Di Malaysia, kini banyak apartmen yang tumbuh bak cendawan khususnya di kota metropolitan. Salah satu jenis yang kian menjadi pilihan ialah apartmen studio. Sesuai dengan namanya studio, apartmen ini hanya terdiri daripada satu ruang sahaja. Ruangan tersebut digunakan untuk pelbagai aktiviti contohnya sebagai ruang makan, menonton serta dapur.
Dengan keluasan minimum, tidak hairanlah kebanyakan penghuni apartmen studio cukup kreatif dalam menghias ruang kediaman mereka. Kesilapan kecil saja dalam menghias pasti akan menjadikan ruang semakin sempit dan berselerak. Sebelum mendekorasinya fokuskan kepada perkara-perkara berikut.
IKLAN
(a) Konsep
Tentukan konsep yang sesuai dan fungsional agar anda boleh memberikan tumpuan terhadap penataan interior yang lebih tersusun, kemas dan bersih. Pandangan akan lebih tenang saat melihatnya.
(b) Privasi
Anda boleh menjadikan almari sebagai rak buku sebagai lambang privasi anda. Secara tidak langsung, anda dapat menikmati sebuah suasana yang lebih tenang tanpa gangguan dengan adanya almari yang bertindak sebagai pemisah.
(c) Ruang Tidur
Jika anda tinggal berdua atau lebih, disarankan penggunaan sofa bed yang merupakan salah satu pilihan tepat bagi memudahkan anda menghias apartmen studio. Selain itu, sofa jenis ini bukan sekadar boleh digunakan sebagai tempat duduk bahkan dijadikan tilam untuk tidur. Sungguh praktikal bukan?
(d) Ruang Makan
Penyelesaian terbaik ialah menyediakan sebuah meja makan jenis lipat. Anda boleh menyembunyikannya di pantri kabinet jika tidak digunakan. Lebih kreatif, anda boleh mereka sendiri meja makan asalkan tidak mengambil terlalu banyak ruang.
IKLAN
(e) Perabot
Menempatkan perabot berukuran besar adalah lebih baik berbanding perabot berukuran kecil dengan jumlah yang banyak. Ini kerana ia hanya akan membuatkan ruang kediaman lebih sempit yang akan mengganggu laluan pergerakan.
IKLAN
(f) Susunan
Susun perabot secara vertikal yang akan menyenangkan pandangan, memudahkan pergerakan serta mengubahsuai kedudukan perabot dalam sebuah ruang kediaman yang berukuran kecil.
(g) Kaca
Gunakan kaca sebagai pemisah ruang kediaman. Ia bukan hanya digunakan sebagai pembatas, ia turut menjaga privasi penghuninya seterusnya menjadikan ruang kediaman terlihat lebih luas dan terang.
(h) Almari
Gunakan almari serba guna yang bukan hanya digunakan sebagai tempat penyimpanan pakaian malah turut boleh digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan memasak dan aksesori apartmen anda. Almari serba guna juga dapat digunakan sebagai pembatas ruang kediaman. Amy Mohd
Orangnya memang cantik dan punya aura tersendiri. Pernah mencipta nama di Malaysia menerusi drama dan lakonan filemnya, Revalina S. Temat kini dilihat selesa menguruskan keluarga di samping mengusahakan perniagaan sendiri berbanding karier seni.
Dalam masa sama, Revalina juga ligat menjalin kolaborasi bersama jenama-jenama busana muslimah di Indonesia dalam mempromosikan karya kreatif usahawan di sana dan mengangkat fesyen muslimah ke tahap lebih tinggi.
Terbaharu, dia bekerjasama dengan selebriti yang juga usahawan Zaskia Mecca menerusi koleksi eksklusif Bia by Zaskia Mecca X Revalina S. Temat, Yunani Edition.
Walau sudah 18 tahun fenomena sinetron Indonesia ‘Bawang Merah Bawang Putih’ berlalu namun impak drama tersebut masih terkesan di hati penonton tanah air hingga ke hari ini.
Gandingan mantap Revalina sebagai Bawang Putih dan Nia Ramadhani yang membawa watak Siska ketika masing-masing baru mencecah usia remaja membuatkan ramai penonton Malaysia tertarik dengan kecantikan mereka berdua.
