas, saya mengeluarkan hampir semua duit daripada akaun ASB. Alhamdulillah, dalam masa tiga bulan saya dapat pulangan duit modal kembali”, dedah Shiha yang enggan berhutang.
Pelbagai kejayaan dicapai Shiha saban tahun baik dalam kerjaya seni mahupun keusahawanan. Namun masih ada yang meragui kejayaanya itu sehingga boleh memiliki barangan berjenama seperti handbag dan kereta mewah. Sampai ada yang membuat andaian kehidupannya ‘ditaja’ atau ‘dibela’ seseorang.
Ads
“Perkara seperti ini tidak seharusnya ada dalam pemikiran mereka. Mereka tak tahu macam mana saya struggle untuk berada di tahap ini. Untuk memiliki handbag berjenama idaman, saya akan mengumpul duit sedikit demi sedikit. Saya pernah hidup susah dan saya tahu betapa peritnya untuk mengumpul duit,” jelas Shiha yang setia ditemani ibunya di sisi sepanjang temu bual.
Siapa sangka, wanita bertubuh kecil molek ini sebenarnya mempunyai bakat besar dan berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan akhir D’Academy Asia 2015 di Jakarta, Indonesia dan menjadi satu-satunya wakil Malaysia di peringkat akhir itu.
Shiha memulakan karier seninya sejak tahun 2010.”Saya sedar populariti tu perlu tapi tak terdesak sampai hendak create story kontroversi untuk popular. Alhamdulillah, rezeki saya cukup mungkin sebab saya jaga mak dari dulu lagi sejak arwah bapa meninggal tahun 2008.
Orang fikir dia ni tak popular sangat tapi rezeki saya cukup. Tiap minggu ada saja jemputan persembahan dinner dan rezeki cukup untuk menyara ibu, bayar duit kereta, rumah dan sebagainya.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena hari ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-73 pada 1 April lepas, bekas pembaca berita RTM yang kini Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan menyampaikan titah ucapan tahniah kepada stesen penyiaran terulung itu. Tanpa disangka, rakaman video berdurasi hampir satu minit 30 saat tersebut menarik perhatian peminat setia Tengku Permaisuri Norashikin yang meluahkan rasa rindu melihat baginda kembali membaca berita seperti sebelum ini.
Walau hanya mampu mendengar lantunan suara baginda dalam masa yang singkat… namun itu sudah memadai untuk mengubati kerinduan. Bahkan ramai yang terpaku mendengar gaya penyampaian Tengku Permaisuri Norashikin yang jelas, tenang dan penuh elegan.
“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulang Tahun RTM yang ke-73. Saya mendoakan semoga RTM terus menjadi stesen penyiaran yang dihormati dan disegani oleh sekalian rakyat.
Sebagai antara bekas kakitangan RTM yang pernah berkhidmat selama 20 tahun, RTM dan seluruh warga kerjanya di Angkasapuri telah saya anggap sebagai keluarga kerana sepanjang tempoh saya berkhidmat, ianya penuh dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak akan saya lupakan.
Selepas ini, saya ingin melihat RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama kepada para penonton dan pendengar.”
Tengku Permaisuri Norashikin yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-48 pada 4 Jun depan, sebelum ini pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2015.
Kredit foto: Instagram Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dari penggiat muzik nampaknya guru vokal terkenal ini sudah mula berjinak-jinak dalam perniagaan pula. Datuk Syafinaz pertama kali berniaga dan akui seronok. Lebih-lebih lagi apabila peminat kesayangan sanggup turun bertemu dengannya dan borong produk jualan pelantun lagu Persis Salju ini.
Penyertaan Datuk Syafinaz Selamat berniaga di Celebfest Ramadan di Singapura pada hujung Mac lalu nyata membuka pintu rezeki baharu buat dirinya. Figura cantik ini sama sekali tidak menyangka sambutan yang diterima daripada pelanggan cukup memberangsangkan.
Selama tiga hari festival itu berlangsung, kelihatan Datuk Syafinaz mesra melayan para tetamu di booth jualan PETAPAS.
“Pengalaman pertama berniaga – Seronok sangat! Terima kasih warga Singapura atas sambutan yang sangat-sangat memberangsangkan. Your support is much appreciated.
Terima kasih juga kepada yang DM memberikan feedback yang menggembirakan saya dan team PETAPAS. Kepada yang membeli berbalang-balang (ada yang beli sampai 26 balang!!) dan masih ada yang repeat order sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah, God bless you and enjoy the biscuits! InsyaAllah kita jumpa lagi tahun depan dengan seleksi kuih raya yang lebih meriah!”
