Kehadiran bintang antarabangsa serta ikon kecantikan Korea, Tiffany Young yang tersohor dengan kumpulan ikonik Girls’ Generation menjadikan acara Eucerin Spotless Brightening cukup Istimewa.
Rahsia Kulit Cerah Berseri Tiffany Young
Menurut Tiffany, “Bagi saya, kulit cerah berseri tanpa tompok hitam bukan hanya menyembunyikan kekurangan tetapi lebih kepada memberi penjagaan terbaik kepada kulit.”
Tambahnya lagi, “Saya percaya kepada bahan yang terbukti secara saintifik. Sebab itulah saya memilih Eucerin Spotless Brightening Serum dan Body Lotion. Ia membantu mengurangkan tompok hitam serta mengekalkan seri semula jadi yang sekata dan tahan lama.”
Sains & Kecantikan Bersatu
Eucerin, jenama penjagaan kulit terkemuka dunia dengan lebih 120 tahun kepakaran dermatologi, menganjurkan Spotless Brightening Event yang memperlihatkan bagaimana penjagaan kulit berasaskan dermatologi mampu mengubah kehidupan serta mengekalkan kedudukannya sebagai Jenama Penjagaan Wajah Derma No.1 di Malaysia.
Ads
Acara ini turut menampilkan hasil sebenar daripada pengguna bagi penjagaan wajah dan tubuh dengan memberi tumpuan kepada masalah kulit paling biasa iaitu tompok hitam dan pigmentasi.
Keberkesanan Thiamidol
Dikuasakan oleh bahan anti-bintik hitam paling berkesan, Thiamidol hasil lebih daripada 10 tahun penyelidikan berterusan. Bahan aktif berpaten ini menjadi teras utama kepada Spotless Brightening Booster Serum dan Spotless Brightening Body Lotion.
Terbukti secara klinikal dan dermatologi, serum ini membantu mengurangkan tompok hitam di permukaan mahupun yang belum muncul dalam lapisan kulit dengan kadar keberkesanan sehingga 97%, manakala losen badan yang diformulasikan untuk mencerahkan kulit seawal penggunaan pertama membantu tona kulit menjadi lebih sekata serta mengembalikan kecerahan semula jadi.
Ads
Piawaian Dalam Penjagaan Kulit Berpigmentasi
Thiamidol kini dianggap sebagai piawaian emas dalam penjagaan kulit berpigmentasi, menawarkan penyelesaian terbaik untuk mendapatkan kulit yang cerah sekata dan sihat berseri.
Para peminat turut berpeluang mendekati Tiffany Young menerusi sesi Meet & Greet yang istimewa, meraikan sinergi antara kecantikan, sains dan pesona selebriti.
Spotless Brightening Body Lotion
Ads
Walaupun Spotless Brightening Booster Serum telah lama diiktiraf sebagai penyelesaian terbaik untuk masalah tompok hitam, acara kali ini memberi tumpuan khas kepada Spotless Brightening Body Lotion, yang diformulasikan untuk bahagian tubuh yang sering terdedah kepada cahaya matahari namun sering diabaikan seperti bahu, lengan dan belakang badan.
Hasil Terbaik
Di atas pentas, pakar kulit turut berkongsi pandangan klinikal serta rutin penjagaan dermatologi berasaskan Thiamidol, diikuti perkongsian pengguna sebenar yang berkongsi perjalanan mereka berhadapan kulit sensitif dan tona tidak sekata.
Bagaimana rutin konsisten menggunakan Eucerin Spotless Brightening membantu mereka mendapatkan tona lebih sekata dan keyakinan menyeluruh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Keyakinan Diri Bermula Dengan Kulit Sihat
“Hari ini ia bukan sekadar tentang produk; ia tentang bagaimana penjagaan kulit dan sains membuka jalan kepada keyakinan diri,” ujar Dr. Vierhaus.
“Kami percaya apabila kulit terasa lebih sihat, seseorang akan tampil dengan cara berbeza seperti di tempat kerja, dalam kehidupan dan bagaimana mereka mempersembahkan diri kepada dunia.”
Bukan sahaja kelihatan awet muda tapi sepanjang 12 hari itu juga kulit menjadi lebih sihat, berseri dan yang paling seronok tidak perlu mengenakan mekap tebal lagi. Boleh jimat masa dan keyakinan diri pun makin bertambah! Iyalah, bila penampilan nampak cantik.. secara automatik wanita akan rasa selesa, menarik dan yakin untuk bertemu khalayak.
