‘You kata you sayangkan I… Tapi at last you kebas my mother .. Ape cite?’ ‘Itu dulu Erina… sebelum I jumpa mother you!Please understand me…’ jawab Akmal.
Kali pertama Erina memperkenalkan ibunya pada ku, kelu lidah tidak berkata. Degupan jantung semakin pantas, kaku seketika dibuatnya. Kala ibunya bersuara, tutur kata berlapis penuh kelembutan. Keanggunan menyerlah, sifat keibuan cukup membuat ku teruja. Raut wajahnya yang bersih, membuatkan hati ku tenang kala bersamanya. Inikah namanya cinta pandang pertama? Perasaan yang timbul itu bukanlah kerana nafsu… Ikhlas ku katakan… hati ini terpaut dengan personaliti dan kelembutan jiwa yang ada padanya.
Salahkah aku untuk mencintai wanita yang lebih berusia dari ku? Ibunya di usia 42 tahun… anak baru sahaja melangkah usia 22 tahun dan aku bukanlah terlalu muda sudah melewati usia 31 tahun. Beza usia antara kami, 11 tahun. Bagi ku tidak ada salahnya bukan… Kesilapannya hanya kerana pada awalnya aku melayan perasaan kasih sayang terhadap anaknya Erina tetapi di hujung perhubungan itu aku merasakan diri ini lebih serasi dan mencintai ibunya.
Mengenali Marissa, ibu Erina membuatkan aku benar-benar menjadi seorang lelaki sejati. Rasa bertanggungjawab dan kematangan dalam hidup, membuatkan aku cukup dihargai. Inilah wanita yang mungkin selama ini di cari dan aku rasakan sifat-sifat yang ada pada Datin Marissa tentu sahaja setiap lelaki sentiasa mendambakannya. Mungkin kerana kematangan usia dan pengalaman yang ditempuhinya setelah kematian suami, membuatkan Datin Marissa memiliki segalanya.
Ads
Bagi aku… tidak tahu cita rasa orang lain! Bila difahami sebenar-benarnya tentang diri ini, aku suka wanita yang berdikari, berkarisma, lemah lembut, penyayang dan menyerlah aura keanggunannya. Seperti aku katakan tadi, hubungan yang terjalin ini bukanlah berlandaskan nafsu… Cita rasa lelaki kadang-kadang mungkin berbeza, samalah keadaannya bila wanita muda gilakan lelaki berusia. Mungkin sahaja mereka inginkan lelaki berusia kerana kematangan mereka, mempunyai sifat bertanggungjawab selain dari wang ringgit!
Pada awalnya, semuanya agak canggung. Datin Merissa tentu sahaja enggan menerima aku. Ibu mana yang sanggup melihat anak gadisnya berendam air mata. Tetapi di waktu yang sama, Datin Merissa juga tidak menafikan perasaannya pada ku. Itu paling penting! Bukan mudah untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaannya menerima aku. Sejauh mana dia berlari merentasi awan biru, aku kejar bayangnya kerana aku yakin dia adalah wanita yang diciptakan untuk ku. Mungkin aku bukan jodoh pertamanya tetapi bagi ku dialah jodoh suri hidup ku selamanya… Aku lelaki yang harus kau yakini menerima mu seadanya!
Ads
Erina tidak ada cacat celanya… Manja keanak-anakan, cantik muda remaja dan seksi. Tetapi aku tidak tahu mengapa perasaan ini semakin tawar terus pada gadis muda itu dan memilih ibunya sebagai kekasih hati. Aku faham jika keadaan ini sukar di terima oleh Erina, namun aku percaya dalam usianya muda pasti sahaja dia masih mempunyai banyak peluang membuka mata lebih luas untuk menemui insan yang lebih baik dari aku. Biarkan Erina mencari keinginan dirinya sebenar, seperti aku dahulu yang tidak tahu arah jua mencari pasangan paling serasi dalam hidup… Bila suatu hari Erina tersedar, barulah dia akan tahu makna cinta sebenar dan insyaAllah dapat menerima aku seadanya. Aku hanya mampu berterusan berdoa agar semuanya sempurna seperti yang aku inginkan…
Ibu ku, pada awalnya membantah tentu sahaja kecewa dengan pilihan aku. Tetapi sekeras hati ibu, akhirnya lembut jua. Ibu lebih memahami anak lelakinya ini. Setelah diterangkan dengan jelas mengapa Merissa (tak perlu ber Datin lagi laaa) menjadi pilihan hati dan ibu pula memberi nasihat berguna pada aku… Alhamdulillah keluarga tidak lagi membantah. Itulah keistimewaan ibu ku dan aku amat menyayangi serta menyanjungnya. Dan kerana itu jugalah aku mengapa aku mengagumi Merissa kerana sebahagian dari watak ibu ada persamaan dalam dirinya.
Ads
Bila restu sudah di terima dari keluarga, aku sudah tidak peduli lagi apa yang mungkin diperkatakan oleh orang luar. Bagi aku restu ayah dan ibu itu sudah cukup untuk membuahkan kebahagiaan dalam membina rumah tangga bersama.
Aku yakin Merissa adalah jodoh ku. Dan bakal menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik seperti mana dia membesarkan Erisa dengan sempurna. Mungkin di tahap usianya aku tidak mengimpikan anak berderet, namun usaha itu pasti ada. Jika ada rezeki, alhamdulillah. Semuanya ketentuan Allah. Aku juga berjanji untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab, matang dan mampu membimbingnya dunia serta akhirat…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan yang terkenal dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ selamat bernikah dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25, yang juga pelajarnya. Mereka berdua selamat bernikah kelmarin, sebelum diraikan pada majlis gilang-gemilang di sebuah hotel di ibu kota, semalam.
Mohd Nazri berkata, bukan mudah untuk menambat hati isterinya itu kerana perbezaan umur yang jauh antara mereka.
“Beza umur kami 22 tahun. Bukan mudah nak tawan hatinya. Tapi Alhamdulillah kami selamat bernikah pada Jumaat. Sebenarnya hari ini (semalam) genap setahun kami berkenalan.
“Kami berkenalan ketika saya menyampaikan satu ‘talk’ di sebuah universiti. Asalnya saya mengajar saham. Tapi apabila dah lama kenal, saya jumpa keluarganya. Kiranya, jumpa September tahun lalu dan Februari kami mulai serius. Jadi, lebih kurang tujuh bulan saja perhubungan kami sebelum ambil keputusan berkahwin,” katanya.
Menurutnya, dia jatuh cinta pandang pertama dengan isterinya kerana lemah lembut dan keperibadian dimiliki. “Isteri sangat manja, dia pelajar, dengar cakap dan mudah dibentuk. Jadi saya rasa macam ada satu pengecualian dalam hidup saya sebagai orang korporat. Apabila jumpa dia, kami tak bincang mengenai dunia korporat. Jadi, ia lain daripada kehidupan saya.
“Pada mula saya tengok dia, saya suka dia sebab kelembutan dimiliki dan dia manja. Kami macam ada keserasian terus dan tak rasa saya ni macam orang tua. Bagi saya, beza umur ni tak ada masalah dari awal berkenalan. Saya tak pernah jumpa budak muda yang boleh berborak dengan orang tua macam saya macam kawan-kawan,” katanya.
Dalam masa sama, Mohd Nazri berkongsi itu adalah perkahwinan kedua buatnya selepas berpisah dengan isteri pertama. “Ini perkahwinan kedua saya. Secara rasmi, hidup menduda sekejap saja. Kalau tak rasmi dah lama tak tinggal bersama dan tak sehaluan tu sudah setahun,” katanya.
Sumber dan Foto: Sudirman dari HARIAN METRO
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengambil keberkatan bulan ibadah ini, ramai yang kembali kepada fitrah dengan memperbanyakkan amalan serta memperbaiki kesilapan diri. Tidak terkecuali, golongan artis yang terkenal, serba glamor serta menjadi pujaan ramai, turut dilihat beristiqamah dengan imej berhijab.
10 artis popular ini antara yang tampil dengan gaya hijab dan bertelekung di media sosial. Ada yang sekadar memberi ucapan, ada juga yang berswafoto selepas menunaikan solat sunat terawih. Namun apa pun, perubahan imej yang besar ini jelas menarik perhatian peminat yang rata-ratanya memuji kecantikan mereka.
Nona menyenaraikan barisan artis free hair paling memukau bila berhijab. Tapi paling cantik tentulah ibu mengandung tu, berseri-seri wajahnya bila berjubah dan bertudung labuh!
#10 Intan Najuwa, Ironi Kasih
Polosnya wajah Intan Najuwa tanpa mekap di MadinahGadis muda ini juga mengusahakan produk rambut Dico Haircare
#9 Sweet Qismina, Budak Tebing
https://www.instagram.com/p/B_VAyT7J3hV/
Sweet Qismina antara aktres berbakat dan mahir menjiwai watak
#8 Datin Elvina Mohamad, Seadanya Aku
Natural beauty, putih gebunya kulit Datin Elvina
https://www.instagram.com/p/B8ipCXMBMhq/
#7 Zahirah Macwilson, Bulan Dan Pria Terhebat
Zahirah baru saja melangsungkan perkahwinan dengan Aiman Hakim tanggal 20.02.2020 lalu
#6 Ernie Zakri, Penyanyi
Tarikh 24 Mac lepas, penyanyi dan guru vokal Ernie Zakri telah mengumumkan keputusannya untuk berhijab
https://www.instagram.com/p/B-H2Im4nBhl/
#5 Sherry Alhadad, Pengacara
Gaya vogue Sherry Alhadad sebagai Pengacara AJL34
#4 Tasha Shilla, Selebriti
Tasha nampak lebih manis dan keibuan selepas bergelar isteriPasangan merpati dua sejoli, Muhammad Atiq dan Tasha Shilla
#3 Ayda Jebat, Bukan Gadis Biasa
Sesuci Ramadan, Ayda Jebat kini sah bergelar tunangan Nabil MahirTahniah buat Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang baru mengumumkan berita pertunangan mereka hari ini
#2 Nora Danish, Selebriti
Nora dalam tudung labuh rekaan Siti Sarah Raissuddin, Loveta Scarves
Anak-anak kesayangan, Putra Rayqal dan Mohamed Neqayl
https://www.instagram.com/p/B-6a5r7A_Qh/
#1 Fazura, Selebriti
Sopannya tengok bakal Mommy yang tengah hamil 4 bulan ni. Gaya Fazura dalam tudung bawal @tudungruffle dan jubah @profmuhayaofficial
https://www.instagram.com/p/B5hBuAQlMcT/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi yang popular dengan lagu “Lagu Kita’, Aizat Amdan selamat bergelar suami kepada pengurusnya, Elyssa Alia Illias dalam majlis pernikahan yang berlangsung di A Park, Puchong Selangor hari ini. Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa Elyssa, Leftenan Kolonel (B) Illias Moidean dan disakikan jurunikah Idurs Mohd Shahlan. Foto: @saifulchin
Foto: @saifulchin.
Pada majlis akad nikah, Aizat menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada isteri tersayang, Elyssa, 34 tahun manakala wang hantaran telah dirahsiakan jumlahnya. Pihak pengantin lelaki turut menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang hantaran daripada pihak perempuan. Aizat segak mengenakan sepasangan baju Melayu rona putih manakala Elyssa mengenakan sepasang baju kurung putih sentuhan @altelia_amani. Majlis resepsi pasangan tersebut turut diadakan di lokasi yang sama usai majlis akad nikah yang diadakan di sebelah paginya.
Foto: @saifulchin.
Aizat yang ditemui pihak media sejurus bergelar suami melahirkan rasa syukur segala perancangan untuk hari bahagianya berjalan dengan lancar. Sebagai seorang lelaki yang matang, Aizat menganggap perkahwinannya dengan Elyssa sebagai permulaan baharu dalam hidupnya sebagai seorang lelaki.
“Ini adalah fasa dan permulaan baharu buat kami berdua. Dah lama orang tanya saya soalan mengenai jodoh, jadi inilah jodoh saya,” katanya.
Foto: @saifulchin.
Tidak lengkap perjalanan sebuah perkahwinan tanpa perancangan berbulan madu. Bagi Aizat dan Elyssa, kedua-duanya meyimpan impian untuk berbulan madu ke Tulum, Mexico. Memilih Tulum sebagai destinasi bulan madu memandangkan lokasinya yang cantik dan diharap dapat memberikan ilham yang mencurah-curah untuk menulis lagu dan sebagainya.
Foto: @saifulchin.
“Saya mempunyai angan-angan untuk membuka studio di tepi pantai, manakala Elyssa pula mempunyai impian untuk membuka sekolah menyelam serta vila di tepi pantai.
“Insya-Allah, November ini saya akan ke Los Angeles atas urusan kerja dan dah alang-alang, akan ke Tulum untuk bercuti,” katanya.
Foto: @saifulchin.
Foto: @saifulchin.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga, rakan-rakan dan media.
Menyingkap kisah cinta pasangan ini, Aizat dan Elyssa menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin pada Januari, merisik pada Februari dan seterusnya melangkah ke alam perkahwinan. Hadiah sempena perkahwinannya ini, Aizat baru-baru ini melancarkan lagu berjudul Hanya Kita Dua yang dihasilkan dan didedikasikan istimewa buat isteri tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.