Mesra dan menyenangkan. Begitulah perasaan sesiapa pun yang baru mengenali Chef Zam, 53 tahun. Namun di sebalik perwatakan ceria, jejaka segak asal Terengganu ini sebenarnya menyimpan rindu yang mendalam terhadap arwah emak yang dijaganya selama 18 tahun.
Mesra dengan panggilan ‘Awang’ di kalangan ahli keluarga, Prof Dato’ Chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab sebelum ini kerap berkongsi perkembangan kesihatan arwah ibunya, Chik Binti Minah di media sosial.
Arwah ibu Chef Zam telah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 26 September 2020 lalu akibat radang paru-paru atau pneumonia. Jenazah allahyarhamah terpaksa disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara kerana sekatan pergerakan atau PKP yang berlaku pada ketika itu.
Kini selepas tiga tahun berlalu, kisah duka ini menjadi topik bicara kami kala berjumpa. Sebak dan rindu, Chef Zam terbuka mengimbau kenangan manis saat hayat arwah masih ada…
Kini selepas berpindah ke Shah Alam, kediaman baru Chef Zam turut dikunjungi KDYMM Tuanku Al-Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Nur Zahirah diiringi KDYTM Yang DiPertuan Muda Terengganu, YAM Tengku Puteri Utama Raja, YBhg. Datuk Wira Sheikh Abd. Halim serta Waleed yang dikasihi berkenan mencemar duli beraya di rumah barunya di Shah Alam.
Kenangan manis itu diceritakan semula kepada Nona ketika kami bertemu baru-baru ini. Seronok betul Chef Zam. Betul katanya, siapa sangka Sultan yang dikasihi berkenan beraya di rumah kita.
Chef Zam popular menerusi program masakan seperti Garam Gula, Citarasa Selebriti, Ole-ole Malaysia dan Aroma Selebriti. Beliau mempunyai seorang anak angkat yang comel iaitu Faiq, 5 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
SubhanAllah, kagum tengok hasil lukisan Ustazah Asni Abu Mansor! Di sebalik setiap kehalusan seni yang dilakarnya di atas kanvas putih, terselit kalimah suci Allah dan coretan khat yang cukup indah. Mengamati karya seni bekas juri program Da’i ini, terserlah kecintaan beliau terhadap alam semula jadi dan elemen islamik.
Sering tampil spontan dan petah menyampaikan dakwah di kaca televisyen, Ustazah Asni sememangnya seorang yang punya aura tersendiri. Lebih-lebih lagi tatkala mengutarakan hujah-hujahnya. Yang mendengar pasti tertarik dan yakin dengan apa yang ingin disampaikan. Selain melukis sebagai terapi diri, Ustazah Asni turut menjual karya seninya kepada individu yang berminat.
‘Luahan’ ilham ustazah berusia 43 tahun ini juga dipamerkan dalam beberapa program berbentuk islamik di stesen televisyen. Antaranya lukisan Kaabah, Demi Langit dan Alburuj Galaxy semasa siaran Nasi Lemak Kopi O.
Beruntung sungguh Ustazah Asni kerana bukan hanya dikurniakan kelebihan berdakwah malah memiliki kemahiran dalam lukisan.
Sumber: Instagram @asnimansor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie ini lambang wanita sejati apabila menyentuh tentang hak kemanusiaan. Angelina Jolie lantang bersuara dan bertegas menegakkan hak-hak kemanusiaan.
Pemenang anugerah Academy Award for Best Supporting Actrees in 2000 ini hampir 2 dekad bekerja dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) telah menzahirkan rasa terima kasih kepada mangsa pelarian kerana banyak mengajarnya tentang erti hubungan sebuah keluarga dan kehidupan.
“Pada pendapat saya manusia berhak mendapat hak yang sama rata,” kata Angelina sempena World Refugee Day dan berharap pandemik COVID-19 ini segera dihapuskan kerana mangsa pelarian begitu terdedah dengan pandemik ini.
Sebelum ini, bekas isteri kepada aktor tampan, Brad Pitt ini telah menggesa masyarakat antarabangsa untuk terus memberikan bantuan kemanusiaan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pelarian serta masyarakat tempatan yang sentiasa memberi sokongan dalam membantu mereka.
Angelina Jolie mula membuka matanya dengan krisis kemanusiaan apabila terlibat dalam filem Lara Croft: Tomb Raider pada tahun 2001. Filem box-office ini menyedarkan Angelina Jolie tentang kemiskinan yang berlaku di Kemboja. Kehidupan mewah yang ditempuh oleh Angelina Jolie ini tentang meyedarkan tentang kehidupan orang lain yang hidup dalam serba kekurangan.
Beberapa bulan selepas pulang daripada penggambaran di sana Angelina Jolie telah bersetuju untuk melawat beberapa khemah pelarian diseluruh dunia atas tiket United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).
Melihat komitmen yang tidak berbelah-bagi, Angelina telah telah dinamakan sebagai Duta Goodwill Ambassador oleh UNHCR di ibu pejabatnya di Geneva, Switzerland pada 27 Ogos, 2001. Angelina Jolie juga telah menyahut rayuan kecemasan UNHCR dengan menyumbang ASD $1 juta untuk tabung pelarian Afghanistan.
Bercerita tentang sisi peribadinya, pasangan yang pernah dikenali sebagai ikon pasangan romantis di Hollywood ini bercerai secara baik. Namun, selepas penceraiannya telah menghalang bekas suaminya, Brad Pitt dari berjumpa enam orang anak mereka, Maddox, 17, Pax, 14, Zahara, 13, Shiloh, 12, serta kembar Knox dan Vivienne, 10.
Kalau duduk dengar usrah di surau mahupun di masjid, selalu Ustaz ataupun penceramah menyarankan untuk bangun qiam dipertengahan malam. Paling tidak pun bangun awal sedikit sebelum solat subuh. Bangun awal waktu ini memang payah nak amalkan dan godaan tidur sambil tarik selimut memang terlalu tinggi.
Rupa-rupanya kehebatan bangun sebelum subuh ini sangat menakjubkan. Saudara Afnan Rosli merungkaikan keindahan bangun sebelum subuh ini.
“Dulu saya tak faham kenapa Allah suruh Solat Subuh. Waktu tu waktu orang tidur. Saya memang duk fikir soalan ni dari dulu lagi.
Then when I got into personal development, saya study orang-orang berjaya dan berpengaruh dalam dunia, saya dapati mereka semua ada satu persamaan. Orang yang bangun sebelum Subuh, mereka bagi impak besar pada dunia sekeliling dia.
Tak kira dia jahat atau baik, pasti dia jenis orang yang bagi impak pada dunia sekeliling dia. Even Adolf Hitler yang jahat tu pun bangun awal pagi.
Kenapa?
Orang yang berjaya bangun awal ni mereka adalah Over achievers.
Tapi tuan, saya pun bangun sebelum Subuh, bersiap-siap, sebelum subuh lagi saya dah drive pergi kerja.
No, thats a different kind of story. Saya tak cakap pasal yang bangun sebab terpaksa gi kerja awal, elak jam. Bangun pulak kalut-kalut bersiap. Itu dah Vibrates at desperation dah. Cerita lain.
Ini yang saya maksudkan ialah orang yang bangun awal jam 4am-5am kerana memang pilihan mereka. Mereka bangun, dan mereka ambil masa untuk duduk dengan diri mereka sendiri.
Ini 5 SEBAB ANDA KENA BANGUN AWAL PAGI:
1. MIND OVER MATTERS
Orang yang bangun awal, mereka berjaya mengawal minda mereka melawan segala alasan dan pengaruh luar. Minda kita seperti otot, lebih banyak kita latih, lebih kuat dia jadi.
Jadi, orang yang setiap hari bangun awal, dia sedang melatih untuk take charge dan mempunyai sepenuhnya kawalan terhadap minda mereka. You start to control your mind, you start to control your life.
2. MORE PRODUCTIVITY
Bila kita dah bangun 2, 3 jam awal dari orang lain, kita ada banyak masa untuk buat planning, buat Mental rehearsal, persiapkan mind, body and soul kita untuk hadapi hari yang penuh productivity nanti.
Orang-orang Spartan ada satu pepatah “He who sweats more in Training, bleeds less in War.”
Meaning if you go out in battle well prepared, you will achieve more.
3. STRENGTHEN WILL POWER
Antara kunci Kejayaan dalam hidup ialah keazaman atau will power. Orang yang mampu bangun awal pagi, mereka melatih diri mereka untuk mempunyai keazaman yang sangat tinggi.
Bukan senang tau nak tolak selimut waktu pagi ni. Sebab tu orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun Subuh berjamaah!
Sebab tu Nabi kata 2 rakaat sebelum Subuh lebih bernilai dari dunia dan seisi nya. The fact that kita mampu bangun sebelum subuh setiap hari menandakan kita mempunyai very high will power.
4. START WITH VICTORY
Bila kita bangun sebelum Subuh sebenarnya kita sedang mulakan hari dengan kejayaan Besar! Sepanjang hari kita mengalami internal battle dengan diri kita sendiri.
Menang di waktu awal pagi akan bawa kita pada kemenangan demi kemenangan sepanjang hari.
5. PEACEFUL
Waktu sebelum subuh adalah waktu yang paling tenang, paling tidak ada distractions. So, waktu tu lah kita nak practice untuk jadi orang yang sentiasa bertenang.
Robin Sharma kata, “Achieve more while the world is still sleeping.”
Orang lain tengah tidur, kita dah capai macam-macam.
So, kalau anda nak hidup anda improves, nak jadi Top Performers, nak jadi Over Achievers, nak jadi Best of the Best. Start bangun awal mulai hari ini!
Trust me, cuma ubah waktu anda bangun pagi, cara anda bangun pagi, anda akan jadi orang yang sangat powerful dan berpengaruh. Percaya tak? Kena percaya!
“The body Achieves what the mind believes”
Selamat memulakan pagi anda dengan KEKUATAN!,” kongsinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!