Bukan Lagi Rahsia, 3 Jelitawan DE FAM Kongsi Tip Kecantikan! Boleh Tiru Ni

Penampilan yang menarik menjadi bonus buat tiga gadis ini. Gaya lincah tatkala mendendangkan lagu popular mereka #supergirls menjadikan nama mereka semakin popular dan meniti di bibir peminat lagu yang berunsurkan dance music ini. Membongkar kisah bagaimana tiga wanita ini begitu mementingkan penampilan dan penjagaan kecantikan, ia sememangnya boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan penampilan hebat dan menawan.

Nama: Azira Shafinaz Ramlan

Usia: 26 tahun

Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon

DEFINISI CANTIK UNTUK DIRI ANDA?

Pada pandangan saya, cantik itu bukan sahaja  terletak dari segi luaran semata-mata, malah kecantikan dari segi dalaman juga penting untuk setiap individu. Saya lebih mementingkan penampilan karektor seseorang kerana ia memberi nilai terhadap personaliti seseorang berbanding rupa luaran semata-mata. To me, someone character/personalities defines them beautiful inside and ou

BOLEH TERANGKAN RUTIN PENJAGAAN WAJAH YANG ANDA AMALKAN?

Saya amat mementingkan penjagaan kulit kerana kulit yang sihat mampu menaikkan lagi penampilan serta keyakinan diri/ Oleh itu, setiap hari saya akan menggunakan pembersih alat solekan atau makeup remover untuk membuang sisa kotoran di wajah. Antara jenama pembersih alat solekan yang saya gunakan ialah bioderma. Kemudian saya akan membasuh muka menggunakan sabun susu kambing seterusnya memakai pelembap wajah. Selain itu, saya akan menggunakan krim mata avokado dan serum wajah dari Kiehls dan Shiseido. Manakala pelembap wajah yang menjadi pilihan ialah dari jenama Kiehls dan jangan lupa mengenakan pelindung tabir suria. Jenama pilihan saya ialah Shiseido.

Dari kiri : Azira, Sophia & Cik Manggis

Nama: Sophia Liana Mohamed Sobri

Usia: 27 tahun

Kerjaya: Penyanyi dan Usahawan

 IDOLA ANDA DALAM BERFESYEN DAN MENGAPA ANDA MEMILIH PERSONALITI TERSEBUT?

Idola sophia dalam fesyen ialah Rihanna kerana dia sentiasa dalam penampilan yang sangat unik. Fashion scenes

 yang digayakan oleh Rihanna lebih forward dan mainstream. Pendek kata, walau apapun gaya yang dipilih, dia sentiasa tampil menarik.

GAYA SOLEKAN DAN PAKAIAN YANG ANDA GEMAR DAN MENGAPA?

Gaya solekan yang saya gemari lebih kepada natural look dan pakaian yang saya gemari lebih pada classy, streetstyle dan kasual.

ALAT SOLEKAN YANG WAJIB ADA DI DALAM TAS TANGAN ANDA IALAH…

Alat solek yang wajib ada dalam tas tangan saya ialan pelembap bibir, bedak asas, maskara dan pensil mata. Alat solek ini sering ada di dalam tas tangan untuk digunakan semasa keluar bersiar-siar mahupun menghadiri majlis formal dan tidak formal.

Dari kiri : Cik Manggis, Sophia & Azira

Nama: Nurshazwani Binti Shamsuddin (CIK MANGGIS)

Umur: 28 Tahun

Pekerjaan: Penyanyi / Pelakon / Pengacara

BERAPA KERAP ANDA MELAKUKAN RAWATAN WAJAH DAN MENGAPA?

Dua minggu sekali saya akan melakukan rawatan wajah di spa yang dipercayai. Penjagaan wajah sangat penting bagi saya lebih-lebih lagi apabila sudah berada dalam industri seni kerana penampilan akan sentiasa diperhatikan dan menilai wajah dulu sebelum aspek yang lain.Selain itu, selepas menjalani penggambaran atau persembahan yang memerlukan saya mengenakan solekan yang tebal, sudah semestinya wajah perlu dirawat agar masalah seperti jerawat tidak singgah di wajah

ADAKAH ANDA MENGAMALKAN PENGAMBILAN SUPLEMEN ATAU JAMU UNTUK MEMELIHARA KESIHATAN?

Ya. Saya mengambil supplemen untuk kecantikan dan kesihatan. Supplemen banyak membantu saya untuk mengekalkan keadaan kulit juga membuatkan saya kekal aktif pada hari-hari yang sibuk

SEBELUM TIDUR, APAKAH PERKARA WAJIB YANG ANDA LAKUKAN BERKAITAN REGIM KECANTIKAN?

Sebelum tidur, saya akan memakai krim rawatan wajah untuk malam di samping mengamalkan pengambilan minuman kolagen dan segelas air putih. Ia baik untuk memastikan kulit sentiasa kekal lembap ketika tidur. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

 

IKLAN
Share