
Seiring peredaran zaman, elemen dekorasi turut mengamali peralihan. Antaranya ialah sentuhan gaya untuk ruang tamu berkonsepkan moden. Untuk menerapkan nuansa ruang tamu gaya moden memerlukan beberapa cara iaitu:
MEJA KOPI
Reka bentuk meja kopi lazimnya berukuran lebih kecil namun jauh lebih estetik dan menarik jika anda mengaplikasi saiz yang lebih kecil untuk memudahkan aliran pergerakan di ruang tamu.
JANGAN TERLALU DEKAT DENGAN DINDING
Konsep rekaan ruang tamu yang baik dan tepat adalah yang meletakkan perabot yang tidak terlalu dekat dengan area dinding. Ia tidak tertuju hanya pada area dinding ruang tamu.
LETAK RAK DI BELAKANG SOFA
Tiba masanya untuk menambah elemen lain ke ruang tamu supaya boleh terlihat segar dan berbeza daripada kebiasaan. Contoh, ruang tamu boleh dijadikan sebagai salah satu ruang untuk menyimpan koleksi buku yang disusun kemas dalam rak panjang bagi memberikan aksen pada ruang.
KOMBINASI VINTAJ
Ruang tamu dengan gaya moden bukan didominasi oleh perabot yang mempunyai rakaan futuristik sahaja bahkan boleh digabungkan dengan barangan vintaj. Aksen estteik yang menarik boleh memberikan nuansa berbeza pada gaya moden ruang tamu dan mengindahkan pandangan.
MAINAN WARNA
Jika gaya moden dengan nuansa monokrom, semestinya akan menghadirkan warna-warna lain serta rak dinding bagi memperindahkan sekitar ruang tamu. AMY MOHD
Serangan Sakit Telinga Ketika Hamil, ‘Earphone’ Boleh Jadi Punca!

Kehamilan merupakan proses yang indah namun kompleks untuk setiap wanita. Tidak dinafikan ibu hamil mudah terdedah kepada beberapa gejala ekoran perubahan hormon pada tubuh mereka. Ada di antara wanita hamil berhadapan dengan simptom seperti mengidam makanan, cepat letih, sakit gigi, perut kembung dan sembelit. Namun begitu, usah pandang ringan jika anda mengalami sakit di bahagian telinga.
Berdasarkan jurnal dan kajian kesihatan terhadap wanita hamil, masalah pendengaran ini bukan lagi sesuatu yang asing. Namun, ia bersifat sementara dan akan hilang sebaik melahirkan bayi. Secara lazimnya, gangguan ini berlaku pada pertengahan atau akhir usia kehamilan. Serangan sakit telinga ini boleh berlarutan selama tiga hari tanpa diketahui puncanya dan hanya melibatkan sebelah telinga sahaja. Malah, ibu mengandung juga tidak mampu mendengar bunyi atau suara pada gelombang frekuensi yang lebih rendah daripada 30 desibel.
Meskipun gejala ini tidak memerlukan rawatan dan mampu pulih sepenuhnya namun ia tetap mungkin berulang pada kehamilan seterusnya. Ramai para saintis menganggap sakit telinga di kalangan ibu hamil terjadi akibat peningkatan hormon dan pengumpulan air dalam tubuh. Pun begitu, ia turut boleh disebabkan faktor lain yang lebih kompleks.
PUNCA
- Masalah pendengaran lebih dirasakan wanita hamil yang mengalami tekanan emosi seperti terlalu risau atau dijangkiti virus pada rongga hidung dan tekak. Pakar juga tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada alahan.
- Jangkitan virus yang hinggap di rongga hidung dan tekak boleh menyebabkan saluran tersumbat kerana kehadiran lebih lendiran dan virus. Ia secara tidak langsung membuatkan bahagian telinga yang mengawal saraf pendengaran terjejas.
- Maka, kegagalan fungsi ini akan diikuti dengan masalah pening dan rasa berdengung dalam telinga atau dikenali sebagai Tinnitus.
Buat ibu hamil yang mengalami situasi gangguan pendengaran saat hamil boleh mencuba beberapa tip berikut.
- Radang rongga telinga akan terasa lebih nyaman dengan pemberian ubat titis daripada doktor.
- Usahakan keseimbangan liang udara telinga. Jangan biarkan telinga tertutup lama oleh earphone atau headset.
- Hindari makanan yang boleh membuatkan telinga bertambah bengkak dan sakit seperti makanan laut, ayam dan telur.
PANDANGAN PAKAR
Beberapa saintis mencadangkan pengambilan suplemen Coenzyme Q10 dan dikombinasikan dengan vitamin E untuk merawat masalah pendengaran di peringkat awal. Bagaimana pun, jika sakit ini adalah sesuatu yang kronik, makanan sampingan ini hanya mampu mengurangkan sakit dan bukan bersifat merawat.
Kebanyakan wanita hamil tidak menyedari mereka mengalami masalah pendengaran yang tidak ketara. Misalnya masalah otosclerosis iaitu kerosakan pada tulang kepala secara beransur-ansur dan berdepan risiko kerosakan saraf. Ada wanita yang menghidap otosclerosis tanpa disedari dan apabila hamil, tanda tersebut semakin jelas dan boleh memudaratkan. Justeru, pesakit harus berjumpa dengan doktor ENT kerana rawatan yang lebih terperinci diperlukan untuk mengembalikan pendengarannya.
Penggunaan alat bantuan pendengaran akan dicadangkan kepada ibu hamil sekiranya ia kekal dan tidak dapat dirawat. Selain itu, pembedahan cochlear implant turut boleh dilakukan bagi merangsang saraf dan menambah sensitiviti telinga untuk mengesan gelombang.
EMMA KHALID Kongsi Citarasa & Gaya Hidup MEWAH Dalam Dekorasi. Memang Hebat!

Sangat terpegun dengan paparan dekorasi mewah dan eksklusif yang diadaptasikan pada setiap ruang kediaman mewah ini. Sejak dulu hingga kini gaya klasik Inggeris dan Eropah sentiasa menjadi pilihan tuan rumah yang juga pemilik syarikat hiasan dalaman My Home Gallery, Emma Khalid.
Ternyata dengan kepakarannya selama 11 tahun dalam bidang interior, Emma Khalid berjaya menterjemahkan idea kreatifnya yang cukup ‘mahal’ dan tersendiri. Setiap ruang diberikan olahan berbeza namun masih mengekalkan mood elegan seiring dengan karakter Emma Khalid.


“Saya memilih gaya klasik Inggeris dan English kerana ia tak lapuk dek zaman dan tak membosankan. Kalau nak ikut trend pun biasanya saya cuma bermain dengan warna berbanding konsep.
Apa pun kombinasi warna hitam, beige dan krim sentiasa nampak elegan dan diguna pakai untuk apa jua konsep, mood serta zaman. Saya banyak beri tumpuan kepada ruang tamu termasuk ruang dapur basah dan dapur kering.”
GEMARKAN CUSTOME-MADE
“Kebanyakan item dalam rumah ni custom-made seperti sofa, langsir dan kertas dinding. Saya sendiri yang buat rekaan dan pilih fabriknya, kemudian hantar kepada carpenter. Saya suka custom-made kerana rekaannya lebih tersendiri dan eksklusif.
Rumah ini turut diubah suai secara keseluruhan. Salah satunya saya buat french window yang memberi tampilan baru dan segar. Tapi dalam masa yang sama saya tetap mengekalkan konsep klasik Inggeris dan Eropah bagi setiap ruang.
Saya juga menyediakan powder room untuk kegunaan tetamu yang terletak di tingkat bawah bersebelahan ruang makan.”

OLAHAN BERBEZA
Emma Khalid turut menjadikan rumahnya sebagai ruang pamer bagi memudahkan klien mendapatkan khidmat rundingannya sebagai pereka hiasan dalaman. Secara tak langsung mereka dapat melihat, menyentuh dan merasai sendiri keseluruhan elemen dekorasi yang diterapkan.
Bersebelahan ruang tamu Emma Khalid menempatkan ruang makan dilengkapi set meja makan bersaiz dempak. Di sini Emma Khalid menerapkan motif sedikit sarat dengan penggunaan kertas dinding rona gelap. Penggunaan langsir rona terang dan cermin besar di dinding menjadikan ruang ini terlihat lebih luas.
Rona putih yang mendominasi ruang dapur kering sangat memberi ketenangan. Di sini Emma Khalid turut menyediakan ruang keluarga dilengkapi sofa dan televisyen bagi memudahkan ahli keluarga berkumpul.

RUANG KAMAR
“Untuk bilik anak perempuan, saya menerapkan warna ungu. Manakala konsep bilik tidur anak lelaki bersesuaian dengan statusnya sebagai anak bujang. Untuk anak kembar pula saya gabungkan warna biru dan pink.
Walaupun saya memberi kebebasan untuk mereka memberikan idea tetapi idea utamanya daripada saya sendiri.”