Sebenarnya tidak susah pun hendak memiliki kecantikan dalaman dan luaran. Kunci utama, seseorang itu perlu ada sikap konsisten dan disiplin dalam mengamalkan apa yang mereka percaya mampu membuatkan diri kelihatan cantik. Macam yang dikongsikan aktres cantik, Siti Saleha ini.
“Saya sangat percaya kecantikan bukan hanya tentang kecantikan luaran sahaja tetapi bagaimana perasaan anda tentang kulit sendiri. Orang mungkin memberi komen mengenai rambut, penampilan dan macam-macam lagi tetapi jika anda mempunyai kulit yang sihat dan berasa selesa dengan kulit yang dimiliki, itu akan membuatkan anda rasa benar-benar yakin.
Hal ini berlaku kepada semua orang tanpa mengira usia. Kulit saya kelihatan lebih muda dan rasa lebih sihat selepas mengamalkan BRAND’S InnerShine Pati Prun dengan Vitamin E setiap hari walaupun dengan mekap minimum ia terasa semula jadi.
Saya yakin anda akan melihat kesan yang dikehendaki dari masa ke masa jika anda melengkapkan regimen kecantikan harian dengan nutrien yang sesuai untuk badan anda seperti yang terkandung dalam produk ini. Disiplin seperti ini kadang-kadang jadi mencabar untuk mengikut rutin yang disyorkan, tetapi anda akan meraih ganjaran pada akhirnya.
“Menerusi formulasi baharu BRANDS InnerShine Pati Prun dengan Vitamin E, ia mampu menyihatkan kulit sekaligus menyerlahkan kecantikan dalaman secara semula jadi. Ini terbukti hasil ekstrak buah prun tulen yang terkandung di dalam minuman kecantikan popular InnerShine yang kaya dengan serat diet.
Tidak hanya menggalakkan sistem percernaan yang baik, khasiat prun premium dari California ini juga berupaya menyingkirkan toksin dalam badan agar tubuh lebih sihat menyeluruh. Bahkan pelbagai manfaat kecantikan dan kesihatan diperoleh daripada pengambilan BRANDS InnerShine Pati Prun dengan Vitamin E terutamanya jika diamalkan selama 12 hari berturut-turut.
Mempunyai tinggi serat yang melancarkan sistem pencernaan, melindungi dan memperbaiki kulit dari dalam.
Kandungan Vitamin E melembapkan dan menjaga kulit dari dalam supaya ia kekal sihat dan tidak kering.
Pengambilan Vitamin E secara kerap merangsang penghasilan kolagen dan mempercepat semula sel bagi mengekalkan wajah muda berseri-seri.
Anti oksida yang terdapat di dalamnya melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Kini dengan kandungan 10 mg Vitamin E di dalam setiap botol BRANDS InnerShine Pati Prun melengkapkan diet harian dengan membantu memenuhi keperluan diet yang disyorkan iaitu 15 mg sehari untuk kulit wanita biasa mendapatkan perlindungan dari dalam.
Jadi, sekiranya anda mahu kelihatan cantik berseri, awet muda dan sentiasa kelihatan menarik seperti Siti Saleha.. amalkan BRANDS InnerShine Pati Prun hari ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejujurnya, pernahkah anda terfikir, cara yang diamalkan selama ini menjadi penyebab kerosakan pada rambut dan kulit kepala? Kali ini, Nona kongsikan kaedah yang betul untuk mencuci rambut.
Sebelum membasuh, sikat rambut terlebih dahulu. Rambut yang kusut penyebab rambut menjadi lebih kusut.
Basahkan rambut dan kulit kepala dengan air hangat yang akan membuka kutikel dan bersih daripada minyak dan kotoran. Lebih baik di bawah pancuran atau pili air yang mengalir.
Tuang syampu secukupnya pada telapak tangan, lalu gosok perlahan hingga berbuih. Sapukan pada rambut dan kulit kepala sambil melakukan urutan dengan hujung jari untuk melancarkan peredaran darah.
Elakkan menggaru dengan kuku kerana akan mencederakan kulit kepala dan penyebab alahan.
Bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kutikel yang sebelumnya telah terbuka.
Perah rambut dengan lembut untuk mengurangkan kadar air. Oleskan perapi secukupnya pada helaian rambut sahaja.
Untuk mengeringkannya, perah rambut perlahan dan tempelkan pada tuala. Biarkan rambut kering dengan sendirinya.
Bagi jenis rambut berminyak, disarankan dicuci setiap hari. Untuk rambut normal dan cenderung kering, cuci rambut 2 ke 3 kali seminggu.
TIP SELEBRITI
(a) Rambut Berkilau ala Kelly Brook
Jika anda mempunyai rambut yang cenderung kering dan bercabang, elakkan air hangat saat ramas dan gunakan deep conditioner yang mempunyai tekstur krim yang lebih pekat sehingga dapat melembapkan rambut secara lebih mendalam.
(b) Rambut Sihat Gwyneth Paltrow
Gwyneth mengamalkan pemakanan berunsurkan bahan organik agar rambut selalu sihat dan bersinar.
(c) Rambut beralun Elle Macpherson
“Saya selalu mengurut kulit kepala selama beberapa minit setiap hari. Ia bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah menjadikan kulit kepala tetap sihat dan pertumbuhan rambut menjadi lebih kuat,” ujar bekas supermodel dan pemilik brand kecantikan ‘The Body’ ini.
TRIVIA RAMBUT
RAWAT SIKAT ANDA
Bersihkan sikat secara rutin dengan syampu bayi dan titisan air limau diikuti dengan memberus serta dibilas di bawah air mengalir.
ELAKKAN RAMBUT BERCABANG
Lakukan trimming rambut di salun sebulan sekali. Kebiasaan ini berguna untuk membuang hujung rambut yang telah bercabang dan rosak. Jika tidak sempat melakukan rawatan ini di salon, gunting hujung rambut bercabang di rumah. Seterusnya lakukan rawatan topeng (mask) rambut.
NUTRISI RAMBUT
Kekacang dan daging termasuk ikan salmon yang kaya dengan protein, omega3, zink dan vitamin B. Kandungan tersebut membantu menutrisi rambut daripada dalam sekaligus memperbanyakkan sel darah merah yang membawa oksigen ke setiap helaian rambut.
APLIKASI SERUM
Sapukan serum rambut ketika mengeringkan rambut menggunakan hair dryer. Serum ini berguna sebagai pelindung serta rawatan tambahan agar rambut tidak mudah rosak . Pilih yang mempunyai kandungan macadamia dan minyak argan untuk menutrisi, melembutkan dan memberi kilau pada rambut tanpa menjadikannya lepek.
PILIHAN TUDUNG
Gunakan hijab warna putih atau cerah pada keadaan udara panas. Hijab berwarna gelap lebih cepat menyerap panas yang menyebabkan keadaan lembap di sekitar kepala dan rambut. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Haruman segar yang melekat di tubuh mampu meningkatkan keyakinan diri semasa berhadapan dengan orang lain dan menyerlah personaliti diri. Hanya menyembur ke atas nadi di atas kulit membuat tubuh segar mewangi berpanjangan. Aroma harum dan segar mampu menyuntik ketenangan buat si pemakai. Siapa yang tidak tergoda dengan aroma harum dan segar saat berselisih di antara satu sama lain.
BOSS THE SCENT
Teroka keindahan haruman yang mampu membangkitkan aroma segar dan harum begitu mengasyikkan. Hugo Boss telah mempersembahkan BOSS THE SCENT For Her yang lembut namun penuh ketegasan. Menyentuh aura feminin dengan kombinasi Pink Pepper, Green Mandarin dan Freesia Blossom serta Orange Blossom penuh pesona. Semburan haruman yang lembut menyentuh kulit kekal sepanjang hari.
GUCCI BLOOM ACQUA DI FIORI
Bayangkan anda berada dalam sebuah ladang yang dipenuhi dengan bunga-bunga segar berkembang. Bukan sahaja menyaksikan panorama indah malah haruman segar yang terbit daripada ribuan kuntum bunga menyuntik semangat yang tidak terkata. Mengambil inspirasi bunga-bungaan segar Gucci telah melancarkan Bloom Acqua di Fiori yang segar dengan haruman memikat. Menyentuh hati wanita dengan Jasmine buds, Rangoon Creeper dan Tuberose, serta sensasi base of musk dan sandalwood. Setiap semburan yang melekat di atas kulit membangkit ketenangan yang abadi.