Terdapat pelbagai perisa kuih dijual antaranya kuih kacang, kuih tiram, tat nanas dan bangkit cheese.
Meniti usia 51 tahun, nama Datuk Syafinaz sinonim sebagai juri program realiti nyanyian. Meskipun mencecah umur 50an, pesona dan wajah selebriti ini kelihatan awet muda dan cantik!
Apatah lagi, dia bijak menjaga penampilan diri dan memiliki susuk tubuh ramping persis model! Sekaligus membuatkan wanita ini kelihatan menawan dalam apa jua persalinan.
Penyanyi kelahiran Johor ini juga dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Pingat berkenaan dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan pada tahun 2018.
Sekitar April 2021, Datuk Syafinaz melancarkan single berjudul Persis Salju. Kerinduan peminat kepada penyanyi bersuara antarabangsa ini terubat menerusi lagu berkenaan memandangkan hampir 20 tahun menunggu ‘buah tangan’ dari Datuk Syafinaz.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai pengembara, setiap tahun saya akan memperuntukkan masa khusus untuk bercuti ke beberapa destinasi terdekat dan satu destinasi jauh. Selain dapat merehatkan minda dan tubuh, aktiviti mengembara banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar. Jika merancang ke negara yang jauh, selalunya saya akan membuat penyelidikan terlebih dahulu dan ia mengambil masa yang lama kerana saya seorang yang sangat teliti.
RANCANG AWAL
Penghujung tahun 2017 saya memilih New Zealand sebagai destinasi kembara bersama tiga rakan iaitu Noorzaini, Hamidah dan Raja Zarina. Tempoh pengembaraan ini mengambil masa 17 hari bermula pada 10-27 November 2017.
Kami membeli tiket ke Auckland lebih kurang setahun awal. Saya banyak membaca, bertanya rakan-rakan yang pernah pergi dan mencari lokasi-lokasi menarik yang mesti disinggah melalui peta New Zealand yang dikirimkan oleh kerajaan New Zealand.
10 NOVEMBER 2017
Perjalanan bermula dari KLIA 2 ke Auckland. Masa perjalanan lebih kurang 12 jam dan singgah transit di Gold Coast selama sejam. Sepanjang di New Zealand kami memilih untuk menyewa kereta.
11-14 NOVEMBER 2017
Kami berjalan-jalan di sebelah utara New Zealand dan bermalam di Auckland City, Rotorua, Taupo dan Matamata. Pengalaman bergaul dengan backpackers yang lain cukup menarik. Kami berkongsi dapur dengan backpackers seluruh dunia. Kami turut dapat merasai tinggal di apartmen, motel, homestay dan Breakfast & Bed (BnB). Semua pengalaman ini sangat mahal walaupun masa untuk berada di bilik hanyalah pada sebelah malam.
Kemudian, kami bermalam di pekan kecil Matamata dan mengambil tour ke Hobbiton keesokan paginya. Memandangkan November waktu puncak, kami turut menempah awal semua penginapan bagi mengelakkan bilik penuh dan mahal.
15-25 November 2017
Kami bertolak ke Pulau Selatan New Zealand dengan menaiki penerbangan domestik, Jetstar. Kebanyakan tempat di New Zealand cantik-cantik antaranya bukit bukau, ladang kambing biri-biri yang kehijauan, ladang carnola dan pelbagai tumbuhan liar. Kami beruntung kerana dapat merasai musim bunga dan musim panas di sana.
Kami hanya membawa periuk nasi travel di samping perencah tomyam dan nasi goreng. Sesekali kami ada juga singgah makan di restoran masakan Melayu (Auckland) dan juga restoran fish n chips halal (Queenstown). Sepanjang berada di sini kami melakukan pelbagai aktiviti setiap hari seperti bermain Luge dan menaiki Gondola di Queenstown Skyline. Kami juga berpeluang mendaki ke Hooker Valley (Mount Cook) dan menaiki Cruise di Milford Sound.
Kami juga sempat singgah di kolam ternakan salmon, High Country Salmon dan berpeluang memberi makanan kepada salmon. Kami juga tidak melepaskan peluang membeli salmon segar dan yang telah dimasak di situ. Pada hari ke 16, kami terbang semula ke Auckland dan bersiar-siar di sekitar bandar Auckland sebelum pulang ke Kuala Lumpur keesokkan harinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!