Untuk bilik tidur utama setiap dindingnya dipenuhi dengan cermin menjadikan ruang ini lebih luas. Ia turut dilengkapi ruang wardrobe yang membiaskan aura mewah serta ekslusif.
Pilih Tema Fairy Tales, Jurutera Wanita Berjiwa Lasak Ini Terjemah Sisi Feminin Melalui Dekor

Siapa sangka, seorang yang berjiwa kental dan lasak sebagai Jurutera Elektrik yang memegang jawatan sebagai Pengarah Projek (Grid Construction) di Tenaga Nasional Berhad, wanita berusia 41 tahun ini menterjemahkan sisi femininya melalui dekorasi kediaman mewahnya ini. Sweet dan sejuk mata memandang!
Ibu anak 3 iaitu Surina Mohd Zain yang berasal dari Selangor ini memilih kediaman jenis semi D dua tingkat yang diinap pada penghujung tahun 2020.
“Saya tinggal di rumah ini sejak Oktober 2020. Proses ubah suai bermula pada November 2019 lagi tetapi disebabkan PKP 1.0 kami lewat sedikit untuk masuk rumah. Dari segi konsep dekorasi, sebenarnya saya mendapat idea daripada minat anak-anak terhadap kumpulan Kpop terkenal iaitu Blackpink dan BTS. Saya memilih dusty pink and black sebagai warna tema. Secara ringkasnya kediaman ini berkonsepkan minimalis, sistematik dan diberi sedikit sentuhan fairy tales.
Saya bukanlah kreatif sebaliknya seorang daydreamer. Minat terhadap dekorasi apabila saya melihat rumah rakan-rakan yang mempunyai dekor cantik. Selain itu, saya juga gemar menonton cerita-cerita animasi seperti ‘Alice in Wonderland’ dan lagu-lagu ‘Humpty Dumpty’. Maka saya pun terjebak dengan idea-idea itu bila ada rumah sendiri.
Rumah ini mempunyai 5 bilik tidur yang mana setiap bilik lengkap dengan tandas privasi. Selain itu, memandangkan rumah saya tidak menghadap rumah orang lain jadi mudahlah untuk saudara mara atau ahli keluarga nak parking kereta.
Ruang favourite saya semestinya glass gazebo yang menghadap kolam renang sekaligus memberikan ketenangan. Ianya dikelilingi dengan kehijauan serta bunga-bungaan umpama di ‘Alice in Wonderland’. Sofanya pula berkonsepkan stail ‘Humpty Dumpty’ termasuk tile bercorak bunga-bunga. Selain itu, adakalanya ruang ini saya jadikan sebagai bilik karaoke keluarga untuk menghilangkan kebosanan dan stres.
Barang-barang dekor ada yang saya dapatkan dari sosial media contohnya Instagram. Manakala perabot saya custom made. Ada juga saya beli secara online seperti Alibaba Apps dan berkomunikasi melalui WeChat. Untuk kontraktor dan wainscotting saya dapat kontek dari Instagram.
AKTIVITI SEPANJANG PKP
Sejak PKP dan lockdown, masa saya diisi dengan bekerja dari rumah termasuk memantau PdPR (Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah) anak-anak. Apa pun saya bersyukur kerana dapat menghabiskan masa bersama anak-anak di samping menjalankan tugas seperti biasa (WFH). Jika waktu mesyuarat dan PdPR bertindih, anak perempuan saya akan membantu adik-adiknya untuk masuk online class.
Kami sekeluarga umpama teamwork yang saling membantu. Jadi, kita nampak hikmah di situ. Pada malam hari pula saya akan connect HP dan mobile speaker di ruang tamu untuk mengimarahkan rumah dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta tazkirah yang saya sertai melalui program Live FB dan Instagram.
Sejak PKP lagi saya sudah upgrade menu-menu masakan kerana banyak masa. Selalunya saya akan masak menu yang berat-berat ketika hujung minggu kerana tidak WFH. Anak-anak saya suka makan pulut kuning dan nasi dagang. Satu lagi menu istimewa saya ialah daging rendang berperisa kicap kari yang merupakan resipi tradisi daripada ibu saya.
NASIHAT BUAT WANITA
Nasihat saya buat wanita-wanita yang sedang struggle dalam perniagaan dan WFH, banyakkan bersabar. Saya juga seorang wanita dan jenis yang tidak boleh duduk diam. Saya sangat memahami perasaan wanita-wanita aktif di luar sana yang sudah biasa bersosial dengan rakan-rakan. Sentiasa berfikiran positif dan kreatifkan minda untuk mengelakkan kebosanan.
Cara saya ialah dengan OOTD dan ambil gambar mingle around dengan rakan-rakan melalui virtual termasuk tidur awal dan banyakkan masa untuk Qada’ serta mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Insha-Allah kita akan rasa tenang jika menyerahkan segala urusan dunia dan akhirat kepada Allah SWT setelah penat berusaha. Pasti akan dipermudahkan. Percayalah, jika kita mendahulukan akhirat, dunia akan mengejar kita. Wallahu’alam,” akhiri Surina yang merancang untuk mengerjakan Haji dan umrah jika pandemik COVID-19 berakhir kelak.
Kredit Foto: Koleksi Peribadi Surina Mohd Zain