Teh hijau dihasilkan dari daun tanaman camellia sinensis. Ia mempunyai kepekatan klorofil, polifenol, dan antioksidan yang jauh lebih tinggi daripada jenis teh lain.
Walaupun ia popular sebagai minuman diet, sebenarnya teh hijau ni telah digunakan secara tradisional terutamanya oleh orang Cina sejak dahulu lagi untuk tujuan kesihatan.
Menurut Healthline.com, ini adalah antara sebab bagaimana teh hijau boleh membantu kita untuk turunkan berat badan.
- TEH HIJAU MEMBANTU MENGAWAL SELERA MAKAN
Salah satu kelebihan teh hijau adalah ia dapat membantu mengurangkan selera makan.
Mungkin disebabkan rasanya yang pahit, ia tidak memberi kesan ketagihan atau cravings seperti mana minuman manis yang lain.
Oleh sebab itu, seseorang mampu mengawal selera makan apabila menukar minuman manis dengan teh hijau tanpa gula.
2. TEH HIJAU MENINGKATKAN PEMBAKARAN LEMAK
Ekstrak teh hijau dikaitkan dengan peningkatan pembakaran lemak, terutama semasa bersenam.
Dalam sebuah kajian, lelaki yang mengambil ekstrak teh hijau sebelum bersenam membakar lemak 17% lebih banyak daripada lelaki yang tidak mengambil makanan tambahan. Kajian menunjukkan bahawa khasiat teh hijau dapat meningkatkan kesan pembakaran lemak melalui senaman.
Kajian-kajian lain juga mendapati catechins dan EGCG yang terdapat dalam teh hijau mampu meningkatkan pembakaran lemak, baik semasa bersenam mahupun dalam keadaan rehat sera membantu penurunan lemak dalam jangka masa panjang.
3. TEH HIJAU MEMECAHKAN LEMAK
Untuk membakar lemak, badan kita mesti memecahkannya terlebih dahulu di dalam sel lemak dan kemudian memindahkannya ke dalam aliran darah.
Kajian menunjukkan bahawa sebatian aktif dalam teh hijau dapat membantu proses ini dengan meningkatkan kesan beberapa hormon pembakar lemak, seperti norepinephrine (noradrenaline).
Antioksidan utama dalam teh, iaitu EGCG tadi, dapat membantu menghambat enzim yang memecah hormon norepinephrine ini. Apabila enzim ini dihambat, jumlah norepinephrine meningkat, lalu mendorong pemecahan lemak.
Oleh sebab itu, lebih sel lemak yang dipecahkan, kemudian dilepaskan ke aliran darah untuk digunakan sebagai tenaga oleh sel seperti sel otot.
4. TEH HIJAU MENINGKATKAN KADAR METABOLISME TUBUH
Sebenarnya semasa kita sedang tidur atau duduk, sel kita menjalankan berjuta-juta fungsi yang memerlukan tenaga dan ini bermaksud badan kita sentiasa membakar kalori.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak teh hijau atau suplemen EGCG dapat membuatkan tubuh kita membakar lebih banyak kalori – walaupun pada waktu rehat.
Beberapa bukti turut menunjukkan bahawa kesan peningkatan metabolisme berterusan dalam jangka masa panjang.
Dalam satu kajian pada 60 individu gemuk, mereka yang mengambil ekstrak teh hijau kehilangan 7.3 paun lebih banyak (3.3 kg) dan membakar 183 lebih banyak kalori sehari selepas 3 bulan mengamalkannya, berbanding mereka yang tidak mengambil ekstrak tersebut.
Namun, perlu diingat bahawa tidak semua kajian menunjukkan bahawa ekstrak teh hijau meningkatkan metabolisme. Kesannya mungkin bergantung pada individu.
5. TEH HIJAU MENGANDUNGI BAHAN YANG MEMBANTU TURUNKAN BERAT BADAN
Daun teh hijau mengandungi pelbagai kompaun yang bermanfaat untuk tubuh, termasuklah untuk membantu menurunkan berat badan.
Salah satu komponen utama dalam teh hijau adalah kafein, di mana kafein telah dibuktikan dapat membantu pembakaran lemak dan meningkatkan prestasi senaman dalam banyak kajian. Kajian juga menunjukkan bahawa minum secawan teh hijau meningkatkan jumlah antioksidan dalam aliran darah.
Salah satu komponen penting dalam antioksidan ini adalah epigallocatechin gallate (EGCG), iaitu sejenis bahan yang dapat meningkatkan metabolisme.