L’OCITTANE TERRE DE LUMIÈRE
L’ocittane buat pertama kalinya telah mempersembahkan haruman indah yang mengambil inspirasi dari Provence. Menelusuri benteng dengan udara nyaman diikuti dengan kuasa matahari waktu senja menyentuh lembut di atas kulit. Menagih suasana ini lantas dipersembahkan dengan wangian terbaharu, Terre de Lumière. Disuntik dengan haruman segar daripada Zetsy serta balsamic dan musky base notes. Hadir bersama rekaan botol rona keemasan tampil mewah dan membanggakan.ETERNITY AIR CALVIN KLEIN
Garapan rasa cinta dan sensual bersatu dengan kecantikan elemen semula jadi menggambarkan haruman terbaharu Calvin Klein kali ini. Mencipta aroma segar signatur Eternity Calvin Klein memerangkap atmosfera lembut dan harum. Eternity Air, minyak wangi yang mencetuskan tenaga yang sukar ditepis dan membangkit aura berani namun feminin.
MOSCHINO GOLD FRESH COUTURE
Rona keemasan sentiasa memukau pandangan mata apatah lagi tersimpan haruman segar mewangi di dalamnya. Haruman berbentuk unik ikonik botol semburan pembersih yang lain daripada yang lain ini ternyata benar-benar memikat hati wanita yang mencintai minyak wangi. Menyatukan haruman lembut flora dan buah-buahan sehingga mencetus haruman memikat.
GIVENCHY DAHLIA DIVIN
Aroma yang tepat akan menjadi amunisi andal untuk menakluki setiap momen indah dalam kehidupan wanita. Setiap wanita mempunyai personaliti yang berbeza begitu juga dengan pemilihan minyak wangi. Ekspresi diri dengan haruman indah memikat Dahlia Divin ini. Menyerakkan aroma indah sebaik sahaja disemburkan pada kulit dan kekal berpanjangan sepanjang hari.
GIVENCHY LIVE IRRÉSISTIBLE BLOSSOM CRUSH
Givenchy sebuah jenama antarabangsa yang terkenal seantero dunia tidak pernah salah dalam mencetuskan aroma yang begitu memikat dalam rangkaian minyak wanginya. Kali ini telah memperkenalkan Live Irrésistible Blossom Crush yang melonjak kegembiraan yang sebenar dalam diri setiap wanita. Bunga mawar tetap menguasai elemen yang disuntik dalam minyak wangi yang dihias dalam sebuah botol nan indah. Setiap semburan mengabadikan sejambak bunga mekar segar mewangi dalam taman inderaloka.
YSL MON PARIS COUTURE
Menggamit kehangatan cinta di Kota Paris yang diadaptasi dalam sebotol haruman penuh pesona. YSL Beauté telah memperkenalkan Mon Paris Couture Eau de Parfum yang diadun sempurna dengan keharuman flora dan sitrus demi menyemarakkan rasa cinta yang sebenar.
MOSCHINO SO REAL CHEAP & CHIC!
Haruman segar mampu membangkitkan aura dalaman untuk memulakan hari dengan lebih aktif. Rangkaian jenama terkenal Moschino mempersembahkan haruman moden memikat dengan kehadiran So Real Cheap & Chic yang digarap sempurna dengan esen bunga sitrus segar dan orange, mandarin, jasmine serta cedar.
PARIS HILTON ROSÉ RUSH
Dibaluti perasaan indah di alam percintaan mencipta kemuncak yang sukar dimengerti. Rangkaian wangian Paris Hilton telah mengungkapkan perasaan ini dengan haruman indah melalui Rosé Rush. Kombinasi haruman segar flora dan buah-buahan di samping bentuk botol yang menggoda pasti menyemarakkan rasa cinta dalam diri wanita.
JUICY COUTURE VIVA LA JUICY SOIRÉE
Wanita dan minyak wangi bagai sudah sinonim dan sukar dipisahkan. Terkenal dengan haruman yang mempesonakan. Viva La Juicy Soirée dipersembahkan dengan adunan ekstrak Pink Kiwi, Sparkling Mandarin dan Cassis Leaves yang menjadi nadi haruman yang menggoda ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.