Fenomena drama sinetron ‘Bawang Putih Bawang Merah’ suatu ketika dulu cukup terkesan hingga ke hari ini. Gandingan mantap Nia Ramadhani sebagai Bawang Merah dan Revalina S Temat sebagai Bawang Putih ketika masing-masing masih bergelar anak dara turut membuatkan ramai jejaka di Malaysia tertarik dengan kecantikan mereka berdua. Seiring peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina yang kini memegang status isteri dan ibu masih terserlah dengan aura tersendiri.
Mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan pilihan hati, Rendy Aditwa Gunawan … Revalina yang ketika zaman gadisnya dilihat berpakaian seksi memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah sekitar tahun 2017 lalu. Dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya dengan tudung bawal!
Ads
Ads
Terbaru sempena kehadiran Syawal, Revalina turut berkongsi foto terkininya menyambut Hari Raya di samping keluarga tercinta. Memilih persalinan sedondon turquoise dengan suami, gaya Revalina yang berjubah dan bertudung labuh sekali lagi mencuri tumpuan. Memang serba sederhana.. dengan memakai serkup biasa berwarna putih, bawal satin rona champagne dan solekan ringkas, memadai untuk menyerlahkan kelembutan wajah wanita berusia 32 tahun ini.
Ads
Memasuki 2 Syawal semalam, potret keluarga bahagia ini memilih persalinan putih bersih. Haih.. orang cantik, pakai apa pun tetap nampak cantik!
Sumber: Instagram Revalina Temat
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita sedar tentang kepentingan penampilan diri lebih-lebih lagi apabila bekerja di sektor korporat. Tugas yang banyak berjumpa dengan pelanggan atau tokoh korporat menjadikan penampilan sangat penting untuk meningkatkan keyakinan diri dan menjaga reputasi syarikat. Salah satu cara untuk mencapai tujuan ini adalah dengan menyertai kursus.
September lalu, Persatuan Pegawai Kanan Kastam (PERKASA) Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Unit Latihan Ibu Pejabat JKDM telah menganjurkan ‘Bengkel Pemantapan Imej Korporat Bersama Majalah Nona’ bertempat di Putra Lounge, Aras 3 Selatan, Ibu Pejabat JKDM, Presint 2 Putrajaya. Peserta bengkel ini terdiri daripada pegawai kanan kastam seramai 60 orang.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam mengenal pasti imej yang bersesuaian dengan majlis atau situasi. Selain itu, peserta juga dapat memahami kelebihan imej diri untuk diserasikan dengan budaya kerja dan organisasi serta dapat mengamalkan gaya keterampilan profesional yang disenangi ramai. Para pegawai juga dapat memenuhi keperluan untuk berhubung dengan orang lain dengan lebih efisien.
Antara slot yang telah diadakan adalah ceramah mengenai ‘Etika Membina Perhubungan Profesional’ yang telah disampaikan oleh Editor Majalah Nona iaitu Kiffy Razak. Slot ‘Tutorial Hijab’ telah diajar oleh Bee Ramza manakala ilmu menata rias telah disampaikan oleh jurusolek artis terkenal iaitu Ayang Kamell dengan kerjasama Avon yang menaja peralatan alat solek untuk para peserta. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kos perubatan dijangka akan meningkat sebanyak 12.7%** dalam tempoh 5 tahun akan datang. Tingginya!
Dengan peningkatan ni, keadaan pasti akan menyebabkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan millennial, menghadapi kesukaran melunaskan bil perubatan yang kian melambung sekiranya mereka perlu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan atau pembedahan.
Jadi menyedari hakikat berkenaan dan bagi memastikan golongan millennial mempunyai perlindungan yang secukupnya ketika mereka baru mengorak langkah untuk berdikari, AXA AFFIN Life Insurance Berhad telah melancarkan Kad Perubatan Online yang pertama di pasaran Malaysia.
AXA eMedic dapat membantu golongan millennial yang terdiri dari kalangan profesional serta keluarga muda membuat persediaan untuk menghadapi situasi luar jangkaan.
Dengan pelancaran eMedic, AXA AFFIN Life kini menawarkan insurans nyawa, kesihatan serta perlindungan kanser secara dalam talian dengan hanya beberapa klik sahaja dan ini menjadikan AXA AFFIN sebagai perintis digital disrupsi di Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meresahkan. Mencabar. Berbeza. Mungkin inilah yang kita fikirkan tentang tahun 2020 tapi realitinya menerusi Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2020, tingkah laku kewangan rakyat Malaysia pada tahun ini tidak banyak berubah.
Sebentar tadi, pembentangan Belanjawan 2021 merekodkan perbelanjaan terbesar dalam sejarah negara iaitu membabitkan sejumlah RM322.5 billion. Ia dilihat mampu meringankan beban rakyat sewaktu berdepan impak COVID-19 yang jelas menjejaskan pertumbuhan ekonomi seluruh dunia.
Hasil tinjauan mendapati 76% rakyat Malaysia mendakwa bahawa kewangan masing-masing adalah terkawal (sedikit kenaikan daripada 69% tahun lalu).
Walau bagaimanapun, 46% responden mengakui sering membelanjakan seluruh atau lebih daripada gaji bulanan mereka. Sementara itu, 53% pula mengaku bahawa mereka tidak mampu bertahan lebih dari 3 bulan tanpa gaji dengan wang simpanan yang ada.
Golongan belia (umur 35 tahun ke bawah) lebih membimbangkan kerana 60% belia tidak mampu bertahan lebih dari 3 bulan tanpa sebarang wang simpanan.
“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada bulan Mac, ekonomi negara sangat terjejas. Sepanjang tempoh tersebut, ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pendapatan kukuh kerana mereka tidak boleh keluar bekerja, dipotong gaji, atau pun dihentikan kerja kerana syarikat terpaksa mengurangkan kos,” kata Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif RinggitPlus, Hann Liew.
Disebabkan wabak Covid-19, 27% masyarakat Malaysia sedar betapa pentingnya dana kecemasan. Statistik moratorium pinjaman automatik turut menyokong sentimen ini.
Menurut Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), terdapat lebih daripada 7.7 juta peminjam di Malaysia yang mengambil moratorium pinjaman. 16% responden kajian ini juga mengaku bahawa mereka masih belum mampu meneruskan pembayaran balik apabila tempoh moratorium tamat.
Di sebalik itu, pandemik ini juga telah menyebabkan satu perubahan ketara dalam tingkah laku perbelanjaan masyarakat Malaysia. 88% menyatakan bahawa mereka lebih kerap membuat pembayaran menerusi kaedah tanpa tunai atau tanpa sentuhan. Malahan, 90% responden mempunyai e-dompet dalam telefon pintar mereka.
Ini adalah kajian terbesar RMFLS oleh RinggitPlus sejak dilancarkan pada tahun 2018, dengan jumlah 10,628 responden dari seluruh negara – yang mana persampelan berstrata telah dilakukan untuk mencapai sampel yang mewakili populasi negara Malaysia.
Celik Literasi Kewangan
Sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan literasi kewangan di negara ini, RinggitPlus juga mengumumkan pelancaran myRinggitHealth, satu perkhidmatan baru yang membolehkan masyarakat Malaysia mengakses dan memahami kesihatan kewangan mereka dengan segera, di mana sahaja dan pada bila-bila masa secara percuma.
Pertama di Malaysia, myRinggitHealth adalah perkhidmatan integrasi di aplikasi WhatsApp yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan chatbot yang akan membantu mereka memeriksa skor kredit mereka. Apa yang menarik adalah chatbot ini juga boleh membantu membimbing pengguna dan memberikan nasihat, berdasarkan status kewangan mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.