Kehidupan berumah tangga tidak selalunya indah. Apabila perceraian menjadi pilihan terakhir, pasti ia meninggalkan kesan emosi yang dalam terhadap pasangan yang berpisah. Terpaksa berjumpa kaunselor untuk meluahkan kesedihan, inilah yang ditanggung penyanyi terkenal antarabangsa Adele, yang dilihat menangis sewaktu berkongsi pengalaman perceraian pada tahun 2019.

Seperti meluahkan apa yang terbuku di hatinya, Adele yang muncul dalam persembahan pentas ‘Weekends with Adele’ buat pertama kali di The Colosseum di Ceasar’s Palace, Las Vegas selepas tertunda sebelum ini, turut mendedahkan pertemuannya dengan kaunselor untuk sesi terapi.

IKLAN

Lebih mengejutkan, sesi tersebut berlaku lima kali sehari selepas perceraiannya dengan Simon Konecki empat tahun lepas. Pasangan suami isteri itu sudah bersama selama lapan tahun (sejak 2011) dan bergelar suami isteri selama tiga tahun. Mereka memiliki seorang anak lelaki bernama Angelo.

Bukan Mudah Bercerai, Adele Menangis Lalui Detik Sukar & Terpaksa Jumpa Kaunselor 5 Kali Sehari

 

Bukan Mudah Bercerai, Adele Menangis Lalui Detik Sukar & Terpaksa Jumpa Kaunselor 5 Kali Sehari

 

Bukan Mudah Bercerai, Adele Menangis Lalui Detik Sukar & Terpaksa Jumpa Kaunselor 5 Kali Sehari

 

Penyanyi jelita berusia 34 tahun itu sempat menitip pesan buat peminatnya agar menghargai nilai persahabatan. Kata Adele, hubungan persahabatan yang ikhlas tidak boleh dibeli, apatah lagi dibandingkan dengan hal lain di dunia.

“Hubungan akan berantakan sama ada anda berkahwin atau tidak, ia sangat sukar dan menimbulkan trauma.

IKLAN

Jadi jagalah persahabatan terutamanya di kalangan teman-teman rapat kerana mereka lebih baik daripada pasangan lelaki atau perempuan anda. Sahabat ini akan bersama sepanjang hidup kita.” Adele

Bukan Mudah Bercerai, Adele Menangis Lalui Detik Sukar & Terpaksa Jumpa Kaunselor 5 Kali Sehari
Adele bersama teman barunya, Rich Paul

 

Lapor Dailymail.uk (klik sini), penghibur Inggeris yang juga penulis lirik yang pernah berkahwin dengan usahawan dan memiliki seorang anak itu mengatakan beliau akan terus bertemu kaunselor selepas ini kerana tidak mahu hidupnya kembali kesedihan.

IKLAN

“Saya akan meneruskan sesi terapi semula seperti sebelum ini iaitu sebanyak lima kali sehari. Saya perlu bermula semula kerana telah lama berhenti dan memendam perasaan.

Saya juga mahu memastikan tahap kesihatan saya kembali pulih supaya saya boleh bertemu dan menghiburkan anda semua setiap minggu.” Adele

Bukan Mudah Bercerai, Adele Menangis Lalui Detik Sukar & Terpaksa Jumpa Kaunselor 5 Kali Sehari

 

Perkongsian Adele menjelaskan bahawa fasa perceraian sememangnya tidak mudah untuk sesiapa pun, termasuk artis berjaya seperti beliau. Namun berkat sokongan orang sekeliling dan usaha untuk keluar dari ‘fasa kesedihan’ pasti akan membuahkan hasil biarpun mengambil masa. Time heal all wounds.

Bangkit lebih kuat dan bersemangat, tidak kira seberat apa pun masalah yang pernah kunjung dalam hidup kita!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI