Selain persiapan meraikan Hari Kemerdekaan ke-67 ini, golongan wanita merdeka harus bangkit bersama dan sertai gelombang Malaysia #QuranHour 2024 pada 30 Ogos ini.
Malaysia #QuranHour kali ke-10 ini bertemakan “Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara” dengan berpandukan Surah al-Jumu’ah dan Surah al-Hujurat dengan tujuan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat melalui penghayatan Rukun Negara dan nilai-nilai murni dalam al-Quran dan Sunnah.
Program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini diadakan serentak di seluruh negara dan bersiaran langsung dari lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 10 pagi hingga 11 pagi, 30 Ogos 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, kerjasama dengan pelbagai organisasi telah menjadi tulang belakang kejayaan program ini.
QuranHour
QuranHour
WANITA MERDEKA BANGKIT
Ads
Penglibatan dari agensi media, kerajaan, korporat, NGO dan institusi pendidikan dalam menggelombangkan #QuranHour telah membuktikan komitmen dalam penyatuan rakyat.
“Penyatuan media dengan al-Quran bermula 2015 hingga kini, kempen #QuranHour iaitu World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour telah mencatatkan keseluruhannya 7.3 bilion capaian social dan 76 negara.”
Sebagai rakan penting untuk menjayakan Malaysia #QuranHour 2024, Majalah Nona melalui Nu Ideaktiv terpanggil untuk mengajak seluruh followers wanita beragama Islam untuk bersama-sama menyertai program di atas.
Antara wakil media seperti Astro Oasis, TV Alhijrah, TV9, Astro Awani, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, IKIM FM, Media Prima, New Straits Times Press (NSTP), Zayan FM dan Denaihati.com.
Malaysia #QuranHour yang bertemakan Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara membawa maksud bebas daripada perhambaan terhadap sesama manusia kepada perhambaan terhadap sesame manusia kepada perhambaan kepada ALLAH SWT; bebas daripada kesempitan dunia kepada keluasannya; bebas daripada kezaliman kepada keadilan Islam (rujukan Kitab Al-Bidayah Wa Al-Nihayah).
Surah Al-Jumu’ah menjadi panduan dan solusi umum untuk mengangkat nilai-nilai murni dalam agama Islam sebagai agama Persekutuan. Manakala Surah Al-Hujurat yang disinonimkan dengan al-akhlak wal adab (akhlak dan adab) menjadi panduan dan solusi kepada permasalahan tersebut dan Sunnah Rasulullah SAW membina akhlak dan peradaban diri perlu direalisasikan untuk mencapai kesejahteraan rakyat dan negara.
Misi Malaysia #QuranHour 2024 bertujuan membentuk perpaduan dan kesatuan hati melalui kefahaman nilai keimanan yang sempurna, selaras dengan hadis Rasulullah SAW, “Orang yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan paling lembut terhadap keluarganya” (HR Tirmizi No: 2537). Keimanan yang kukuh adalah kunci perpaduan sejati dalam masyarakat.
Jom sertai Malaysia #QuranHour, daftar dan hadir sebagai peserta di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 10 pagi hingga 11 pagi, 30 Ogos 2024, Jumaat di https://bit.ly/KEHADIRANMQH2024.
Pelakon Fatin Afeefa dikhabarkan telah selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Aliff Awang pada malam Jumaat. Aliff dipercayai seorang usahawan dan trader. Majlis pernikahan mereka dipercayai berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya. Menurut sumber Harian Metro pasangan terbabit selamat bergelar suami isteri kira-kira jam 8.40 malam dengan sekali lafaz. Berita gembira itu turut dikongsikan jurusolek terkenal iaitu Datuk Alha Alfa yang bertindak mencantikkan pengantin perempuan.
Perkara itu didedah dan dikongsikan oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang dipertanggungjawabkan untuk menyolek serta mendandan bagi menaikkan seri pengantin perempuan majlis berkenaan. Yang pasti, Fatin kelihatan sangat anggun menyarung persalinan berwarna putih di samping bertudung litup.
“Fatin Afeefa, congrats dear!” tulis Alha secara ringkas menerusi video dirinya sedang menyiapkan Fatin. Dalam hantaran berbeza, Alha turut memuat naik foto Fatin yang kelihatan jelita selepas mendapat sentuhan jurusolek terkenal itu.
Meninjau di ruangan komen hantaran jurusolek hebat tersebut, rata-rata memuji solekan Alha Alfa yang nyata menaikkan seri pengantin baru Fatin malah ramai juga yang mula mengucapkan tahniah kepada Fatin.
Untuk rekod Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7, manakala daripada perkahwinan sebelum ini Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian,10. Sehingga kini Fatin tidak memuat naik sebarang perkongsian mengenai hari bahagianya itu.
Apa-apapun NONA ucapkan tahniah kepada Fatin dan pasangan. Semoga kekal hingga ke Jannah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita mana yang suka kedutan? Belum berusia dah dipanggil makcik, gara-gara muka nampak tua sebelum masanya. Eh, jangan biarkan ia berlaku. Tangani segera dengan 5 petua mustajab ini.
Mula-mula sekali, pasang niat yang baik-baik. Sememangnya penuaan adalah fitrah kejadian manusia tapi kita boleh memelihara anugerah Tuhan ini dengan sebaik mungkin.
Petua #1 : Sejurus bangun tidur dan sebelum mandi, minum air suam dahulu. Biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat sambil berselawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur kita ada enzim yang boleh dijadikan ubat.
Petua #2 : Mandi air embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Kata orang tua tua, khasiatnya mampu menyerikan wajah, menyihatkan tubuh badan dan awet muda.
Petua #3 : Urut muka dengan air dari arah bawah dagu hingga ke atas dahi sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3 kali. Jangan sesekali urut wajah dari atas ke bawah kerana boleh mempercepatkan kedutan.
Petua #4 : Supaya wajah nampak muda daripada usia sebenar, amalkan membaca Surah Yusuf selepas solat Subuh dan minum air suam sebanyak tiga teguk.
Petua #5 : Kalau nak muda dari dalam, amalkan produk minuman kesihatan Nutrima Cellcode ni. Ia dihasilkan selepas 10 tahun proses R&D di MARDI, kaya phloretin-g iaitu antioksidan semula jadi untuk membantu mengurangkan kedutan wajah, menyamarkan jeragat, menganjalkan kulit dan melambatkan penuaan.
Menariknya tentang produk Nutrima Cellcode ni, ia berbentuk cecair dan mudah diminum setiap hari. Dahlah sedap, tanpa bahan pengawet pula tu. Lebih meyakinkan, ia pernah terpilih untuk dipersembahkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V Ibni Sultan Ismail Petra tempoh hari.
Acara penyampaian Nutrima Cellcode sebagai produk negara ini disampaikan sempena Makan Malam DiRaja anjuran Society for Anti-Aging Aesthetic (SAAARMM) di ibu negara.
Bukan tu saja, Nutrima Cellcode pun ada tandatangan perjanjian dengan Tokyo Institute of Technology Japan di Japan Halal Market Fair 2018 baru-baru ini. Ini bertujuan bagi menghasilkan versi serbuk tanpa menjejaskan kandungan phloretin-g dan antioksidan di dalamnya.
Jadi kalau dah amalkan 5 petua ni, InsyaAllah sapa-sapa pun boleh kekal muda remaja dari luar dan dalam. Produk Nutrima Cellcode tu pun mudah dibeli secara online di website KPJ Shoppe atau mana-mana kedai KPJ Shoppe/KPJ Pharmacare di seluruh hospital KPJ. Senangnya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Abdullah Abbas menjadi pilihan Neelofa dan Haris untuk zuriat kedua mereka. Pasangan selebriti ini sepakat memilih pangkal nama Abdullah kerana ia adalah nama yang disukai Allah sementara Abbas menjadi kata-kata dalam doa Rasulullah S.A.W.
Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal , perasaan hiba dan sayang buat
Abdullah Abbas juga terjalin.
Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..
Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi S.A.W.
Neelofa berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya hari ini. Malah Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berharap agar anak keduanya itu menjadi harapan untuk menyampaikan dakwah.
“Jadi harapan Umi (panggilan Neelofa) dan abah (panggilan Haris) adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam,” ujarnya.
Foto: Instagram @neelofa
Untuk rekod, Neelofa selamat melahirkan zuriat keduanya pada jam 10.45 malam 11 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Seorang zuriat lelaki menjadi peneman Muhammad Bilal yang kini mencecah usia setahun.
Dia dan Haris atau lebih dikenali sebagai Ustaz Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun Mira Filzah merupakan selebriti terkenal tanah air dan cukup sebati dengan dunia fesyen namun aktres jelita ini mengakui ibu mentua, Datuk Mastura Yazid lebih pandai bergaya dan berani mencuba pelbagai warna dalam fesyen harian berbanding dirinya.