Sempurnanya solat itu bermula dengan sempurnanya wuduk itu. Dan kalau solat kita tak sempurna, gerenti hidup kita pun takkan sempurna. Kunci segala-galanya adalah solat.
Sebagai wanita, bermekap memang menjadi satu keperluan walaupun setakat memupuk bedak dan gincu. Tambahan pula musim raya nanti, tentu lebih banyak mekap yang dipakai, umpamanya eyeliner, maskara dan pemerah pipi.
Cuma satu hal yang selalu menyusahkan adalah ketika berwuduk. Nona tertarik dengan penjelasan Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad ini melalui Facebook Live beliau, berkenaan status wuduk jika sisa mekap masih melekat. Nampak ringan tapi berat sebenarnya. Info yang baik untuk para wanita, so jom tambah pengetahuan kita!
“Tadi ada seorang patient datang nak check mata dengan saya. Kemudian dia nak bergambar walaupun dah siap bertelekung untuk sembahyang. Saya tengok matanya, dia dah siap berwuduk tapi eyeliner masih ada.
Dia kata takpe Prof, orang kata boleh ambil wuduk macam ni. Jadi saya pun jawab tak boleh, tak sah wuduk. Eyeliner patient tu walau selepas dilap dengan tisu basah pun masih ada sisa yang tertinggal. Terpaksa pakai oil cleanser, barulah bersih dan sah wuduknya.
Saya faham wanita suka pakai eyeliner supaya mata nampak besar. Tapi risikonya adalah tak sah wuduk, malah merugikan masa. Ramai kurang tahu sebenarnya, kelopak mata atas kita adalah sebahagian anggota wuduk.
Ads
Berlainan dengan celak. Pakai celak boleh, macam saya pakai ni di kelopak bawah. Ada seorang wanita Arab pernah beritahu, garis bawah mata tu bukan anggota wuduk. Jadi boleh pakai, macam kita ikut sunah Nabi.
Begitu juga dengan produk mekap mesra wuduk lain yang senang ditanggalkan. Betul boleh pakai tapi masa berwuduk, pastikan ia ditanggalkan.
Ads
Saya sebenarnya kasihan dengan ramai di luar sana yang beli macam-macam produk. Saya tak tahulah sempurna ke tidak berwuduk dengannya. There’s no such thing as masih ada maskara atau apa pun ketika wuduk. Sama juga dengan sunblock atau apa saja yang kalis air, jawapannya tak boleh. Lipstik pun sama, especially yang tebal dan susah untuk ditanggalkan.
Saya pernah tanya sorang anak saudara saya di Mekah, macam mana dengan natural oils? Dia jawab boleh. Contohnya kita pakai minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak argan dekat muka kemudian ambil wuduk, itu boleh.
Ads
Jadi amalkan membawa sebotol minyak yang kecil ke mana-mana. Minyak zaitun contohnya, untuk cuci muka kita bersih-bersih. Lepas solat nanti, pakailah balik mekap yang kita suka tu.”
Hukum pakai bulu mata palsu?
Prof Muhaya turut memberi pendapatnya tentang amalan membuat extension bulu mata. “Saya bukan ustazah tapi setahu saya hukumnya bila kita menyambung bulu mata atau pakai bulu mata palsu ni berdosa.
Dulu saya pun pernah pakai bulu mata palsu masa shooting Mata Ke Hati. Saya tak tahu masa tu tapi seorang Ustaz ni beritahu berdosa.”
Sumber: Facebook Prof Dr Muhaya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puteri Kemboja Jenna Norodom terkenal dengan kebolehannya dalam tarian sehingga mendapat jolokan ‘Little Lisa’ kerana dikatakan memiliki persamaan dengan Lisa BLACKPINK.
Jenna Norodom adalah sosok yang menarik perhatian kerana memiliki kecantikan semula jadi di samping kelebihan bakat serta keturunan dirajanya.
Kredit Foto: Instagram @jnnanrdm
Keluarga Bangsawan
Jenna Norodom dilahirkan pada 11 Mac 2012 di Paris, Perancis.
Dia adalah anak perempuan kepada Puteri Bophary Norodom dan seorang ahli perniagaan dari Perancis, serta cicit kepada bekas Raja Kemboja, Norodom Sihanouk yang pernah menetap di China selama beberapa dekad.
Jenna Norodom juga fasih dalam lima bahasa iaitu Khmer, Thai, Cina, Inggeris dan Perancis.
Bakat Luar Biasa Dalam Seni
Jenna Norodom dikenali sebagai seorang pelakon, penyanyi dan pemuzik berbakat besar. Tahun lalu, Jenna Norodom mendapat populariti dan menjadi tajuk utama dalam pelbagai online media.
Puteri Kemboja ini turut mendedahkan dia adalah peminat tegar beberapa kumpulan K-pop seperti BTS, BLACKPINK, dan (G)I-DLE.
Jenna Norodom yang kini berusia 13 tahun menjadi popular dalam industri hiburan dan sering diundang ke pelbagai acara fesyen serta rancangan televisyen.
Jenna Norodom juga terkenal dengan bakatnya dalam nyanyian dan lakonan.
Jenna Norodom memulakan kerjayanya dalam industri hiburan sebagai pelakon dan penyanyi ketika berusia enam tahun.
Pada 2022, Jenna Norodom menyertai KWAVE Entertainment, sebuah agensi hiburan Korea yang beroperasi di Kemboja, untuk mengejar impiannya sebagai penyanyi K-pop.
Jenna Norodom banyak mengeluarkan lagu kolaborasi berjudul ‘You Da One’ bersama penyanyi tersohor BOBO.
Walaupun sangat meminati muzik, Jenna lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada pengajiannya serta kerjaya yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Kemboja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terserlah kebahagiaan di riak wajah 3 artis jelita ini yang baru bergelar ibu. Apatah lagi baru-baru ini berpeluang meraikan Syawal bersama bayi sulung mereka. Nur Fazura, Zahirah Macwilson dan Tasha Shilla juga nampaknya semakin berseri-seri! Jom jenguk koleksi foto mereka bersama yang tersayang.
Dari kiri: Tasha Shilla, Nur Fazura dan Zahirah Macwilson.
NUR FAZURA
Suri hati jejaka tampan, Fattah Amin ini sentiasa tampil menawan biarpun sudah bergelar ibu kepada cahayamata perempuan yang sangat comel, Nur Fatima Aisya. Bayi sulungnya itu dilahirkan pada Jumaat tanggal 2 Oktober 2020 bersamaan dengan 14 Safar 1442 Hijrah. Tujuh hari selepas kelahiran, Nur Fazura dan Fattah mendedahkan nama anak sulung mereka itu selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. Ternyata, kehadiran Nur Fatima Aisya menambahkan lagi seri dan kebahagiaan rumahtangga pasangan popular ini.
ZAHIRAH MACWILSON
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita ini. Isteri kesayangan kepada aktor kacak, Aiman Hakim Ridza. Pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan putera sulung yang sangat comel berlesung pipit diberi nama, Isaac Raees. Zahirah melahirkan bayinya pada 5 Januari 2021 pada jam 2.26 waktu tempatan Australia. Berita gembira itu dikhabarkan menerusi Instagram dan menganggap ianya hadiah paling bermakna pernah diterima.
TASHA SHILLA
Baru sahaja bergelar ibu, Tasha Shilla memanjatkan kesyukuran dengan kehadiran putera sulungnya yang sangat comel. Tasha selamat melahirkan Raees Zander di bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadan ke-12 bersamaan dengan 24 April 2021 pada Sabtu. Tasha turut menzahirkan ungkapan terima kasihnya buat suami tersayang, Atiq Idris yang sentiasa memberi kekuatan dan kebahagiaan buat dirinya selama ini seterusnya menjadi ibu yang terbaik buat anak mereka.
Ramai yang mengambil mudah soal penjagaan kulit terutamanya apabila tiba bulan Ramadan. Bukan apa, kesihatan kulit juga sama pentingnya dengan kesihatan tubuh badan. Bagaimana caranya?
Biasanya pada bulan Ramadan, ramai yang tidak mengambil cecair atau minum air putih yang secukupnya sehingga menyebabkan kulit menjadi kering dan merekah. Terdapat banyak lagi alasan yang digunakan sempena kehadiran Ramadan untuk anda culas menjaga kecantikan kulit. Mungkin tip di bawah boleh anda jadikan panduan.
Bagaimana anda boleh menjaga kulit pada bulan Ramadan?
Bersihkan kulit wajah dengan rejim skrub dan pelembap. Ia adalah untuk menggalakkan sel kulit mati yang disebabkan oleh kekurangan cecair dalam badan, mengembalikan tahap mineral semula jadi pada kulit dan penghasilan minyak pada wajah.
Puasa menghidrasi tubuh dan kulit wajah. Pada waktu iftar, adalah penting agar anda hidrasi semula tubuh dan kulit dengan minum air putih secukupnya.
Dicadangkan agar di antara waktu iftar dan sahur, anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air putih sebagai pengganti cecair lain yang masuk ke dalam tubuh.
Fakta:
Tubuh manusia hanya mampu menyerap 50 hingga 60 peratus jus buah-buahan manakala 20 hingga 30 peratus soda.
Makan dengan sihat. Terdapat banyak jenis makanan yang boleh mengembalikan hidrasi pada kulit seperti kacang gajus atau badam. Kekacang ini mengandungi fiber sihat, asid lemak dan protein yang boleh mengekalkan keserian wajah.
Buah-buahan seperti strawberi dan beri biru tinggi kadar antioksidan di mana ia adalah kandungan positif pada kulit wajah sihat. Tamar atau kurma juga merupakan sumber antioksidan, vitamin A, zat besi, potasium, kalsium dan magnesium yang menawarkan kesihatan kulit yang optimum.
Manakala buah aprikot pula membantu dalam proses pencernaan.
“Finding the right with the right dosage”
– Benjamin Ruiz, Global Creative Artistry Laura Mercier Cosmetics
Penjagaan kulit tidak hanya terhad kepada kaum wanita sahaja. Malah lelaki juga perlu lebih teliti soal ini kerana mereka adalah orang yang paling ramai menafikan mengenai rawatan kulit wajah. Global Creative Artistry Laura Mercier memberikan tip yang boleh dijadikan panduan bagi para lelaki untuk tampil bersih dan berseri pada wajah.
“Lelaki juga tidak boleh lari daripada merapikan kulit wajah. Ada sesetengah lelaki termasuk saya menggunakan concealer bagi menyembunyikan noda-noda terutamanya lingkaran gelap di bawah mata. Tidak perlu gunakan dos yang banyak kerana sebagai lelaki, pemakaian solekan tidak perlu kelihatan begitu ketara.
Bagi rejim penjagaan harian, saya memilih pencuci wajah buih atau foaming cleanser yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk berminyak, kering dan normal. Hanya gunakan pada waktu malam untuk membersihkan kekotoran yang terhasil dari pencemaran udara dan terus tidur. Keesokan hari, hanya perlu sapukan pelembap untuk mengembalikan kelembapan pada kulit.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.