Calon pilihan raya yang aktif dan ‘popular’ di media sosial mempunyai peluang tinggi untuk menambat hati pengundi, terutamanya golongan muda yang pertama kali menjalankan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penganalisis politik Prof Datuk Dr Nasrudin Mohammed berkata ia berikutan realiti pada zaman Internet ketika ini membuatkan platform media sosial mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pendirian politik pengundi.
“Lebih-lebih lagi apabila calon memainkan isu-isu yang dianggap sensasi dan menarik perhatian pengundi. Soal benar atau salah, tulen atau palsu kelihatannya tidak menjadi perkiraan utama kebanyakan pengguna media sosial,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Ads
Selain itu, beliau berkata pengundi muda secara umumnya mengutamakan calon yang dianggap serta dipercayai berupaya memberi faedah secara langsung kepada golongan itu.
Katanya pengundi muda mengutamakan isu yang dianggap ‘sensasi’ antaranya peluang pendidikan tinggi, peluang perniagaan yang disokong dengan bantuan modal dan insentif lain serta peluang pekerjaan yang menjanjikan insentif terbaik dan segera.
Ads
“Usia calon – lebih muda lebih dianggap ideal – memberi kelebihan kepada calon namun ia juga bergantung kepada beberapa sifat luaran calon muda seperti perawakan, latar belakang teknikal calon, lokaliti dan juga idealisme politik yang ditunjukkan,” katanya.
Ads
Ogos lepas, Dewan Rakyat diberitahu jumlah pengundi yang berdaftar setakat Mei 2022 adalah 21,113,234 orang, dengan 1,141,749 orang atau 5.4 peratus adalah pemilih berumur 18 hingga 20 tahun.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali penyanyi pop sensani, Dua Lipa yang terkenal dengan lagu New Rules dan Don’t Start Now ini. Baru-baru ini Dua Lipa dianugerahkan taraf kewarganegaraan Albania menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-110 negara itu, dari Kerajaan Ottoman pada 28 November 1912.
Khabarnya, menurut Presiden Bajram Begaj Dua dikurniakan taraf kerakyatan tersebut atas jasa dan peranannya memasyhurkan Albania di peringkat antarabangsa menerusi muzik dan karya seninya. Tambah Bajram, dia menganggap pengurniaan ini sebagai satu penghormatan besar kerana bintang berusia 27 tahun itu telah mengharumkan nama rakyat dan negara Albania di seluruh dunia.
Walaupun lahir dan membesar di London, bahasa pertama Dua Lipa adalah bahasa Albania. Setelah berpindah ke London, kedua orang tua Lipa masih berkeinginan untuk kembali ke negara asal mereka. Oleh kerana itu, keluarga Lipa kembali berpindah ke Kosovo ketika dia berusia 11 tahun.
“Akhirnya saya bergelar rakyat Albania di atas dokumen juga. Penerimaan dan kasih sayang ini adalah satu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan,” katanya sebelum mengangkat sumpah kewarganegaraan di Tirana City Hall. Dua kemudian dilihat merakam foto pasport, mengambil cap jari dan menandatangani borang permohonan bagi mendapatkan kad pengenalan dan pasport.
Dua Lipa dilahirkan di London pada tahun 1995 dari keluarga Albania, Anesa dan Dukagjin Lipa yang berasal dari Kosovo. Muzik Dua Lipa bermula dan dipengaruh dari ayahnya yang juga seorang penyanyi dan gitaris. Dua lipa mulai bernyanyi pada usia lima tahun. Pada usia 14 tahun Dua mula memuat lagu-lagunya di YouTube. Album studio pertamanya dilancarkan 2017, dan dua tahun kemudian Dua Lipa memenangi Grammy Award untuk kategori Artis Baru Terbaik.
Dia kemudiannya bersama bapanya mengasaskan Sunny Hill Foundation pada 2016 bagi mengumpul dana dan membantu penduduk yang mempunyai masalah kewangan dengan mengadakan konsert tahunan di Kosovo.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita di belakangnya. Itulah perumpamaan paling tepat ditujukan kepada Tun Dr Siti Hasmah, isteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam keadaan susah mahupun senang, beliau tetap setia berdamping dengan suami tercinta. Lebih setahun yang lalu ketika menghadiri sebuah program di Shah Alam, Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah berdepan insiden rusuhan yang membuatkan masyarakat bimbang akan keselamatan pasangan ini. Namun, alhamdulillah mereka masih di bawah lindungan-Nya.
Rentetan kemenangan Pilihanraya Umum Ke-14 semalam, sejarah bakal tercipta apabila dikhabarkan Tun Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri keempat akan kembali mentadbir tampuk pemerintahan negara. Pastinya rakyat yang pernah hidup dalam era pemerintahan beliau menanti-nantikan peluang ini. Begitu juga beberapa selebriti tanah air yang tak ketinggalan memuat naik foto kenangan bersama Tun Mahathir dan menyanjungi jasa beliau terhadap negara.
Paling menarik perhatian adalah posting yang dikongsikan peserta Gema Gegarvaganza Musim kedua, Farah Asyikin. Walau dah enam tahun berlalu tapi kenangan beramah mesra bersama wanita hebat Tun Dr Siti Hasmah meninggalkan inspirasi cukup mendalam bagi dirinya sendiri.
“It was 12 days after my hijrah, taken on the 24th of February 2012 during our breakfast with Tun Dr Siti Hasmah. Tun M tak dapat bersama kerana kurang sihat, tak boleh nak duduk lama-lama masa tu. Neelofa, Zed Zaidi and two other actresses were with us. I think we were invited to have breakfast there because we were involved with ‘Mahathir’ stage theater which I eventually tarik diri sebab dah berhijrah. Saya pakai tudung pun tak reti sangat masa tu, masih ber-braces dan kulit saya sangat tan sebab banyak ‘berjemur’ sebelum berhijrah.
It was a good breakfast, we chatted about a lot of things, later on Dato’ Mukhriz came to join us, so humble he was! I managed to catch Tun M on my way down, Tun was walking slowly with Dato’ Mukhriz holding his father’s hand on their way to go for Friday prayer di Masjid Negara. They’re so humble, so soft spoken, so polite. Sampai sekarang teringat.
Masa tu saya tak ada Facebook dan IG. Dan tiada masa sesuai untuk share gambar ini. Peluang untuk berkongsi gambar kali ini kerana teringatkan conversation saya bersama Tun Dr Siti Hasmah yang saya tak boleh nak kongsikan di sini. What I can say is that Tun Dr Siti Hasmah was humbly accepting my thoughts, MashaAllah.”
Sumber: Instagram Farah Asyikin Zulkifli
5 fakta menarik tentang Tun Dr Siti Hasmah
Anak kelahiran negeri Selangor yang lahir pada 1926 di Kampung Jawa, Klang.
Salah seorang doktor wanita pertama negara dan Pegawai Perubatan wanita pertama di Kedah
Mempunyai 7 orang anak iaitu tiga perempuan dan empat lelaki
Isteri Perdana Menteri Malaysia Pertama mendapat gelaran Tun
Berbakat main alat muzik seperti biola dan piano
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), arahan bekerja dari rumah yang dilaksanakan sektor swasta mahupun awam bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dilihat mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.
Sesetengah majikan membenarkan kakitangannya membawa pulang komputer riba bagi melancarkan tugasan. Bagi mereka yang pernah diarahkan majikan untuk bekerja dari rumah hal ini tidak menjadi masalah. Namun, mungkin ada juga yang pertama kali melalui pengalaman ini.
Dari segi disiplin kerja mungkin tidak sama seperti di pejabat kerana apabila di rumah banyak hal yang boleh mengganggu. Terpulang kepada individu untuk menguruskan masa sebaiknya. Dari sudut postif boleh menjimatkan perbelanjaan dan kos pengangkutan.
Seiring perkembangan dunia digital masa kini, kerjaya wanita turut berubah dan kian meluas. Sehingga ada yang mengambil keputusan nekad untuk bekerja dari rumah tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
Namun, keputusan itu tak seharusnya dipandang mudah kerana seseorang itu perlu bijak membahagikan masa agar mampu bekerja dengan lebih fokus dan memberikan hasil yang optimum. Pengurusan masa yang baik amat penting kerana ia boleh menjadi solusi terhadap tekanan. Berikut caranya.
BUAT JADUAL TO-DO-LIST
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merancang kerja melalui jadual bersistem bermula daripada jadual untuk setahun, sebulan, seminggu sehinggalah ke harian agar aktiviti anda sentiasa dalam radar masa yang ditetapkan. Gunakan planner atau buku khas untuk membuat jadual ini.
KEKAL PRODUKTIF, TIDUR & BANGUN AWAL
Kekal produktif seperti anda bekerja di pejabat. Seeloknya tidurlah lebih awal bersama anak-anak dan bangun pagi lebih awal untuk bekerja. Ambil kesempatan masa contohnya ketika anak-anak sedang tidur untuk menyelesaikan kerja-kerja anda dengan tenang.
RUANG KERJA YANG KONDUSIF
Jika anda hanya menunggu peluang untuk bekerja dalam keadaan yang benar-benar sesuai ia mungkin mustahil untuk dicapai. Mungkin akan ada saja gangguan. Maka, penting untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selesa.
BERDISIPLIN
Usahakan untuk mematuhi masa dalam jadual secara rutin. Wajib diikuti setiap hari! Bukan hanya untuk diri anda bahkan praktikkan juga kepada seluruh ahli keluarga anda. Anak-anak yang terbiasa dengan rutin ini akan lebih mudah dididik.
BANTUAN & SOKONGAN SUAMI
Minta jasa baik suami anda untuk membantu meringankan tugas-tugas rumahtangga mahupun penjagaan anak-anak agar anda dapat bekerja dengan lebih efektif. Aktifkan sistem sokongan yang dimiliki agar anda terhindar daripada tekanan yang boleh mengganggu produktiviti kerja.
MANFAATKAN TEKNOLOGI
‘Pembantu’ terpenting buat seorang ibu yang bekerja ialah penggunaan peralatan teknologi terkini seperti telefon pintar. Ia membantu anda menjimatkan masa dan tenaga seterusnya memudahkan anda segera mencapai tujuan.
ABAIKAN PERKARA YANG TAK PENTING
Menjalani rutin seperti ini setiap hari menjadikan anda lebih bijak dan cerdas dalam memanfaatkan masa. Ini kerana anda bijak membezakan mana yang perlu diutamakan dan mana yang tidak. Tinggalkan yang sukar dan dahulukan mana yang memudahkan hari-hari anda. Tekanan lebih kurang, anda juga menjadi lebih produktif.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!