Bukan akal yang tak waras, tapi kemurungan, cemas yang tidak berasas, gangguan jiwa atau rasa putus asa untuk meneruskan hidup juga merupakan simptom awal penyakit mental. Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut setiap tahun pada 10 Oktober bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penjagaan kesihatan mental ini.

Kesihatan mental merangkumi faktor kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial manusia. Ia mempengaruhi cara kita berfikir, merasa dan bertindak. Hal ini juga menentukan cara kita menangani stres, berkomunikasi dengan orang lain dan membuat keputusan atau pilihan dalam hidup.

IKLAN

Namun apabila kesihatan mental terjejas, maka gangguan atau penyakit mental juga timbul. Nak tahu faktor penyebab masalah kesihatan mental di kalangan wanita?

 

(1) KEHAMILAN

Bukan Tak Waras Tapi Cemas Tak Berasas, Ini 3 Sebab Utama Masalah Kesihatan Mental Wanita

 

Perubahan fisiologi yang dihadapi wanita selama kehamilan dan kelahiran anak meninggalkan impak yang luar biasa. Sekurangnya 41 peratus wanita menderita beberapa bentuk depresi pasca kelahiran yang membuktikan bahwa perubahan fisiologi kemungkinan berperanan penting dalam masalah kesihatan mental.

Turut dikenali sebagai meroyan, keperluan budaya untuk para ibu menjaga bayi pada waktu-waktu awal juga menyebabkan tekanan. Apatah lagi jika mendapat pasangan yang tidak membantu, trauma kelahiran, kemiskinan atau stres juga cenderung mengakibatkan depresi.

 

(2) HORMON

IKLAN

Bukan Tak Waras Tapi Cemas Tak Berasas, Ini 3 Sebab Utama Masalah Kesihatan Mental Wanita

 

Setiap wanita mempunyai paras hormon yang berbeza dengan lelaki. Wanita dikatakan menghasilkan serotonin yang lebih rendah, iaitu hormon yang bertugas membawa pesanan ke dalam otak. Kekurangan serotonin menyebabkan masalah kesihatan seperti depresi dan cemas.

IKLAN

 

(3) TRAUMA

Bukan Tak Waras Tapi Cemas Tak Berasas, Ini 3 Sebab Utama Masalah Kesihatan Mental Wanita

 

Peristiwa trauma kerap dialami wanita hingga mengubah gaya hidup, psikologi dan kesehatan mental. Trauma merupakan faktor penyebab untuk sejumlah masalah kesihatan mental seperti post-traumatic stress disorder (PTSD).

PTSD atau gangguan stres pasca trauma adalah gangguan mental yang muncul setelah seseorang mengalami peristiwa yang bersifat trauma. Oleh yang demikian, isu kekerasan gender dan perlakuan buruk yang menimbulkan trauma boleh menjadi penyebab kesihatan mental yang serius terhadap wanita.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI