Terus melangkah maju dan buka kedai bakeri di Seri Kembangan, kini Zahnita bahagia jadi usahawan pai sepenuh masa.

Episod duka sepanjang bergelar isteri selama 20 tahun sudah berlalu. Hari ini Zahnita tampil solo, kembali semula ke Kuala Lumpur serta memulakan fasa baru hidupnya sebagai pengusaha kedai pai dan bakeri.

Tiada lagi layanan buruk, waima luka atau air mata. Masa itu menyembuhkan dan kini Zahnita memilih menceburi bidang F&B yang begitu dekat di hati sebagai sumber rezeki.

Bercerita secara eksklusif dalam video Nona Lifestyle, Zahnita bersama kakaknya mengambil alih kedai Brot & Button Bakery di Seri Kembangan bermula 1 Jun 2025.

Ikuti temu bual eksklusif bersama Zahnita ketika kunjungan ke kedai Brot & Button Bakery miliknya baru-baru ini…

Ads

“Sebenarnya tak sampai sebulan lagi (bisnes bakeri). 1 Jun lepas saya baru join, selepas kakak ajak berniaga sama-sama pada awal Mei. Kedai ni semuanya lengkap, termasuklah bahagian dapur dan staf yang berpengalaman membuat roti serta kek-kek lazat. Sesuai juga untuk saya buat pai,” jelas ibu anak empat itu.

Ads

Menyifatkan fasa baru ini sebagai anugerah Tuhan, Zahnita tenang bercerita tentang penghijrahannya ke ibu kota. “Dulu saya menetap di Kuantan. Tapi kini mungkin sebulan sekali saja ke sana untuk tengok anak sulung yang masih tinggal dengan bapanya. Anak-anak yang lain tinggal dengan saya. Mereka ada pengasuh yang menjaga sepanjang saya menguruskan kedai.”

Buka Kedai Bakeri Di Seri Kembangan, Kini Zahnita Bahagia Jadi Usahawan Pai Sepenuh Masa
Instagram @zahnita
Buka Kedai Bakeri Di Seri Kembangan, Kini Zahnita Bahagia Jadi Usahawan Pai Sepenuh Masa
Instagram @zahnita
Buka Kedai Bakeri Di Seri Kembangan, Kini Zahnita Bahagia Jadi Usahawan Pai Sepenuh Masa
Instagram @zahnita
Buka Kedai Bakeri Di Seri Kembangan, Kini Zahnita Bahagia Jadi Usahawan Pai Sepenuh Masa
Instagram @zahnita
Buka Kedai Bakeri Di Seri Kembangan, Kini Zahnita Bahagia Jadi Usahawan Pai Sepenuh Masa
Instagram @zahnita

Terus melangkah maju dan buka kedai bakeri di Seri Kembangan, kini Zahnita bahagia jadi usahawan pai sepenuh masa.

Ads

Hujung tahun 2024, dunia wanita bergegar dengan pendedahan Zahnita menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Wanita berusia 40 tahun itu mengambil langkah berani dengan membuat laporan polis, memfailkan perceraian, menuntut hak penjagaan anak-anak, seterusnya membina hidup baharu dan mengembangkan lagi bisnes pai Zahnita Humble Pie yang baru diusahakan.

Ternyata, keputusan tersebut membuahkan hasil apabila bisnes pai yang diusahakan semakin mendapat perhatian dan tempahan yang memberangsangkan daripada orang ramai.

Mengakhiri perbualan, Zahnita tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke pentas peragaan jika bersesuaian dengan harga yang ditetapkan. Beliau menegaskan akan terus berusaha memajukan bisnes kedai bakeri ini kerana minat yang mendalam dalam bidang kulinari.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/anak-imigran-tak-selesai-pengajian-kini-lucy-guo-tersenarai-americas-richest-self-made-women-usia-30/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI