Tanggal 22.2.23 menjadi saksi pelakon jelita, Raysha Rizrose, 26, sah bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, jam 8.52 malam. Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami dan isteri bersaksikan keluarga dan sahabat handai kedua belah pihak.
Ads
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Pada majlis yang dihadiri sekitar 200 orang itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM2,222 diiringi tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
Menawan mengenakan persalinan rona putih rekaan Teh Firdaus dan ditatarias Syed Faizal Syed Noh, Raysha atau nama lengkapnya Farza Naquraisha Mohd Fariz bersyukur segala perancangan diatur berjalan lancar.
“Syukur segala-galanya yang dirancang salama ini dipermudahkan.
“Saya dengan kerendahan hati amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.
“Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” kata Dewi Remaja 2014/2015 itu.
Adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose itu sempat menyingkap kisah perkenalan mereka mekar sejak 10 tahun lalu.
“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.
“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur. Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” kata anak keempat daripada tujuh beradik itu.
Pelakon filem Seandainya Kau Ada itu turut berkongsi tarikh lamaran Nabil yang terpateri pada 16 Ogos 2022.
“Momen dan detik itu masih berbekas di hati. Ini kerana lokasi lamaran berkenaan terjadi di tempat sama dia melamar saya sebagai kekasih, iaitu di sebuah lokasi di Subang Jaya, Selangor kira-kira sedekad lalu,” kata pelakon drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin dan Ex Aku Pontianak ini.
Mengenai bulan madu dan soal anak, pelakon ini mengakui mereka belum merancang.
“Banyak komitmen dan kerja yang saya perlu selesaikan selepas berkahwin. Malah sebelum majlis nikah ini pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tidak memerlukan komitmen panjang. Jadi bolehlah saya memberi tumpuan terhadap persiapan kahwin sepanjang tempoh itu.
Ads
“Sejujurnya, memang belum ada perancangan berbulan madu lagi saat ini. Soal anak pula, baik saya dan suami tidak meletakkan ketetapan. Bagi kami perihal cahaya mata ini, insya-Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya.
“Cuma selepas kahwin, saya perlu lebih selektif memilih watak. Saya sudah berubah status, jadi keutamaan tentunya lebih kepada suami,” katanya.
Mengenai Nabil atau nama penuhnya, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri, Raysha menyifatkan suami melengkapi segala-galanya.
“Selama ini, dia (suami) sentiasa menjadi inspirasi dalam hidup saya. Dia sentiasa mendorong saya menjadi lebih baik,” kata Raysha.
Sementara itu, Nabil Jeffri menganggap Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat.
Ads
“Dia (Raysha) sentiasa ada ketika saya memerlukannya. Di saat berada di tahap paling bawah dan sedih, dialah yang tak pernah berpaling daripada saya.
“Kebijaksanaannya juga menambat hati saya. Dia seorang yang memahami dan matang. Malah kualiti lain yang mencuri perhatian saya ialah dirinya memang pandai membawa diri, sentiasa santun dan menghormati orang.
“Tentunya, dia sangat comel dan itu yang buat saya jatuh hati dengannya. Dia juga jujur dan ikhlas dalam setiap apa dilakukan,” kata Nabil Jeffri.
Tambah Nabil Jeffri lagi, Raysha juga selama ini begitu memahami jadual dan tuntutan kerjanya.
“Ada ketika saya perlu berada di luar negara kerana urusan kerja, dia umpama begitu dekat dengan diri ini menyokong dari kejauhan.
“Syukur, jodoh dan cinta kami mekar serta erat hingga ke saat ini. Moga hubungan ini kekal ke jannah,” kata Nabil Jeffri.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu.
Namun, Raysha dan Nabil Jeffri hanya berkongsi dan mendedahkan cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu. Tanggal 26 Februari ini, mereka akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi juga di lokasi sama majlis pernikahan berlangsung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini, nama Kasih Iris Leona menjadi perhatian dan seringkali diperkatakan warga maya. Personaliti media sosial berumur 20 tahun ini yang puteri kedua kepada pelakon era 90 an, Azhar Sulaiman nyata mencuri perhatian ramai pihak memandang dari satu, satu cerita sensasi diperkatakan.
Kami di NONA enggan menyentuh perihal tersebut, namun kami lebih tertarik untuk mengenali lebih rapat gadis muda ini yang ternyata punya semangat yang hebat, ceria dan sentiasa dilihat menjaga penampilan, walau di luar mahupun di alam maya. Oleh itu, jom kenali lebih dekat siapakah Kasih Iris Leona.
Kasih Iris Loena merupakan puteri kedua kepada pelakon Azhar Sulaiaman dan ibunya, Chempaka Amalin Pahamin. Kasih Iris Leona mula mendapat perhatian ramai apabila dia mula aktif di media sosial menerusi akaun TikTok dan Instagramnya.
Bijak dan terpelajar. Kasih Iris Leona mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas, Kuala Lumpur dan memperolehi 7A 1B dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sekitar Jun 2022 lalu, Kasih Iris Leona terpilih sebagai pelatih industri di syarikat penerbangan popular Air Asia. Umum mengetahui bukan mudah untuk mendapatkan tawaran tersebut. Yang pasti, Kasih Iris Leona sememangnya layak apatah lagi melihat kepada keputusan SPM nya yang cemerlang. Dan khabarnya Kasih sudah pun menamatkan latihan praktikalnya di sana dengan jayanya.
Seorang yang fun dan bubbly. Ini boleh dilihat dari setiap hantaran videonya. Malah, setiap video yang dikongsikan menyaksikan Kasih Iris Leona seorang yang happy go lucky dan sentiasa ceria. Kasih Iris Leona juga sendiri pernah melakukan video Tik Tok bersama Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes. Fuh bukan calang-calang nak minta Tan Sri Anthony Fernandes untuk menari dan berjoget bersama!
Mempunyai lebih daripada 50 video Tik Tok dengan hampir lebih dari 700 ribu pengikut. Kasih Iris Leona dilihat banyak menari di dalam hantaran videonya, membuktikan Kasih seorang yang aktif dan ligat.
Pemakaian dan gaya Kasih Iris Leona juga seringkali jadi dambaan pengikutnya terutama sekali dari golongan Gen Z. Manakan tidak, setiap kali Kasih bergambar, gayanya turut sama mendapat respon positif. Dari hasil carian dan amatan kami, Kasih lebih gemar dengan gaya kasual, sporty dan sedikit suntikan sedikit seksi but classy.
Sudah berpunya? Walaupun tidak pasti akan kesahihannya, jika melihat satu hantaran di Instagramnya, Kasih Iris Leona ada bergambar dengan seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina, dengan kapsyen “One Year Of Us”. Jadi inikah lelaki yang bertakhta di hati Kasih Iris Leona?
Kisah mengenai Adik Bella, seorang anak istimewa yang dipercayai menjadi mangsa dera ternyata membuat rakyat Malaysia sebak. Pilu melihat salinan video tentang anak istimewa sindrom Down ini dan tak mampu menyeka air mata daripada gugur.
Syukur kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur telah menyita sebuah rumah kebajikan yang terbabit dan khabarnya rumah kebajikan tersebut tidak berdaftar dengan pihak JKM.
Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau lebih mesra disapa Cat ini yang juga mempunyai anak istimewa turut menzahirkan rasa marah dan kecewanya tatkala mendapat tahu kisah yang menyayat hati ini.
“Saya terlalu kecewa dan marah seorang anak kurang upaya diperkotak-katikkan dan disakiti sampai begitu. Yang menjadikan saya lebih kecewa dan marah lagi bila dapat tahu siapa pengasas dan penasihat Rumah Bonda tersebut,” tutur Catriona ketika dihubungi.
Teringat dulu Catriona pernah berkongsi pengalaman tentang membesarkan Jammal Raess. Menurut Catriona pengalaman membesarkan anak istimewa menguji kesabaran ibu bapa. Ibu bapa yang tidak sabar mungkin boleh ‘panas hati’ dengan karenah anak-anak istimewa ini terutama ketika mereka sedang tantrum.
Bukan mudah untuk memelihara anak istimewa dan bila difikirkan apa yang berlaku kepada adik Bella memang meruntun hati. Tambah Catriona, “Insyaallah selagi terdaya dan berdaya saya akan perjuangkan nasib adik Bella ini sampai dapat pengadilan yang sesuai.
Sebab saya ada a special son yang autisme yang mungkin daripada paras rupa nampak sempurna seperti anak-anak lain yang mungkin tak akan diapa-apakan. Tetapi saya tak boleh nak bayangkan seandainya perkara itu berlaku kepada anak sendiri.
Saya tak akan berdiam diri, saya tidak akan merelakan orang yang menganiaya seorang anak kurang upaya yang tidak mampu membela diri untuk bebas begitu sahaja.
Dan apa yang lebih mengecewakan lagi apabila pengasas dan penasihatnya mempunyai latar belakang politik dan perkara ini seolah-olah dipandang sebelah mata,” tutur Catriona yang kini lebih popular sebagai Kak Kek.
Rakyat Malaysia mahu Adik Bella yang berusia 13 tahun ini dapat pembelaan sewajarnya. “Semua orang mahu keadilan buat Bella tapi sampai sekarang masih lagi menanti apa yang akan berlaku.
Kita tahu Rumah Bonda sudah disita, kita tahu perkara ini sudah dibawa ke pihak atas, but we are still wondering what is going to happen.
Dah sampai masanya Malaysia celik mata dan bangun daripada membiarkan perkara zalim dipandang sebelah mata,” ujar Catriona.
Ibu kepada tiga orang anak ini juga menzahirkan rasa sedih melihat adik Bella beritahu dirinya kena ikat dan kena air panas. “Bayangkan kalau jadi macam ni kepada anak kita,” ucap Catriona mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan yang terkenal dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ selamat bernikah dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25, yang juga pelajarnya. Mereka berdua selamat bernikah kelmarin, sebelum diraikan pada majlis gilang-gemilang di sebuah hotel di ibu kota, semalam.
Mohd Nazri berkata, bukan mudah untuk menambat hati isterinya itu kerana perbezaan umur yang jauh antara mereka.
“Beza umur kami 22 tahun. Bukan mudah nak tawan hatinya. Tapi Alhamdulillah kami selamat bernikah pada Jumaat. Sebenarnya hari ini (semalam) genap setahun kami berkenalan.
“Kami berkenalan ketika saya menyampaikan satu ‘talk’ di sebuah universiti. Asalnya saya mengajar saham. Tapi apabila dah lama kenal, saya jumpa keluarganya. Kiranya, jumpa September tahun lalu dan Februari kami mulai serius. Jadi, lebih kurang tujuh bulan saja perhubungan kami sebelum ambil keputusan berkahwin,” katanya.
Menurutnya, dia jatuh cinta pandang pertama dengan isterinya kerana lemah lembut dan keperibadian dimiliki. “Isteri sangat manja, dia pelajar, dengar cakap dan mudah dibentuk. Jadi saya rasa macam ada satu pengecualian dalam hidup saya sebagai orang korporat. Apabila jumpa dia, kami tak bincang mengenai dunia korporat. Jadi, ia lain daripada kehidupan saya.
“Pada mula saya tengok dia, saya suka dia sebab kelembutan dimiliki dan dia manja. Kami macam ada keserasian terus dan tak rasa saya ni macam orang tua. Bagi saya, beza umur ni tak ada masalah dari awal berkenalan. Saya tak pernah jumpa budak muda yang boleh berborak dengan orang tua macam saya macam kawan-kawan,” katanya.
Dalam masa sama, Mohd Nazri berkongsi itu adalah perkahwinan kedua buatnya selepas berpisah dengan isteri pertama. “Ini perkahwinan kedua saya. Secara rasmi, hidup menduda sekejap saja. Kalau tak rasmi dah lama tak tinggal bersama dan tak sehaluan tu sudah setahun,” katanya.
Sumber dan Foto: Sudirman dari HARIAN METRO
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Edry Abdul Halim sememangnya dikenali dalam industri muzik tanah air yang pernah menggegarkan pentas hiburan menerusi kumpulan KRU yang dianggotai tiga adik-beradik berbakat. Sejak kumpulan tersebut dibubarkan pada 2018, adik Datuk Norman dan Datuk Yusry ...