Seiring peningkatan usia, Revalina atau nama sebenarnya Revalina Sayuthi Temat yang kini berstatus isteri dan ibu dua anak tampil cantik menawan dengan pesona memikat. Dia mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan jejaka pilihan, Rendy Aditwa Gunawan.
Revalina yang ketika zaman gadisnya sering berpakaian seksi kini menjadi tumpuan para hijabi apabila memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah pada tahun 2017.
Dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya sederhana.
Revalina melahirkan anak keduanya, Rajendra Satya Razzani secara pembedahan pada Januari 2019. Biarpun sudah beranak dua tapi jelitawan berusia 36 tahun ini bijak menjaga penampilan diri.
Sepanjang pembabitan dalam bidang seni, Revalina pernah membintangi beberapa drama popular Indonesia antaranya Assalamualaikum Beijing, Perempuan Berkalung Sorban dan Hijrah Cinta.
Memperlahankan kerjaya seni sejak berumah tangga dan mempunyai anak, dia bagaimana pun aktif menjana pendapatan sebagai usahawan dengan bergelar pemilik label pakaian Tifle’s by Revalina S Temat.
Personaliti ini juga sering mengenakan gaya sopan dan elegan. Mengintai fesyen pilihan Revalina jelas menggambarkan peribadinya yang gemar menyarung busana santai. Memang serba sederhana. Dengan menggayakan tudung bawal dan solekan ringkas, ia sudah memadai untuk menyerlahkan kelembutan wajah Revalina.
Wajah teruja dan penuh kesyukuran jelas terlihat di wajah Krisdayanti apabila anak sulungnya, Aurel Hermansyah kini sarat hamil. Kandungan Aurel kini memasuki angka 7 bulan. Krisdayanti turut berkongsi momen menganjurkan majlis Mitoni untuk anak tersayang yang diadakan baru-baru ini.
Menurut masyarakat Jawa, tradisi Mitoni dilakukan bertujuan mendoakan bayi yang dikandung agar diberi kelancaran ketika proses kelahiran di samping memanjatkan doa agar dijauhkan dari pelbagai kekurangan dan bahaya. Dipercayai pada usia ini, anak dalam kandungan sudah memiliki jiwa dan keselamatannya harus dijamin. Bagi masyarakat Jawa, upacara “Mitoni” merupakan rantaian pusingan hidup masyarakat yang dilakukan hingga ke hari ini.
Jika di Malaysia, ia mempunyai banyak persamaan dengan tradisi melenggang perut di mana ia diadakan apabila ibu hamil memasuki trimester ketiga kandungan.
Aurel bertuah kerana tradisi Mitoni ini masih lagi diamalkan dalam keluarga besarnya yang sememangnya mengamalkan tradisi masyarakat Jawa yang kaya dengan pelbagai adat dan tradisi.
Menurut carian di laman web, terdapat beberapa proses utama dalam upacara Mitoni antaranya termasuklah upacara siraman pada waktu siang kerana waktu itu dipercayai turunnya para bidadari kayangan untuk mandi. Selain itu, antara upacara yang dilakukan termasuklah proses menggantikan pakaian atau kain sebagai simbolik penamat upacara tersebut.
Untuk rekod, ini merupakan kehamilan kedua Aurel hasil perkahwinan dengan suami tersayang, Atta Halilintar. Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada April 2021 dan dikurniakan seorang puteri, Ameena Hanna Nur Atta.
Majlis yang dianjurkan oleh pasangan popular Indonesia ini dilihat menampilkan gaya dekorasi elegan dan mewah dengan penggunaan bunga-bungaan segar melatari segenap ruang ballroom berkenaan.
Malah, mereka sekeluarga mengenakan busana kebaya tradisional nuansa ungu yang elegan untuk majlis berkenaan. Krisdayanti telah menghadiri majlis mitoni anak perempuannya itu yang diadakan dalam suasana cukup mewah dan penuh tradisi di sebuah hotel terkemuka di Jakarta.
Sekadar informasi, hasil pengkongsian hidup dengan bekas suami, Anang Hermansyah, pelantun lagu Menghitung Hari ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aurelie dan Azreil. Manakala perkahwinannya yang terkini bersama Raul Lemos turut dikurniakan dua cahaya mata, Amora dan Kellen.
Mengusung jenama Hidaya International pada awal penglibatan dalam bidang fesyen ternyata bukan mudah. To’ Puan Seri Hidayah sebenarnya bermula sebagai seorang peguam selama hampir lima tahun sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada karier tercinta.
“Dua tahun saya bekerja sebagai pegawai undang-undang di sebuah syarikat guaman dan selebihnya saya berkhidmat di Bank Negara Malaysia. Sebagai seorang peguam, tentunya banyak masa habis di pejabat. Kerana itu suami mencadangkan agar saya ‘berehat’ dan menumpukan perhatian kepada anak-anak. Kerana akur dengan permintaan itu, saya pun meletakkan jawatan.
Sukar juga menyesuaikan diri selepas berhenti kerja. Saya memang tak betah duduk diam, bimbang otak berkarat nanti! Tetapi demi anak-anak, tujuh tahun juga saya melihat mereka membesar di depan mata. Nak dijadikan cerita, sewaktu anak bongsu saya berusia tujuh tahun, suami terpaksa ke Arab Saudi untuk bekerja. Tinggallah kami empat beranak di Malaysia dan keadaan itu cukup menyukarkan kami untuk bersama,” cerita isteri kepada YAM Tengku Badrulzaman ibni Almarhum Sultan Mahmud ini.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Sambung bonda kepada tiga cahaya mata, YM Tengku Emira Shaza, YM Tengku Muhammad Ryan Faiz dan YM Tengku Reyad Feysal ini lagi, mereka mula tinggal sendiri selepas suaminya berhijrah ke Arab Saudi. Seringkali kerinduan terubat dengan berkunjung ke sana, baik bersama anak-anak ataupun sendirian. Dalam perjalanan itu, bermulalah titik baru yang mengubah keseluruhan rencana hidup To’ Puan Seri Hidayah.
“Setiap kali bertemu suami, saya pasti akan mengenakan abaya. Di Malaysia, pemakaian abaya dulunya hanya untuk mengerjakan umrah dan haji, itu pun daripada material yang biasa dengan rekaan yang ringkas. Jadi saya suka melabur pada abaya yang cantik-cantik dari sana. Maklumlah wanita memang suka benda yang cantik di mata.
Tapi alhamdulillah, pelaburan itu sangat berbaloi kerana bila balik ke Malaysia, ramai kenalan yang berminat dengan abaya saya. Mereka berkenan dan terus membuat kiriman untuk dibawa pulang ke Malaysia. Jadi sudah menjadi kebiasaan setiap kali pergi ke Arab Saudi, saya akan bawa pulang abaya yang mereka kirim. Semua saya mulakan kerana suka-suka sahaja. Seronok bila kawan-kawan suka apa yang ada di badan kita, tambahan pula busana yang modest and nice!” ujarnya.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Cabaran Berniaga
Selepas dua tahun berulang-alik dari Malaysia ke Arab Saudi, akhirnya To’ Puan Seri Hidayah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Abu Dhabi bersama anak-anak. Memilih suasana dan persekitaran yang lebih Islamik untuk keluarga serta jarak perjalanan yang lebih hampir dengan suami memudahkan mereka bertemu setiap minggu, To’ Puan Seri Hidayah dipandu Allah untuk sesuatu yang lebih besar untuknya.
“It was an interesting adventure in life. Hidup di perantauan memang banyak dugaan. Kita tidak ada kenalan, jauh sekali keluarga untuk minta tolong dalam keadaan susah. Untuk kemudahan klinik dan hospital juga wajib ada insurans. The way of living were different. Saya nak mulakan perniagaan pun sukar tetapi saya kenangkan banyak pilihan terbaik datang dari sini.
Bayangkan seorang wanita yang tidak ada latar belakang perniagaan mengorak langkah di bumi asing. Saya bertemu tukang jahit, saya cari kilang sendiri malah saya juga yang mengusung gulungan kain untuk dibuat abaya. Hanya berbekalkan sedikit duit poket dan simpanan, saya gunakan kesemuanya untuk memperkenalkan fesyen abaya di Malaysia. Suami menjadi pendorong utama. Dengan modal membeli 12 helai abaya, saya bawa rekaan itu ke Malaysia dan semuanya habis diborong kawan-kawan dan keluarga!
Foto: Koleksi Majalah Nona
Bila saya mulakan perniagaan, cabaran terbesar adalah mendapatkan kepercayaan pembeli. Begitu juga dengan pengilang, banyak kali saya ditipu dari segi harga dan material yang ditawarkan. Mentang-mentang kita wanita, mereka pandang kita sebelah mata. Mereka jual kain lebih mahal dari harga sepatutnya. Itupun tukang jahit yang beritahu, jika tidak memang sampai bila-bila saya terus ditipu.
Bukan itu saja. Nak dapatkan ilmu dan tip dari mereka pun sukar. Iyalah, orang dari negara lain hendak berniaga barangan yang menjadi kebanggaan mereka, tentulah mereka tidak suka. Tetapi saya bulatkan hati. Malah saya pernah mendapatkan perkhidmatan seorang konsultan namun motivasi saya terus jatuh kerana dia sendiri tidak percaya saya mampu membawa rekaan abaya ini ke tanah air,” ujarnya.
Allah mengatur perjalanan hidup manusia dengan cukup sempurna. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita cuma kadangkala kita tidak sedar sehinggalah kita sendiri berasa puas dengan usaha yang dilaksanakan.
“Selain halangan yang datang dari sekeliling, baru saya sedari halangan terbesar adalah dari diri saya sendiri. Cabaran saya adalah my own insecurity. Saya teragak-agak dengan keputusan berniaga tapi lama-kelamaan saya sedar, itulah aset terbesar yang saya ada. Setiap hari saya mengajar diri agar yakin dengan setiap langkah yang diambil dalam kehidupan, terutamanya untuk Hidaya International.
Nobody thought I can do it. Saya pasarkan abaya saya secara online tetapi tempahan diterima adalah melalui telefon dan booth jualan. Saya tahu, pelanggan berat hati untuk melakukan transaksi lebih dari RM500 di talian tanpa melihat dengan mata sendiri rekaan itu. Tetapi saya sangat percaya, branding adalah kunci untuk menjadikan sesebuah perniagaan itu berjaya!”
Banyak modal dilaburkan oleh To’ Puan Hidayah untuk merealisasikan branding yang sempurna. Gambar-gambar menarik perlu diambil untuk menarik perhatian pelanggan untuk membeli abaya yang dipertaruhkan. Meskipun terpaksa mencari jurufoto terbaik dari Lebanon, beliau yakin itu akan menjadi titik tolak beliau membawa nama Hidaya International ke Malaysia. “Kebetulan, jurufoto yang saya upah bernama Taufik. Mungkin gabungan nama ‘Taufik’ dan ‘Hidayah’ adalah petunjuk dari Allah untuk saya!” ketawa besar To’ Puan Seri Hidayah mengimbau sejarah itu.
“Selepas melalui pelbagai dugaan, akhirnya kini kami memiliki sebuah butik di Bangsar. Sebelum ini, kami hanya menumpang di studio apartment yang disewa sebagai showroom. Paling tidak pun, ada kawan-kawan yang sudi untuk ‘meminjamkan’ kepada kami kediaman mereka untuk mengadakan majlis tea party. Bagi saya, butik ini juga adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.
Kini kami sedang merancang untuk membina sebuah kilang bagi memudahkan proses menghasilkan abaya. Kalau dulu memang saya dan keluarga tinggal di Abu Dhabi. Tidak ada masalah untuk berulang-alik ke kilang di sana. Tetapi disebabkan kami semua sudah kembali ke tanah air, maka lebih baik jika kilang tersebut dibina di sini. Prosesnya tetap sama, saya akan memilih sendiri material, mencari fabrik sesuai dan bersama tukang jahit untuk meneliti hasil kerja tangan mereka. InsyaAllah, kami sedang berusaha untuk menghasilkan pakaian ready-to-wear juga.
Sejak melalui saat sukar di negara orang, saya belajar untuk sentiasa mengamalkan zikir pagi dan zikir petang. Zikir itulah yang memberi ketenangan kepada saya apabila tiba saat-saat sukar. Ramai juga yang kata, saya senang berniaga kerana mengahwini ‘seseorang’ sedangkan ini semua saya usahakan dan turut melalui laluan yang sangat sukar. Saya percaya apabila kita menjaga solat, jaga hubungan dengan Allah, Allah akan bantu kita. Hidup saya bergantung kepada rahmat Allah,” bicara To’ Puan Seri Hidayah dalam nada sebak.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...