Jika sebelum ini anda sering membawa anak-anak bermandi-manda di pusat rekreasi dan taman tema, apa kata anda tukar ‘angin’ dan cuba bercuti bersama mereka di pantai pula.

Pasti lebih meriah dan bebas bermain air sambil menikmati keindahan pantai yang terbentang luas.

IKLAN

RANCANG DAN SENARAIKAN KEPERLUAN

(a) Tempat berlindung

Laburkan sedikit wang untuk menyediakan tempat berteduh buat anak-anak misalnya dengan membeli khemah kecil yang mudah dibawa atau menyewa payung pantai yang disediakan. Ini bagi memudahkan anak kecil tidur mahupun berteduh daripada terik matahari.

(b) Bawa barangan mudah dicuci

Selain baju mandi, anda juga boleh membawa kelengkapan si manja yang mudah dicuci dan cepat kering termasuk barang permainan, selimut dan sebagainya.

Usah lupa bawa pinggan mangkuk plastik terpakai misalnya untuk kegunaan anak-anak bermain dan membina istana pasir.

(c) Tiba awal di pantai

Ketetapan masa ketika bercuti di pantai amat penting terutama sekali untuk mendapatkan tempat yang sesuai dan strategik. Lebih-lebih lagi jika mengunjungi pantai yang popular dan sering dihuni orang ramai.

Sebaiknya, pilih tempat berdekatan penjaga pantai agar mudah meminta bantuan dalam waktu-waktu kecemasan.

IKLAN

(d) Krim pelindung sinar UV

Antara item yang wajib dibawa ketika bercuti di pantai yang terdedah kepada sinar matahari. Kurangkan aktiviti dan terdedah kepada matahari di antara jam 10 pagi hingga 4 petang kerana sinar matahari waktu itu boleh menjejaskan kulit.

Pastikan juga berehat setiap dua jam sebelum kembali semula ke pantai dan menyapu kembali krim pelindung sinar UV. Sapukan krim terlebih dahulu ke tangan anda sebelum dioles pada kulit anak.

IKLAN

Bosanlah Mama Asyik Bercuti Di Tempat Sama! Nah, Bawa Mereka Ke Pantai Dengan Panduan ZERO STRES Ini

(e) Bekas makanan bersaiz kecil

Maksimumkan apa jua barang yang ingin dibawa bersama ketika bercuti termasuk bekalan makanan dalam bekas bersaiz kecil agar senang dibawa dan boleh dimakan serta dihabiskan pada hari yang sama. Di samping memudahkan anda dan suami, anak-anak juga dapat makan dengan selesa.

(f) Plastik atau beg tambahan

Bagi mengasingkan pakaian kotor dan bersih atau digunakan sebagai bekas untuk membuang lebihan sampah dan kotoran yang ditinggalkan selama berada di pantai.

PEMANTAUAN & PENJAGAAN ANAK-ANAK

  • Perkara pertama yang harus diberi perhatian adalah dengan memeriksa kebersihan dan tahap kedalaman air. Cari pantai yang bersih dan tidak membahayakan anak anda.
  • Sekiranya anak anda cenderung dan gemar bercuti di pantai, lakukan persiapan dengan mengajar mereka berenang terlebih dahulu untuk keselamatan diri. Jika masih belum pandai berenang, bawakan pelampung.
  • Jangan biarkan anak bermain dan mandi sendirian. Sebagai penjaga, sentiasa awasi dan berada dekat bersama mereka.
  • Usai mandi-manda dan bermain di pantai, mandikan anak anda dengan air bersih dengan sempurna. Pastikan tiada pasir yang tersisa di rambut, kepala atau badan.
  • Kerap beri minum air kosong supaya anak tidak demam atau dehidrasi ketika bermain di pantai yang terdedah kepada cahaya terik matahari. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI