Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya, Cinta Sempurna, Terukir Di Bintang, Decorate, I Wanna Go dan Live Your Life, yang pernah menjadi trend suatu masa dahulu dan mengubah landskap industri muzik tempatan hadir dengan sebuah hadiah daripada hati, meraikan 10 tahun pembabitannya sebagai penyanyi di Amerika Syarikat.

IKLAN

Bukti Kejayaan 10 Tahun Di Amerika Syarikat, Album Terbaru YUNA Raih 8 Juta Strim Selepas Dilancarkan

Yuna atau nama sebenar Yunalis binti Mat Zara’ai memiliki personalitinya sendiri. Setiap melodi yang dilantunkan pasti membuai perasaan. Gemersik alunan suaranya seolah-olah membawa pendengar ke mimpi yang indah. Setiap bait lirik menyentuh perasaan. Gaya fesyennya juga seringkali mencuri tumpuan media antarabangsa kerana mampu memecahkan tembok besar antara fesyen hijab dan gaya barat. Ternyata, Yuna satu dalam sejuta.

Bukti Kejayaan 10 Tahun Di Amerika Syarikat, Album Terbaru YUNA Raih 8 Juta Strim Selepas Dilancarkan

Baru sahaja melancarkan album studionya yang kelima, ‘Y5’ dianggap sebagai sebuah metafora sebagai bukti kejayaannya menjadi penyanyi antarabangsa yang menapak di Amerika Syarikat selama 10 tahun. Lantas, ‘Y5’ hadir mengubat rindu peminat setia.

Berkongsi berita gembira di laman Instagram, penyanyi yang pernah membuat persembahan di program Jimmy Kimmel Live! ini teruja apabila ‘Y5’ meraih lapan juta strim biarpun baru sahaja dilancarkan dua minggu lalu.

Menurut Yuna dalam perkongsiannya, pencapaian itu amat memberi makna yang mendalam kepadanya sebagai seorang artis indie. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

8 juta strim selepas 2 minggu melancarkan ‘Y5’! Terima kasih kepada peminat. Bagi artis indie seperti saya, ia sesuatu yang menakjubkan.

Tambahnya lagi, dia berasa begitu teruja dengan projek pembikinan ‘Y5’ ini. Malah turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada peminat-peminatnya terutamanya dari Kuala Lumpur dan Los Angeles yang sudah mendengar ‘Y5’ dan memberi ruang dan peluang kepada gadis berasal dari Malaysia ini untuk terus bersinar.

IKLAN

Sayang anda semua dan terima kasih kerana menjadikan gadis kecil Malaysia ini terus bersinar. Ayuh naikkan kiraan nombor supaya saya boleh melakukan siri jelajah di bandar anda!

Melihat di ruangan komen, ramai yang memberi komen positif mengenai ‘Y5’ dan menyatakan bahawa ia merupakan salah satu albumnya yang terbaik.

Bukti Kejayaan 10 Tahun Di Amerika Syarikat, Album Terbaru YUNA Raih 8 Juta Strim Selepas Dilancarkan

Kongsi Yuna dalam temu bualnya bersama NME, berbeza dari albumnya sebelum ini, ‘Y5’ diperkenalkan dengan pengenalan empat buah lagu secara berperingkat iaitu ‘Y1’ pada Mac, diikuti oleh ‘Y2’, ‘Y3, dan ‘Y4’ yang dilancarkan pada Mei, Julai dan September. 

IKLAN

Bukti Kejayaan 10 Tahun Di Amerika Syarikat, Album Terbaru YUNA Raih 8 Juta Strim Selepas Dilancarkan

Menurut penyanyi yang pernah meraih Anugerah Kembara di Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM-16), ia merupakan kaedah yang sama digunakan saat pertama kali dia berkongsi muziknya di laman Myspace iaitu secara berperingkat.

Tahniah diucapkan kepada Yuna diatas kejayaan albumnya ini. Semoga Yuna terus menghasilkan muzik yang berkualiti dan terus mengharumkan nama negara di arena antrabangsa.

Sumber gambar: Instagram Yuna

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI